RABU - 11.45 Pagi

446 21 5
                                    

Dean menolak pintu perlahan bilik Nafriz yang dibiarkan separuh terbuka. Nafriz sedang baring dengan telefon bimbit di tangan. Dia melangkah masuk ke dalam bilik dan melabuhkan punggung di sisi katil, menghadap Nafriz. Telefon bimbit didalam genggaman tangan terasa bergetar, lantas skrin bernyala hasil sentuhan jemari Dean dan dia terus membaca pesanan ringkas yang baru sahaja diterima dari Kayla. Tidak mengecewakan, Kayla patuh akan arahannya.

'At HAA alrd.'

HAA? Oh. Heart All Around. Pandai budak ni buat singkatan. Dean membalas ringkas.

'Ok. Take care.'

Hanya selepas itu Dean kembali memandang Nafriz. "Feeling better?"

"Hmm..." Nafriz menjawab ringkas. Dipandang sekilas abangnya yang juga masih memandang ke arahnya. Lebam di mata kiri dan di bibir Dean mengingatkannya tentang suara mama yang memetir semalam. Dia yang buat masalah, Dean yang kena marah.

Dean merupakan satu-satunya adik beradik yang dia ada dalam dunia. Satu-satunya abang yang dia tahu akan sentiasa ada untuknya, datanglah apa saja pun dalam dunia. Dean ada. Dean sentiasa ada. Sejak dari kecil lagi dia memang rapat dengan Dean dan dia sentiasa memandang tinggi ke arah Dean.

Dean itu heronya.

Dean adalah idolanya.

Dia mahu membesar macam Dean. Kuat macam Dean. Walau apapun kata-kata negatif yang dia dengar tentang Dean, dia tepis kuat. Cuma dia saja yang tahu siapa Dean yang sebenar. Mungkin benar Dean nakal, tapi itu tidak menghalang Nafriz untuk mengagumi abangnya. Sehingga Nafriz pun jadi nakal jugak, semata-mata nak ikut Dean. Tapi dia masih tidak berjaya menjadi Dean, sebab dia masih memerlukan Dean untuk menyelamatkannya setiap kali dia buat masalah tapi Dean selama ini tidak pernah memerlukan sesiapa untuk menjadi penyelamat.

Dean itu bukan sahaja seorang abang untuk Nafriz. Dean itu teman baiknya. Dean tidak pernah mengenepikannya ketika dia masih budak kecil dulu, kemana sahaja Dean pergi, Dean akan membawanya sekali sehingga dia mengenali semua kawan-kawan Dean. Dean juga akan menjadi seorang cikgu bila dia perlukan bantuan dalam pelajaran, dan sekali lagi, Nafriz kalah kerana walaubagaimana nakal pun Dean, mereka di luar sana tidak mampu menyangkal yang Dean merupakan seorang yang pandai. Kalau tidak, Dean tidak akan berjaya mempunyai kerjaya sendiri, sebagai seorang pensyarah. Bukan Dean tidak mahu membantu Daddy dalam perniagaan, tapi abangnya itu tidak berminat. Dan sekarang Daddy berharap pada dia seorang, untuk menjadi pewaris perniagaan mereka sebab Dean awal-awal lagi sudah tarik diri. Setiap kali Nafriz jatuh, Dean sentiasa menyambutnya. Sehingga sekarang.

Dean bukan sahaja seorang abang, Dean adalah penyelamatnya. Dan jika dia diberi peluang untuk lahir sekali lagi ke dunia, dia tetap mahu menjadi adik kepada Dean.

"Nafriz..."

Suara Dean yang kedengaran agak serius membuatkan Nafriz meletakkan telefon bimbitnya ke atas katil dan dia terus mengangkat tubuhnya dari baring, terus duduk bersandar di kepala katil.

"Sampai bila nak jadi macam ni?"

Soalan itu lagi, desis hati kecil Nafriz. "Kenapa?"

"Don't you think it's time?"

"Time for what?"

"To grow up."

Nafriz tunduk. "Kenapa adik tak boleh jadi macam abang?" tuturnya perlahan. "You are so...you! Abang boleh buat apa saja yang abang nak dalam dunia ni, tak ada siapapun kisah. Kenapa adik tak boleh? Kenapa adik nak kena...grow up sedangkan abang tak perlu pun?"

My Safe HandsWhere stories live. Discover now