AHAD - 9.45 malam

540 17 3
                                    

AHAD – 9.45 malam

"Hotel mana tadi?" tanya Dean sebaik sahaja kereta meluncur keluar dari kawasan perumahan.

"L'Amour."

"Seriously?"

"Ya. Why?" Kayla pandang Dean yang tiba-tiba terkejut bila dia menyebut nama hotel yang rasanya dia dah sebut masa makan malam tadi.

"I baru teringat."

"Teringat apa?"

"Last few days ada orang bunuh diri kat hotel tu."

"Jangan main-mainlah, Dean."

"No. Really." Dean cuba meyakinkan Kayla. "A guy. Umur 30 lebih macam tu. Cut his own wrist. They've found him in a bath tub, blood all around. Too late to save him, pihak hotel jumpa dia, dia dah pooof..."

Kayla hanya memandang Dean yang bukan main serius lagi bercerita siap dengan gerak tangan.

"Completely gone..." sambung Dean. "And lepas I baca the news, I terus research and dapat tahu yang kes bunuh diri kat hotel memang banyak. Kenapa ya? Hotel are supposed to be a nice place, tempat orang nak stay dengan selesa, why would these people pilih tempat tu untuk bunuh diri? It just doesn't make sense. You nak bunuh diri, you carilah tempat yang buruk, yang orang tak pergi. Kenapa nak buat kat tempat yang ramai orang pergi and creep the hell out of everyone. Dahlah bunuh diri kat tempat cantik lepas tu mati, dan pergi kacau hidup orang, takut-takutkan orang."

"Dean."

"Ya?" Dean baru perasan yang dia melalut panjang, langsung tak bagi peluang untuk Kayla mencelah.

"You're joking right?"

"Do I look like I'm joking?"

Kayla sudah mula gelisah. Ya, dia memang peminat tegar siri Supernatural, tapi semua orang tahu yang cerita adik-beradik dua orang itu bukannya seram mana pun. Sebab itulah Kayla boleh slumber saja tengok cerita itu tengah malam buta. Tak menakutkan walau sehitam mana pun mata Sam bila dia bertukar jadi demon, masih tidak menakutkan. Tapi sekarang ini dia kena tinggal di hotel, seorang diri. Hotel yang ada kes bunuh diri dua hari lepas.

"Just be careful, okay? I bukan nak takut-takutkan you, just nak you tahu." Dean senyum. "Kalau I tahu you akan stay kat hotel tu, I akan larang lelaki tu bunuh diri kat situ."

Kayla menjulingkan mata ke atas. "Macamlah dia akan bagitau you yang dia nak bunuh diri."

"How I wish I could read mind."

"Then you'll be pissed off all the time." Kayla geleng kepala. "You'll have too much information to handle and then you takkan percaya dengan semua orang."

Dean hanya terdiam. Mereka yang kenal dia tidak perlu membaca mindanya untuk mengambil keputusan untuk tidak mempercayainya. Dan jika Kayla mempunya kuasa itu saat ini, Kayla pasti sudah memasukkan dia dalam kategori 'Lelaki yang tidak boleh dipercayai' juga, sama macam mama.

"You sure you nak stay sini?" Dean sudah memarkirkan kereta di tempat parkir perkarangan L'Amour Hotel, dia mahu menemani Kayla sehingga selesai proses daftar masuk dan kalau boleh dia nak hantar Kayla sampai depan pintu bilik tapi Dean pasti Kayla tidak akan benarkan dia buat sebegitu.

Kayla sebenarnya sudah mula berasa tidak sedap hati, apatah lagi semasa Dean bercerita tentang kisah bunuh diri itu bulu romanya terus naik. Rasa seram tiba-tiba.

"You boleh stay rumah for a night then tomorrow you boleh cari hotel lain."

"Boleh ke?" Kayla mempertimbangkan cadangan Dean.

Dean mengangguk. "You nak stay kat rumah for a week pun boleh, mama I pasti suka." Dan I pun suka.

"No. Tak boleh. I tak nak susahkan siapa-siapa." Kayla memandang hotel lima bintang yang tersergam indah dihadapannya. Dia dan Dean masih berada di dalam kereta.

Tinggal di hotel dan menderita ketakutan sepanjang malam atau tinggal di rumah Aunty Nisha semalam dan esok cari hotel yang tak ada kes bunuh diri yang berlaku dua hari lepas? Kayla berkira-kira sendiri.

Dean menghidupkan semula enjin keretanya. "Jom, balik. Stay rumah I je lah." Dean sudah terlebih dahulu membuat keputusan sendiri.

"I'm sorry. I janji, esok I cari hotel."

Dean tidak berpaling memandang Kayla namun bibirnya terukir satu senyuman. "Tinggal dalam hati I je lah, Kayla. Tak ada orang bunuh diri." Ujarnya perlahan.

Dan Kayla terus mencerlung mata memandang Dean. Biar betul Dean baru saja suruh dia tinggal dalam hati Dean? Kurang dari sehari mereka berkenalan dan Dean sudah berani berkata sebegitu? Mungkin inilah sebabnya Puan Nisha tidak percayakan Dean.

"Jangan pandang I macam tu. Jatuh teruk hati I."

"Oh God." Keluh Kayla seraya membuang pandang ke luar tingkap kereta, menggeleng kepala mengenangkan betapa mudahnya ayat-ayat manis meluncur keluar dari mulut Dean. Wow!

My Safe HandsWhere stories live. Discover now