Abby mendail nombor telefon Azman kerana dia sudah tidak tahan dengan kemesraan antara Erin dan Azman.
Panggilannya berjawab.
"Hello Abby."Abby apa khabar?"Soal Abangnya dengan lembut.Sungguh dia merindui suara manja adiknya itu.
Setelah kejadian persengketaan mereka itu,Abby tidak pernah menghubunginya lagi.
"Tak usah berbasa-basi lagi bitch!"
Azman tersentak saat mendengar kata-kata kesat daripada mulut adiknya itu.Namun dia berusaha untuk tetap tenang.
"Adik belum jawab persoalan abang tadi."
"Saya rasa abang tau apa yang saya nak cakap kan."
Walaupun dia memarahi abangnya Erin tetap memanggil Azman sebagai abang.
"Abang faham perasaan adik.."
"Kalau faham kenapa abang ambil dia dari saya?"Cantas Abby dengan keras.
"Adik kita jumpa dekat taman kolej nanti.Tak sesuai kita cakap dekat telefon."
"Okey fine!"
Talian terus dimatikan oleh Abby.
"Jangan cakap yang kau nak gaduh dengan abang kau."Kata Bayona dari belakang Abby.
"Bayona saya tak gaduh dengan dia pun.Kita cuma bincang pasal dia."
Tika itu tandas perempuan sunyi kerana pada jam tengah hari biasanya semua jurusan sedang belajar.
"Are you sure?"Soal temannya meminta kepastian.
Abby angguk laju.
"Kata mana?"
"Kat taman kolej."
"Saya ikut dengan kau pergi sana."Ujar Bayona.
"Tak boleh!"Balas Abby dengan laju.
"Kenapa?!"
"Tak boleh!!!"
Tanpa mereka sedar perbualan mereka telah didengari oleh Erin yang kebetulan ingin membuang air besar tapi setelah dia mendengar perbualan tersebut,dia tidak jadi untuk buang air besar.
******
"Apa yang abang nak cakap sekarang."Kata Abby dingin.
Abby sangat merindukan kasih sayang seorang abang tapi egonya menutupi hasrat hatinya itu.
"Adik tenang dulu,dengar cakap abang."
Abby dan Azman duduk di kerusi panjang yang telah disediakan khas untuk di taman kolej mereka.
"First,kalau adik ambil keputusan nak bersama dengan dia itu sudah salah di sisi agama kita.Kedua,kalau kamu teruskan hubungan dengan Erin,apa kata mammy dan daddy.Ketiga,adik akan dipandang serong oleh orang-orang.Keempat,mammy dan daddy pasti sedih kalau diorang tahu pasal korang."
"Tapi abang saya tak nak perasan ini muncul dalam diri saya!Abang fikir saya suka perasaan begini,saya tak dapat kawal perasaan saya terhadap Erin.Abang fikir saya boleh pilih perasaan macam mana yang saya mau sejak saya lahir di dunia ini."Nada suara Abby agak tinggi saat itu.
"Perasaan ini wujud secara semula jadi abang.Saya tak boleh halang dia daripada terus tumbuh untuk Erin.Bahkan orang lain mengambil berat tentang dia pun saya tidak suka apalagi mencintainya."
"Saya tak yakin mampu bertahan hidup tanpa dia.Saya rasa kurang dan kekurangan itu diisi oleh kehadiran Erin dalam hidupku.Abang tak rasa perasaan yang saya rasa sebab abang bukan di tempat saya "Balas Abby panjang lebar.
"Jadi adik nak apa sekarang?"Soal Azman.
"Saya nak Erin dan saya tak nak abang dekat dengan dia sebab saya cemburu."
Azman tertawa kecil.
"Adik ni lawak lah."
"Saya cakap serius abang,tolong jangan buat lawak bodoh tak berguna tu."Air muka Abby tegang saat itu.
"Adik cuba fikir secara rasional."
"Sebab fikir rasional lah saya selalu gagal mengatasinya setiap kali abang sama-sama dengan Erin.Erin selalu dapat perhatian abang dan abang selalu dapat perhatian Erin.Apa yang saya buat selalu salah di mata Erin!"Cantas Abby laju.
"Sebab cara kamu salah adik."
"Tapi bukan saya yang menginginkan perasaan ini abang!!"Air mata Abby berkumpul di kelopak matanya seakan-akan mengalir tidak lama lagi.
"Saya tak pernah berharap perasaan ini muncul dalam diri saya.Apapun yang terjadi saya tetap akan memberitahu mammy dan daddy dengan apa yang terjadi pada saya dan Erin."
"Adik,are your crazy?Itu akan membuatkan Erin semakin jauh dari kau."
"Jadi abang nak mammy dan daddy tahu perkara saya melalui mulut orang lain yang belum tentu cara mereka cerita itu benar,macam tu?"
Azman meraup mukanya dengan kasar.
"Atau abang cinta dengan Erin?"Soal Abby serius.
Lama Azman berdiam diri.
"Jawab abang!!!!"Desak Abby.
"Yes i do!"
Saat mendengar jawapan itu Abby tertawa kecil sambil air matanya mengalir.
"Seriously?"Abby meneruskan tawanya yang berbaur sedih itu.
"Kenapa kita harus menyukai benda yang sama dalam dunia ini.?"Ujar Abby lesu.
"Tapi saya tidak akan melepaskan Erin dan memberinya kepada sesiapa pun terutamnya abang."Sambungnya lagi.
"Kita tengok siapa yang dia pilih,adik atau abang."
"Argh!!!"Jerit Abby lalu dia meninggalkan Azman di sana sendirian.
Erin pula yang di sebalik semak samun memegang jantungnya dari luar.
"Permainan apakah yang akan saya hadapi nanti."Ujar Erin bermonolog sendiri.
******
Abby kembali ke asrama lalu dia menangis teresak-esak.Dia mengambil gambar-gambar dia bersama dengan Erin dan gambar lain Erin yang ada dalam simpanannya.
Satu per satu dia keluarkan dan koyakkan sambil menangis.
Bayona masuk dan duduk di samping Abby.
"Kamu yang tenang Abby.Saya faham perasaan kamu.Bagi saya itu memang sulit diatasi."
"I hate myself!!"
Abby dengan laju mengoyakkan gambar-gambar itu.
Bayona hanya memerhati saja kelakuan Abby.Kemudian perlahan-lahan dia memeluk Abby dengan erat.
Abby menangis semahu-mahunya dalam pelukan Bayona.
"Adakah kamu mau berteman dengan pencinta wanita seperti saya."Soal Abby dengan sebak.
"Abby siapapun kamu,saya tetap berteman dengan kamu.Meskipun kamu cacat sekalipun kita tetap teman."Kata Bayona ikhlas dari hati.
"Saya minta maaf sebab suka sama kamu Erin."Ujar Abby berulangkali sebelum dia terlelap dalam pelukan Bayona.
Bayona meletakkan Abby di atas katil lalu menyelimuti Abby.
Abby tidur sehingga senja kerana lelah berbaur kecewa.
Bayona selalu menenangkan Abby setiap kali dia merancau tidak tentu arah.
Sementara Erin pergi melepak bersama dengan Azman,Atta dan Lia.
Mereka selalu melepak di Kafeteria.
YOU ARE READING
I'm a baby
RomanceMeskipun kita mempunyai perasaan tetapi dunia mempunyai norma. Meskipun kita mempunyai cinta tetapi dunia mempunyai aturan.