BAB 15

1 0 0
                                    

Selepas saja siap merawat lebam di muka Azman,Erin terus menyuruhnya pulang untuk istirahat.

Walaupun Azman masih banyak soalan yang harus di tanyakan kepada Erin,Azman tetap memilih menuruti perintah Erin Kerna dia tahu emosi gadis itu tidak stabil.

"Tak apa masih banyak masa lagi."Katanya bermonolog luaran lalu dia meninggalkan pintu gerbang asrama perempuan itu.

Erin termenung sendiri di katil menunggu kepulangan Abby.

Erin tetap menunggu meskipun dia tahu yang dia telah memutuskan hubungannya dengan Abby.

Erin menunggu sampailah pagi menonjolkan dirinya,tapi Abby tetap belum pulang.

Erin menatap lama gambar dia bersama Abby di tepi katil sebelum dia berlalu ke bilik mandi.

Selesai membersihkan badannya, Erin keluar dengan menggunakan tuala mandi sahaja.

Di dalam bilik dia melihat Abby menukar bajunya.

Erin tersenyum dan dia cuba menyapa gadis itu.

Namun dengan pantas Abby melangkah keluar dari bilik itu.

Erin mengeluh kecil saat itu.Air matanya terasa mengalir di pipinya.

"Kau yang buat keputusan so tanggung sendiri Erin."Ujar Erin kepada dirinya sendiri.

Erin bersiap-siap lalu pergi ke kolej.

Dalam perjalanan menuju ke kelas dia bertembung dengan Abby.

Abby berpura-pura tidak melihat Erin.

"Kamu harus kuat Erin."Katanya yang menyemangatkan dirinya sendiri,namun masih boleh di dengar oleh Abby.

Erin berusaha terlihat normal di hadapan Lia.

"Hai Lia."Sapanya lembut.

"Hai Erin,nasib baik kau ada di sini."

"Kenapa?"Soal Erin sambil dia duduk di kerusinya.

"Azman cari kau tadi."

"For what?"Soalnya berpura-pura tidak tahu.

"I don't know."

"Oh."

Bunyi loceng pun berbunyi menandakan masa belajar telah tiba.

******

"Wey bro muka kau ni dah kenapa?"Soal Atta.

"It's okay,tak teruk sangat pun muka saya ni."

"Mana boleh macam tu,kita mesti bantai dia balik."Marah Atta sambil mengepal penumbuknya.

Azman tersenyum kecil saat itu.

Suasana gelanggang bila keranjang itu agak sunyi kerana hanya mereka berdua yang ada dan sering pergi ke sana.

"Atta tak perlu semua tu."

"Okey kalau kau dah cakap macam tu.Saya percaya pasti ada alasan tersendiri."

Azman termenung seketika.

Ikutkan hati mahu saja dia bertanya banyak benda kepada Erin.

Kenapa Abby sangat memarahinya jika dia mendekati Erin?Kenapa Abby perlu memukul dirinya?Apa hubungan Erin dengan Abby?

Sampai segitunya Abby membenci dirinya.

"Atta jom cari benda yang boleh dimakan."Ajak Azman yang cuba mengusir segala pertanyaan yang menggunung di fikirannya itu.

"Let's go!"

Dalam perjalanan menuju ke kantin dia bertembung dengan Abby.

Abby tidak menyapanya,apalagi memandang muka Azman.Dia hanya melewati Azman.

I'm a babyWhere stories live. Discover now