SELASA - 8.00 pagi

508 24 3
                                    

"Okay, apa benda yang pertama yang you buat lepas ni? After I drop you?" Dean sekarang sedang berada di dalam kereta bersama Kayla, dalam perjalanan untuk menghantar Kayla ke bandar, untuk kali kedua, dan Dean kurang pasti samaada Kayla akan selamat atau tidak untuk kali ini. Atau mungkin dia akan menerima 'a very nice parcel' lagi dari pelajarnya? Kayla akan datang cari dia di kolej lagi?

Puan Nisha pagi-pagi lagi sudah buat senaman mulut, bertengkar dengan Dean bila dia bertegas nak hantar Kayla tapi Puan Nisha pula bersungguh-sungguh melarang. Nasib Dean baik sebab Nafriz keluar dari rumah lebih awal dari dia, dan itu maknanya mama tidak dapat menyuruh Nafriz untuk menghantar Kayla. Dan nasib dia bertambah baik bila Kayla sendiri yang memilih dia. Ya, Kayla pilih Dean untuk hantar dia ke bandar. Tiba-tiba hari Dean bagaikan terlebih indah.

"Cari handphone baru."

"And then?"

"Jalan-jalan? Oh ya. I kena beli make up."

"What?"

Kayla pandang Dean yang bukan main terkejut lagi bila dia mengatakan dia perlu membeli alat solek baru.

"So now you tak letak apa-apa kat muka you? No make-up? Like seriously bare face?" Dean pandang Kayla macam tak percaya.

"I letak sunscreen. Thank God I tak simpan sunscreen dalam sling bag or else I kena buy a new one jugak."

"Sunscreen je?"

"Ya. You ni kenapa Dean?"

"Bare face pun dah cantik. Tak payah beli make-up lah. You nak cantik macam mana lagi?"

Kayla menjulingkan mata ke atas. "Stop it."

"I'm serious."

"Diamlah, Dean."

Dean tertawa kecil seraya mengetuk-ngetuk stereng kereta sambil dalam kepala sibuk memikirkan kebaikan dan keburukan jika dia meninggalkan Kayla seorang diri di bandar. Semalam dah hilang beg, kalau dia tinggalkan Kayla berseorangan lagi hari ini, entah-entah tubuh Kayla pun ghaib. Tapi... Kayla dah besar. Kayla bukanlah budak kecil yang dia nak kena jaga setiap masa, dan percayalah, jika Kayla mahukan penjagaan darinya, dia rela tapi dia pasti, Kayla tidak mahu penjagaan dari sesiapapun sekarang ini. Tambahan pula, Dean bekerja. Dia bukanlah seorang yang memiliki perniagaan sendiri dan boleh masuk kerja ikut suka hati dia, dia ada waktu yang kena ditepati, dia ada banyak pelajar yang menunggunya. Jadi walaupun dia mahu luangkan masa dengan Kayla untuk memastikan yang gadis itu sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, dia tidak boleh untuk lakukannya.

"Just take my car." Akhirnya Dean mengusulkan cadangan.

"No. It's okay..."

"Please." Tegas Dean lagi. "Kayla, you tak boleh expect I akan lega bila I tinggalkan you macam tu je... No. I tak lega langsung. You akan buat kepala otak I berserabut. I akan buat kerja dalam keadaan yang tak tenang. Risaukan you. So please...the least I can offer right now is for you to take my car. Just my car. Kalau boleh I serahkan jiwa I sekali untuk temankan you, tapi tu satu benda yang mustahil. So, tolonglah bersetuju?" tukas Dean separuh merayu.

"Dean... I tak naklah susahkan you."

"I tak susah pun. I tak bekerja pakai kereta pun. Lepas ni kereta ni tersadai dekat car park berjam-jam. I bukannya mengajar dalam kereta. Tak muat students I dalam kereta ni, Kayla."

Kayla mengeluh. Dia paling tidak suka susahkan orang sekeliling dia. Dan menerima bantuan dari keluarga Aunty Nisha sepanjang dia berada di Stardust bukanlah satu perkara yang menyenangkannya. Dia lebih suka buat semua benda sendiri. Dia tidak sukakan pertolongan, sebenarnya.

My Safe HandsWhere stories live. Discover now