ISNIN - 7.30 pagi

474 16 3
                                    

"Kita singgah for a quick morning coffee, boleh?" Dean memandang sekilas Kayla di tempat duduk penumpang di sebelahnya. Dia baru bertanya padahal keretanya sudah berhenti di hadapan sebuah kedai kopi kegemarannya.

"Dean, I belum mandilahhh..." Kayla mengingatkan Dean tentang satu fakta yang memalukan itu.

Dean tergelak kecil. "Tak ada sesiapa pun tahu you belum mandi."

"Tak naklah. Please?"

"We're already here. Please? Kejap je."

Kayla diam, tidak memberikan kata putus.

"Kayla, I really need my daily caffeine dosage or else I pengsan."

Kayla pandang Dean disebelahnya. Lelaki itu mengangguk menyatakan yang dia tidak bergurau.

"Now pun I rasa macam.." dean pejam mata sejenak seraya mengurut pangkal hidung. "Dah nak pitam.."

"Seriously? Okay okay. Jom. I'm sorry I tak tahu.." Kayla diselubungi rasa bersalah. Dia pantas melangkah keluar dari kereta. "You okay?" Kayla siap membukakan pintu DuncanCoffeeShop untuk Dean. Risau melihat Dean yang tampak lemah.

"Okay...Thanks." Dean melangkah masuk ke dalam kedai kopi sebelum Kayla menuruti langkahnya di belakang. Dia menghidu bau kopi yang segar di dalam kedai tersebut sambil memejam mata, seolah olah benar menikmati. "I'm fine now." seolah olah aroma kopi itu sudah mampu menghilangkan rasa pitamnya.

"You pergi duduk dulu, ya? I order untuk you."

"Eh tak apa. Kita order sama-sama."

"You sure you okay?" Tanya Kayla lagi bila mereka sudah sampai di kaunter.

"I'll be fine." Dean senyum pada Kayla sebelum kembali memandang pelayan di sebalik kaunter. "One Americano and...you?"

"Hot tea please."

"I know you're such a hottie but reaally? Just a hot tea? Coffee tak nak?"

"I tak minum kopi. Bagi I hot tea ya, dik? And please cepat sikit. Kawan I really need his coffee."

Dean sedaya upaya menahan dirinya untuk tersenyum apabila melihat kesungguhan Kayla.

"Dean, you pergi duduk dulu? I tunggu our drinks."

"Tak apa. You tunggu our drinks, and I tunggu you."

Kayla dan Dean dikejutkan dengan tawa kecil dari barista yang baru sahaja meletakkan cawan Americano dihadapan mereka.

"Real smooth, bro." barista lelaki itu mengenyitkan mata pada Dean.

Dean tertawa kecil, ternyata lelaki itu mendengar ayat manisnya.

Old habits die hard, huh Dean?

My Safe HandsWhere stories live. Discover now