RABU - 1.00 pagi

495 19 0
                                    

"Tak tidur lagi?" Kayla mendekati Dean yang sedang baring di sofa berbentuk-L di ruang menonton tingkat atas. Dia melabuhkan punggung di sofa sebelah Dean. Televisyen sedang menyiarkan siri TV kegemarannya iaitu Supernatural.

Dean dongak kepala, mencari suara yang menegurnya tiba-tiba. Dia langsung tidak mendengar tapak kaki Kayla melangkah dan tiba-tiba Kayla sudah duduk di sofa sebelah. "What are you? A fallen angel?"

"Pfft. Dean, give my heart a break." Kalau tiap-tiap hari kena bagi ayat manis, penat juga hati Kayla untuk menghadamnya.

Dean tertawa kecil lantas bangkit dari baring. Dia bersandar di sofa, masih memandang Kayla dengan senyuman.

"What?" akhirnya Kayla membalas pandangan Dean kerana sedari tadi dia dapat merasakan yang Dean memandangnya.

"Apa?" Dean mengulang pertanyaan Kayla.

"I tak suruh you translate pun."

Dean sengih. "Kenapa tak tidur lagi ni?" Dean mencapai kusyen berbentuk segitiga yang menjadi bantalnya sebentar tadi. Kusyen itu kemudiannya dipeluk.

"Sebab you lah... Paksa I minum kopi tadi. Sekarang I dah tak boleh tidur. So now you kena berborak dengan I sampai I mengantuk."

"Well, the pleasure is mine, my lady." Dean lebih dari rela untuk berborak dengan Kayla sehingga gadis itu mengantuk.

Kayla tertawa kecil, dengan mata masih tertancap pada skrin televisyen. "Tak pernah terfikir yang I akan tengok Dean Winchester with a Dean next to me."

"Well, you could watch Dean Winchester with a Dean next to you for the rest of your life, if you want."

Kayla memandang Dean. "Sebab inilah Aunty Nisha tak nak I rapat dengan you, kan?"

"Aunty Nisha ada banyak sebab untuk you tak rapat dengan I sebenarnya. I..was a bad guy, Kayla."

"How bad?"

"Bad enough sampai mak I sendiri dah hilang kepercayaan kat I." Dean tersenyum nipis. "Dah tak mampu nak percayakan I. Sebab tu lah my mom tak suka I dekat dengan you."

"But you said 'was' just now. So, boleh tak I considered that as your past? You were a bad guy. Once a bad guy. Jadi sekarang you mungkin dah berubah?"

"Trying." Dean sengih. "But what's the point? Manusia lebih suka kisah silam. Berubah baik macam mana pun, mereka akan tetap refer to your past. And no matter how hard, how deep I'm trying to bury it, mereka akan cungkil balik and shove it right on my face." Dean menjungkitkan bahu. Sungguh dia tidak pernah terfikir untuk meluahkan semua ini kepada sesiapa tapi entah kenapa dia meluahkannya dengan Kayla. Dengan gadis yang belum sampai seminggu wujud dalam hidupnya. Atau mungkin kerana itu dia lebih senang meluahkan? Sebab Kayla tidak kenal dia yang dahulu? Kayla tidak pernah berhadapan dengan Dean yang mengecewakan? Mungkin Kayla lebih senang untuk menerimanya yang konon-kononnya sudah berubah kerana Kayla tidak pernah berhadapan dengan Dean yang jahat dahulu, berbeza dengan orang-orang disekelilingnya yang kenal dia bertahun-tahun.

"Past is past." Kayla bersuara.

"Well, some things are easier said than done. Kalau you kenal I yang dulu, you mungkin takkan cakap macam tu. Atau mungkin you dah jadi macam mama sekarang. And daddy. And everyone around me. They're all losing hope in me. They're all like...whatever, Dean. Do whatever as long as you're still alive."

"At least they still want you around. They still want you to be alive."

"Mungkin diaorang rasa it's better kalau I ni tak ada."

My Safe HandsWhere stories live. Discover now