RABU - 8.30 pagi

402 19 0
                                    


"Good morning." Dean terus mengambil tempat berhadapan Kayla.

"Kenapa dengan muka you?" tanpa membalas sapaan selamat pagi dari Dean, Kayla lebih tertarik dengan lebam di mata dan bibir Dean.

Puan Nisha menggeleng kepala. "Kalau Kayla nak tahu, macam ni lah perangai Dean. Entah dengan siapa dia cari pasal... Lepas tu dia heret adik dia sekali. And adik dia cedera lebih teruk dari dia. This guy is so...unbelievable."

Kayla memandang Puan Nisha yang jelas tampak marah dan kecewa dengan Dean. Dia berpaling memandang Dean semula. Lelaki itu tidak membalas kata-kata Puan Nisha, dia leka mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Puan Nisha dan Dean tidak tahu, tapi dia mendengar perbalahan Dean dan mamanya semalam. Mungkin Dean keluar selepas menjawab panggilan telefon. Kayla pada mulanya hendak turun ke bawah, tekak tiba-tiba haus namun langkahnya terhenti bila mendengar suara Puan Nisha yang memetir memarahi Dean. Kayla rasa macam ada yang tidak kena kerana mana mungkin Dean punca dia dan Nafriz dibelasah sedangkan Dean ada di rumah semalam, Nafriz yang keluar entah ke mana. Naluri hati Kayla kuat menyatakan yang Dean cuma menjadi penyelamat adiknya sendiri. Tidak boleh tidak, dia mesti bertanyakan kebenaran dengan Dean nanti.

"Abang sampai bila nak stay sini?"

"Sampai daddy balik." Bersahaja Dean menjawab.

"And why? Jangan ingat mama tak tahu ya apa sebenarnya ada dalam kepala abang tu."

"Kayla, you jangan terkejut ya? Mama I ni memang ada super power. She can read mind."

"Abang jangan nak main-main." Puan Nisha bersuara tegas. Dia memandang Kayla pula. "Kayla, aunty mintak maaf. Kayla kena tengok semua ni. Lelaki kat depan Kayla ni nama je dah 30 tahun tapi perangai mengalahkan budak kecik. Don't you ever trust him, Kayla."

Kayla tersenyum pahit. "I'm okay, Aunty."

"Lepas ni jangan memandai nak teman Kayla pergi mana-mana ya?" Puan Nisha sekali lagi memberi amaran pada Dean.

"Ma, how could you let her all alone kat luar tu?"

"She's better off alone daripada bersama dengan orang macam Dean."

Dan kali ini Kayla mencuri pandang ke arah Dean, ingin tahu reaksi Dean bila mendengar kata-kata pedih yang dituturkan oleh Puan Nisha. Kayla sedikit kagum bila Dean masih mampu mempamerkan riak wajah yang tenang, seolah-olah kata-kata Puan Nisha langsung tidak mengguris perasaannya.

"Aunty tak perlu risau. Hari ni memang Kayla planned nak jalan-jalan seorang diri pun. Hari ni Kayla nak pergi Heart All Around. Lepas ni Kayla akan booked Grab ke sana. So, Dean tak akan bersama dengan Kayla hari ni. Don't worry." Kayla tersenyum, meyakinkan Puan Nisha. "Lagipun Aunty, jangan salahkan Dean. Sebab Kayla sendiri yang selalu cari dia..."

"Haaa..."

"Don't say a word, Dean." Terus Puan Nisha mencantas.

Dean diam semula, kembali menyuap makanan ke dalam mulut sambil menunggu Kayla untuk menghabiskan ayatnya.

"Kayla lebih selesa dengan Dean dari Nafriz."

Dean sudah tersenyum lebar, menepis pedih di bibirnya kerana dia tersangat bahagia mendengar pengakuan dari Kayla itu. Apatah lagi bila pengakuan itu dibuat dihadapan Puan Nisha.

"He's nice till he let you down. Aunty dah kenal sangat. Nanti jangan cakap yang Aunty tak warned Kayla pulak, ya?"

Kayla mengangguk. Dia memandang Dean dihadapannya. Dan lelaki itu juga sedang memandang ke arahnya. Dean membalas pandangannya sambil mengangkat kening beberapa kali.

"Habiskan breakfast Kayla, ya? Aunty nak hantar makanan untuk Nafriz kejap." Puan Nisha menggenggam tangan Kayla sekejap sebelum dia menghilang dari dapur dengan membawa dulang berisi makanan untuk anak kesayangannya.

"Okay, Kayla. You're going somewhere without me and without my car so please be extra careful and give me a call if you need anything. And by the way, I cuti sampai minggu depan so you'll be seeing me for the rest of your days here, so please don't get sick of it. And one more thing, give me a call every 30 minutes."

"You are worst than my brother."

"Okay, I longgarkan sikit. Tak perlu call. Just give me a text. Tell me your location. Exact location please."

"You done?"

"Ya." Dean meneguk minumannya. "And jangan lupa buat muka jahat." Sambungnya lagi.

"Roger that."


My Safe HandsWhere stories live. Discover now