AHAD - 7.15 malam

652 20 13
                                    

AHAD – 7.15 malam

"Assalaaaaaaaamualaikum." Nafriz siap bagi salam yang panjang dia 6 harakat sebaik tiba di ruang makan.

"Itu diaaaa, Yang Berhormat sudah tiba. Biasalah, orang besar macam dia ni memang selalu datang lambat, kita ni orang biasa, kena bersabar tunggu dia sebab masa kita ni tak emas. Masa orang-orang besar kaya macam dia je emas. Masa orang macam kita ni besi buruk." Jelas Dean pada Kayla yang seperti tidak memerlukan apa-apa penjelasan pun daripadanya. "Time is gold, ey Nafriz?"

"Nafriz dari mana ni? Ada hal apa sampai tak dapat nak jemput Kayla? Nasib baik abang tak sibuk, boleh ganti Nafriz." Sebelum semua itu keluar dari mulut Puan Nisha, Dean terlebih dahulu menyerang Nafriz.

Nafriz pandang Dean dengan kerutan di dahi. Biar betul abang dia ni? Tadi dia jugak yang suruh ganti tempat dia ambil Idham.

"Kesian Kayla kena tunggu lama." Sambung Dean lagi.

Nafriz lantas mengambil tempat di sebelah Dean. "Abang, bukan.." Nafriz mengaduh kecil bila kakinya dibawah meja terasa disepak.

"Jangan nak bagi alasan. Minta maaf kat Kayla sekarang." Dean menjegilkan matanya pada Nafriz, tidak memberi peluang untuk Nafriz mempertahankan diri.

"Whatever." Nafriz menjulingkan mata ke atas. Pandai abang dia ni... Nak cover depan mama lah tu! "Sorry, Kayla. You're good? Dean layan you baik tak?"

"You know your brother too well, Nafriz. Mama tahu dia peningkan kepala Kayla dalam kereta tadi." Puan Nisha menyampuk. "Sebab tu lah Aunty suruh Nafriz yang jemput kamu, bukan Dean." Puan Nisha memandang Kayla.

"You pening kepala ke, Kayla? Kenapa tak bagitau? Boleh I bawak you ke klinik terus." Dean mencelah.

"No. I'm okay." Kayla senyum.

"Jangan terkejut tau, Kayla. Dean memang macam tu... memeningkan kepala."

"My best quality." Dean jungkit kening, seakan-akan berbangga dengan perangainya.

"Okay, bila kita nak makan ni?" Nafriz merenung satu persatu lauk yang terhidang di atas meja. Sekarang ini yang ada di meja makan cuma mama, Dean dan Kayla. Daddy pula ada kerja di luar Negara.

"Baca doa dulu. Tunggu kau lama-lama tadi memang nak suruh baca doa je. Cepat." Arah Dean persis seorang general. Dia sudah menadah tangan. Begitu juga Puan Nisha dan Kayla.

Usai bacaan doa makan yang diketuai oleh Nafriz, mereka mula menjamu selera. Puan Nisha hanya mampu menjadi pemerhati sahaja, melihat tingkah laku Dean yang nampak terlebih bersemangat melayan Kayla di meja makan. Siap cedok nasi dan lauk untuk Kayla.

"Kayla stay kat hotel mana?" soal Puan Nisha.

"L'Amour."

"Uuuuu ni mesti anak orang ada-ada ni. Stay kat hotel mahal. Hotel 5 bintang tuuu..." Komen Dean.

"Mana ada..." Kayla pantas menidakkan. Dia tidak tahu pun hotel itu bertaraf lima bintang. Hotel pun abangnya;Mikhael yang tolong carikan dan tempah untuknya.

"So, esok apa plan?" tanya Puan Nisha lagi.

"Jalan-jalan je. Kayla actually tak search lagi apa yang best dekat sini..."

"Tak apa. Kalau Kayla nak, Nafriz boleh tolong temankan Kayla jalan-jalan."

Terus tersedak Nafriz bila mendengar mama memetik namanya. Alamak, dia kena jadi tourist guide pulak ke ni? Bukan dia tak mahu tapi...Kayla tu perempuan. Cantik pulak tu. Kalau Meena, teman wanitanya tahu, habislah dia kena soal siasat. Hancussss!

Dean mengusap belakang adiknya lantas menghulur gelas berisi air perisa jambu. Dia sudah tersenyum. Dia tahu Nafriz ada teman wanita, dan dia pasti permintaan mamanya untuk Nafriz menemani Kayla itu sangat sukar untuk Nafriz laksanakan.

Tak apa, Kayla. Dean ada! Dean will always gonna be your safe hands.

Dean X Kayla

Dean tersenyum nipis melihat Kayla yang berada dalam dakapan Puan Nisha. Lama mama memeluk tubuh itu sambil mengusap lembut belakang Kayla, seperti sedang menenangkan gadis itu. Bila situasi ini terpamer dihadapan matanya, Dean baru teringat yang sudah lama mama tak peluk dia. Mungkin dia sudah tidak layak untuk disayangi seperti itu, sebab dia sudah selalu sangat buat orang disekelilingnya kecewa.

Dean memalingkan pandangan ke arah lain bila pelukan mama dan Kayla terlerai. Dia berdehem. "Ma, dia masih ada 6 hari lagi kat sini."

"Dean nak pergi mana?" Puan Nisha pandang anak sulungnya yang sudah siap dengan sandals di kaki. Setahu dia, Nafriz yang disuruh untuk menghantar Kayla ke hotel, dan bukan Dean. Dia memang tidak akan suruh Dean pun untuk kerja-kerja macam ini.

"Oh. Nafriz sakit perut, ma. Dia suruh abang hantar Kayla. Kayla, I hantar you, ya?" Dean senyum pandang Kayla.

"No." terus Puan Nisha menegah. "Kalau Nafriz tak dapat, biar mama sendiri yang hantar Kayla. Aunty hantarkan Kayla, ya?"

"Ma, luggage dia pun dia tinggal dalam kereta abang, biarlah abang hantarkan dia." Dean masih bertegas. "Dah malam ni, ma. Bahaya mama drive."

"Yalah, Aunty. Biar Dean je yang hantar Kayla. Kesian aunty kena balik seorang diri lepas hantar Kayla ke hotel."

Dean rasa macam nak menari kegembiraan bila Kayla menyokongnya. Dia buat-buat tak nampak mata mama yang renung dia macam nak telan dia hidup-hidup. Dean tahu mama dah letak dia dalam kategori Lelaki Yang Tidak Boleh Dipercayai.

"Abang jangan nak buat benda yang bukan-bukan, ya?"

"I promise I'll behave!" Dean siap angkat tangan, dah macam orang berikrar.

"Mama tahu abang apa-apakan Kayla, siap abang!"

Kayla cuma memandang Puan Nisha dan Dean silih berganti. Puan Nisha yang bukan main tegas lagi memberi amaran pada Dean yang masih dengan muka bersahaja. Apa Puan Nisha maksudkan dengan 'apa-apakan Kayla'? Dean bahaya sangat ke? Puan Nisha tak percayakan anak sendiri?

"Jom, Kayla."

"Pergi dulu, Aunty."

"Ya... Kalau perlukan apa-apa, call aunty, tau?" pesan Puan Nisha pada anak gadis kawan baiknya itu.

"Call Dean pun boleh." Dean tersenyum meleret dan sempat menjeling reaksi Puan Nisha. Dia terus melangkah laju ke kereta bila Puan Nisha dah keluar aura nak marah dia lagi.


My Safe HandsWhere stories live. Discover now