RABU - 8.45 malam

458 20 9
                                    

Dean tanpa sedar menarik tangan Kayla yang baru sahaja mahu melangkah meninggalkannya di belakang. Gadis itu memandang ke arahnya dengan dahi berkerut. Dean pandang Kayla dan Roller Coaster yang berada beberapa tapak di belakang gadis itu silih berganti.

"Kenapa?" soal Kayla.

"Kayla, you tak nak masuk Rumah Hantu?" dia cuba menarik minat Kayla ke arah Rumah Hantu pula.

"Benda bosan kita letak paling hujung. Now kita main Roller Coaster dulu okay?"

"You sure?"

Kayla yang mampu mengesan riak gelisah pada wajah Dean, tertawa kecil. "Dean, seriously??"

"What?"

"You takut??"

"No. Mana ada." Dean melepaskan tangan Kayla yang tanpa sedar masih dalam genggamannya. "I tak sihatlah, Kayla. Kita skip this giant thing, okay?" pujuknya lagi.

"Okay tak apa. I naik seorang diri. You tunggu I kat bawah ni, okay?"

"Tak payahlah main." Dean masih lagi memujuk.

"Dean, I dah pergi banyak theme park and I tak pernah skip Roller Coaster. That's the best ride in every amusement park in this world. Fullstop."

"Banyaklah you punya fullstop." Dean buat muka jengkel. "You boleh mati main tu, you tau tak? You tak pernah tengok Final Destination ke?"

Kayla gelak lagi. "You banyak sangat tengok movie ni..."

"I'm serious. Anything can happen up there. You boleh terperangkap kat atas tu berjam if the machine breaks down. Or worst, you stranded dengan posisi kepala kat bawah and kaki kat atas. You nak?"

"Whatever, Dean. You tak nak main, you stay here." Kayla meneruskan langkahnya menuju ke Roller Coaster.

Dean menyumpah dalam hati. Kalau yang degil nak naik permainan bodoh itu bukan Kayla memang dia tidak akan peduli tapi yang tengah bercakap dengan lelaki yang jaga tempat masuk permainan itu adalah Kayla, dia tidak boleh mengatakan tidak kepada hatinya kerana hati dia dalam fasa mempedulikan Kayla walau apa saja pun yang gadis itu lakukan. Jadi tanpa sedar kaki Dean sudah melangkah mendekati Kayla.

"Who invented this stupid ride." Gumamnya perlahan.

Budak lelaki yang tengah tampal cop pada tangan Kayla tertawa kecil. "You in or what?"

Dean dengan muka serius menghulur tangannya pada budak lelaki itu. Budak lelaki dengan tag nama Irfan itu lantas menampal cop di atas tangannya. "Berapa orang dah mati naik benda ni?"

"Bro, it's just a fun ride. Calm down." Budak lelaki itu tertawa kecil.

"Fun ride kepala otak dia..."

"Dean, you tak perlulah main kalau.."

"Masuk-masuk." Cantas Dean seraya menolak perlahan tubuh Kayla untuk masuk ke tempat duduk Roller Coaster. Dean memandang over-the-shoulder restraint  yang sudah mengapit badannya ke tempat duduk, untuk keselamatan.

"Dude. Longgar gila binatang ni. Is it safe?" Dean memanggil budak lelaki itu lagi.

"Dia akan tight once you're ready to go. Don't worry. Have fun!"

Dean merungut lagi sambil berkali-kali memeriksa elemen keselamatan yang memeluk tubuhnya itu. Dia kemudiannya menoleh ke arah Kayla. Kayla yang tersenyum memandangnya. "What?"

My Safe HandsWhere stories live. Discover now