RABU - 10.30 malam

599 24 6
                                    

"Kenapa you paksa I minum kopi?" Kayla buat muka jengkel setelah meneguk Cappucino yang Dean pesan untuknya. Ya, memang dia berjanji akan belanja Dean kopi paling sedap didunia, tapi dia tak berjanji yang Dean boleh memaksanya untuk minum kopi sekali.

"Sebab I suka. If one day you can't remember my name, just say 'coffee' and I'll turn around."

Kayla menjulingkan mata ke atas. Dia sudah ada idea nak letak nama Dean apa dalam telefon bimbit dia lepas ni. Coffee.

"Not bad kan?" tanya Dean lagi.

"It is bad. I tak boleh tidur."

"But you tidur juga kan..."

"Ya tapi susah."

"You'll get used to it." Dean senyum. "I saja paksa you macam ni. So that lepas ni you akan ingat I setiap kali you terhidu bau kopi. You tak nak minum pun tak apa, but the smells of coffee, hope it will reminds you of me."

"Dean, I masih ada baki 4 hari lagi ni kan... You tak perlulah buat ucapan perpisahan awal sangat."

Dean tertawa kecil. "Yalah yalah. I tarik balik."

"You tau tak, your mom keep on texting me." Kayla menunjukkan skrin telefon yang memaparkan pesanan ringkas dari Puan Nisha kepada Dean. "I kena yakinkan dia yang you tak buat apa-apa kat I tiap jam."

Dean senyum. "Told ya... I'm no good guy, Kayla."

"Dean, boleh tak you stop saying that? You ni peliklah. Orang lain takkan senang-senang nak mengaku yang diaorang tu jahat tau."

"Sebab I nak you tahu. I nak you aware. I tak nak you terkejut. Apa you buat kalau you terkejut? Kalau tiba-tiba ada buaya ketuk pintu rumah you, what would you do?"

"I lari?"

"Haaa that's it. Itu yang I tak nak. I tak nak you lari once you dapat tahu what kind of guy I am."

"Okay." Jawab Kayla ringkas. "Tapi I ada instinct yang keep on telling me that you are not that bad. Boleh tak bagi I peluang untuk percayakan instincts I?"

"But what if instincts you tu tak betul?"

"Why? You dah ada plan nak buat jahat kat I ke apa ni?"

Dean diam. Hanya memandang Kayla yang juga memandangnya, meminta jawapan sebelum gadis itu kembali bersuara.

"Boleh tak you bagi I peluang untuk percayakan you?"

"Kayla, you tak teringin nak tahu apa yang I dah buat? You tak pernah tanya."

"Do I have to know? I baru kenal you, I rasa lebih baik I tak tahu apa-apa pun pasal kisah silam you, so that I tak judge you. And I don't think I have the right to judge you though."

"What if I nak bagitau jugak?"

"Why?"

"Sebab I tak nak you lari kalau you dapat tahu dari orang lain."

Kayla pandang Dean. Kata-kata Dean itu kedengaran sedikit menakutkan sebenarnya. Sejujurnya Kayla tidak bersedia untuk mendengar apa yang bakal Dean ceritakan. Bagaimana jika pandangan Kayla pada Dean terus berubah setelah dia mengetahui tentang kisah lampau lelaki itu? Bagaimana jika dia juga menjadi seperti orang di sekeliling Dean yang sudah tidak lagi mempercayai Dean? Bagaimana jika dia lakukan benda yang Dean tak mahu dia buat setelah mengetahui semuanya, iaitu lari? Bagaimana jika dia tidak boleh menerima Dean yang dulu, Dean yang jahat?

My Safe HandsWhere stories live. Discover now