BAB 19

0 0 0
                                    

"Erin kamu makan yang banyak ya biar cepat besar."Kata Abby sambil mengupas kulit udang untuk Erin.

Erin hanya memerhati kelakuan Abby.Manakala Bayona sedang khusyuk menikmati makanannya.

Abby mengupas kulit udang lalu memberikannya kepada Erin.

Baru saja Erin ingin mengambilnya,Abby menghalang pula.

"Kau tak pakai sarung tangan nanti tangan kamu kotor.Biar saya suapkan kamu."

"Saya boleh makan sendiri,urus saja diri kau sendiri."Balas Erin dingin namun dia sangat berharap Abby menyuapkan udang tersebut ke dalam mulutnya.

Air muka Abby sedikit berubah saat itu.Namun dia kembali tersenyum.

"Memangnya tangan kamu bersih?Sudah cuci tangan?"Abby hanya berfikiran positif terhadap Erin.

"Bersih."Jawab Erin ringkas.

"Tangan kamu kotor tu Erin.Sebelum pergi sini kamu main di taman dengan Lia.Jadi jangan degil."Cantas Bayona lantas menyambung semula menikmati nasi ayamnya itu.

Erin menginjak kaki Bayona tanda dia marah.Abby pula hanya tersenyum,dia faham gadis kecil itu belum memaafkan dirinya.

"Erinku untuk kebaikan kamu biar saya bantu kamu,tolong jangan degil."Pujuk Abby dengan lembut.

Mahu tidak mahu Erin terpaksa membuka mulutnya dan Abby menyuapkan udang itu ke dalam mulutnya.

"Makan dengan baik ya Erinku."Begitulah kejadiannya sehingga mereka selesai makan.

"Waiter!"Panggil Bayona.

Pelayan itu pun mendekati meja mereka dan mengira jumlah makanan mereka.Usai itu Bayona membayar kos makanan mereka dan beredar pergi menuju ke Kolej Permata.

Sesamapinya mereka di kolej,Abby berganjak turun dari kereta namun dihalang oleh Erin.

"Bilik saya penuh.Kamu boleh pergi ke rumah kamu."

"Errr...."Bayona tidak mampu membela Abby saat itu kerana Erin lebih dulu bersuara.

"Oh macam tu."Abby hanya tersengih-sengih.

"Tak apa Abby,kamu boleh tidur di bilik saya.Bilik saya masih ada ruang."Cantas Bayona.

Abby memandang Erin.

"Mana-mana lah kau nak pergi."Ujar Erin lantas dia keluar dari perut kereta.

Abby hanya memandang Erin hingga dia hilang di sebalik bangunan asrama perempuan.Kemudian dia terduduk lesu di kerusi sebelah pemandu.

Bayona menepuk perlahan beberapa kali bahu Abby.

"Kamu perlu sabar Abby.Apapun kejadiannya pasti ada hikmat di sebaliknya."

"Makasih Bayona."

"Always have for you."

******

"Saya nak tonton filem Mr.Heart tapi tiketnya susah di dapat."Jelas kelihatan sedih di wajah Erin.

Lia yang baru berpindah ke tempat Erin terhenti membaca novel.

"Itu bukan filem yang baru keluar bulan ni kah?"

Erin angguk.

"Dari traller lagi saya suka tengok filem tu tapi duit untuk saya beli tiketnya tidak cukup."

Tiba-tiba otak Lia terfikir sesuatu.

Erin berdiri lalu dia mengambil tuala mandinya dan beredar ke bilik mandi.

Lia segera mendail nombor Abby dan memberitahu keinginan Erin sebentar tadi.

Selepas mandi Erin turun ke tingkat bawah untuk membeli makanan.

Erin hanya memakai seluar pendek dan baju gantung.

Selepas membeli dua bungkus tapau,Erin berbalik untuk pulang ke bilik yang berada di tingkat satu.

Seketika dia berbalik dia ternampak Abby yang betul-betul berada di hadapannya.

Erin sedikit terkejut saat itu namun dia kembali dingin.

"Saya on the way pergi bioskop untuk tengok Mr.Heart.Erin nak join tak?"Soal Abby dengan girang.

Dengan laju Erin menggeleng kepala lantas dia terus meninggalkan Abby.

Abby hanya menelan air liur kerana dia langsung tidak menarik perhatian Erin.

Erin dan Lia menikmati makan malam mereka sementara Abby terabai begitu saja.

******

Awal pagi lagi Abby sudah berdiri terpacak di hadapan pintu bilik Erin dengan membawa sarapan pagi kegemaran Erin iaitu nasi goreng Pattaya.

"Lia,saya pergi dulu."

"Okey take care."Balas Lia yang masih tidur kerana kelas mereka bermula pukul 10 pagi sementara Erin pukul 7:30 pagi.

Erin membuka pintu biliknya.

"Morning Erin."Sapa Abby.

Erin hanya mengangkat sebelah kanan keningnya lalu beredar pergi mendahului Abby.

"Erin saya ada bawa sarapan untuk kamu."Ujar Abby perlahan namun masih boleh didengari oleh Erin.

Abby mengeluh nafas kecil.

Di kolej pula selepas saja Abby habis kelas dia akan menunggu Erin keluar dari kelas.

"Erin jom lunch dengan saya."Ajak Abby ikhlas.

"Maaf saya ada urusan penting."Tolak Erin lantas dia pergi meninggalkan Abby.

Abby dengan langkah longlai kembali mendapatkan Bayona lalu mereka pun menuju ke kantin untuk makan tengah hari.

Semasa mereka sedang makan di kantin,Abby ternampak Erin makan bersama dengan Azman.

Api cemburu Abby kembali membuak.Hampir saja dia mendekati kedua-dua pasangan itu tetapi di tahan oleh Bayona.

"Kawal perasaan kau tu,kat sini banyak orang.Fikir positif saja Abby.Nanti kamu bahas soal ini di tempat yang sesuai."

Abby kembali duduk dan makan,tapi matanya tidak pernah jauh daripada Erin dan Azman.

Memandangkan Abby sibuk dengan kerja kursus yang berlambak semasa dia pergi mewakili acara renang di peringkat kebangsaan,masa untuk mendekati Erin sangat terhad.

Abby mengirim pesan kepada Erin dengan menggunakan nombor baru kerana nombor lamanya sudah di sekat oleh Erin.

'Malam ni dinner dengan saya sebab saya ada benda nak cakap dengan kamu.Kalau kamu nak setuju jumpa saya di Kafeteria.'-Abby

Erin membacanya lalu dia terus menyekat nombor baru itu lagi.

******

Malam itu Abby menunggu Erin di Kafeteria tapi Erin langsung tidak kunjung tiba.

Apabila Abby berkira-kira untuk pergi dari Kafeteria, tiba-tiba dia melihat Erin masuk bersama dengan Azman.

Mereka bergandingan tangan dan kelihatan sangat mesra.

Erin kelihatan sangat manja dengan Azman daripada dirinya.

Abby terus beredar pergi dari sana kerana semakin dia memerhati gelagat mesra mereka dia semakin cemburu.

Sesamapinya dia di asrama dia terus membuang semua barang yang ada di atas mejanya.

Abby meramas rambutnya dengan kasar lalu dia terjelepok di dekat dinding dan dia menangis dengan keras.

Mujurlah Bayona berada di tempat itu.Dia menenangkan Abby.

"Abby,tenang Abby.Kamu yang tenang Abby."Bayona memeluk Abby dan menepuk-nepuk perlahan belakang Abby.

Tangisan Abby semakin keras saat itu.

I'm a babyWhere stories live. Discover now