JUMAAT - 10.10 MALAM

135 8 1
                                    

Jumaat – 10.10 Malam

Dean melangkah masuk ke dalam rumah dan terus mengunci pintu rumah, seolah-olah tidak mahu penghuni rumah itu untuk keluar ke mana-mana. Dia berpaling dan melihat Puan Nisha yang berdiri berpeluk tubuh memandang ke arahnya.

"Look what you've done?"

"Ma, later, okay?" sungguh, Dean tidak punya tenaga untuk bertengkar dengan mamanya saat ini. Dia meneruskan langkah.

"Kayla insist nak stay hotel malam ni." Ujar Puan Nisha bila Dean melangkah melaluinya.

"She's not going anywhere." Ujar Dean perlahan tapi tegas, dan langkah kaki diatur semakin pantas menaiki tangga.

Dean mengetuk pintu bilik tetamu yang terbuka luas itu, cukup untuk menarik perhatian Kayla yang tengah sibuk mengemas bagasi secara tergesa-gesa untuk beberapa saat, sebelum gadis itu kembali meneruskan kerjanya.

"Grab girl tu balik, dia sakit perut."

Dan kata-kata Dean itu berjaya menghentikan gerak tangan Kayla lantas membuatkan gadis itu mengangkat muka memandangnya. "Another lie, huh?" sinis Kayla menyoal.

"Okay. I yang suruh dia balik. I dah bayar dia. She's gone. And you're not going anywhere."

"I don't want to talk to you, Dean." Nada suara Kayla seolah-olah sudah penat sangat untuk melayan kerenah Dean. Dia menarik zip bagasi.

"Okay, then don't talk." Perlahan Dean menapak ke dalam bilik tersebut. "You dengar je apa yang I nak cakap. Okay?" Dean menarik bagasi yang Kayla sudah siap zip itu, sebagai cara untuk menarik perhatian Kayla. "Okay?"

"What?" suara Kayla sudah naik satu oktaf. Matanya merenung Dean tajam.

Dean meletakkan bagasi di sisinya. "I'm sorry. Ya, I tipu you. I tipu you banyak benda, Kayla. Bukan hanya lelaki yang stalked you kat taman bunga. I'm sorry."

"Wow. I tak sepatutnya ignore amaran Aunty Nisha. Stupid me. What else, Dean?"

"Memang Nafriz yang sepatutnya ambil you kat airport. I datang airport sebab nak ambil kawan I, kawan I yang I suruh jadi stalker you tu. His name is Idham. I'm sorry. You tegur I and sebut nama mama I, I just...couldn't say no."

"Lagi?"

"Uh...Coffee...I takkan pengsan kalau tak minum kopi every morning...I made that up. I'm sorry."

Kayla rasa macam nak tumbuk-tumbuk je Dean sekarang ni. Eeeee geramnya!!!

"And...tak ada orang bunuh diri kat dalam bath tub hotel L'Amour. I made that up too." Dean senyum pahit. "I'm sorry. I just want you to stay here. And near. Ada depan mata I."

"Lagi? Ada lagi? Don't tell me you yang suruh orang curi beg I?"

"No! No...that wasn't me. Bukan kerja I." Fuhhhh. Nasib baiklah itu bukan rancangan dia jugak, kalau tak memang Kayla belasah dia terus lepas ni.

"Kenapa you buat semua ni, Dean?"

"Sebab you. Kalau orang lain, I tak buat."

"You jangan main-main boleh tak?"

"Betul lah. I nak you biar I jaga you sepanjang you kat sini, tapi you susah sangat nak biar orang jaga you. Tak habis-habis dengan tak nak susahkan and blablabla.."

"Ohh so you nak salahkan I lah sekarang ni?"

"Nooo. I tak salahkan you..." Dean meraup muka sekejap. Padan muka kau, Dean! "Okay, I mengaku I salah. Okay? I just...nak jaga you. Mungkin cara I salah, I minta maaf sangat-sangat. It's okay kalau you tak nak bercakap dengan I lepas ni, it's fine. Just stay here for one more night. Lupakan hotel dan Grab you tu. Stay here, I takkan ganggu you. Esok I hantar you ke airport. And that's it. You can forget your worst seven days in Stardust and you don't have to deal with me anymore for the rest of your life. Okay?"

"Whatever. Get out." Kayla menghempaskan tubuh ke atas tilam dan terus memejamkan mata.

"I'll keep this."

Kayla membuka mata, melihat apa yang Dean nak simpan itu. Dan dia terus bangkit dari baring. "Kenapa pulak??" dia pandang bagasinya di tangan Dean dan riak wajah tidak bersalah Dean silih berganti.

"Kalau you ada plan nak lari tengah-tengah malam, better forget it. Sleep tight, Mikayla."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Safe HandsWhere stories live. Discover now