KHAMIS - 7.30 pagi

455 21 7
                                    

"Kamu tak kerja ke?"

Dean sengih tengok Puan Nisha yang awal pagi lagi sudah bagi dia pandangan tajam dari meja makan. Dean kemudiannya mengambil tempat berhadapan dengan mama. Cuma dia dan Puan Nisha sahaja di meja makan sekarang ini. Nafriz mungkin belum bangun tidur. Kayla mungkin tengah bersiap-siap.

"Ma, abang pun cedera jugak. Abang layak dapat cuti."

"Orang cuti duduk rumah, rehat. Bukannya dok mengekor anak dara orang."

"I'm her tourist guide. That's my job."

"Banyaklah abang punya tourist guide! Abang, mama peninglah dengan perangai abang ni. Lepas ni abang nak buat apa lagi? Nak malukan mama lagi? Pura-pura suka lepas tu tinggalkan macam tu je? Dean ingat anak orang tu sampah ke? Suka-suka hati nak buang bila dah tak pakai? Cukuplah sekali, Aydin."

Dean meneguk kopi dari cawan dengan tenang, seolah-olah Puan Nisha langsung tidak berkata apa-apa padanya.

"Sampai bila kamu nak jadi macam ni?"

"Jadi macam apa?" perlahan Dean bersuara seraya memandang wajah dihadapannya. "Apa yang abang dah buat, ma?"

"Abang tanya mama apa yang abang dah buat? Seriously??"

"Ma, benda dah jadi. Dah tiga tahun. Menantu tak jadi mama tu pun dah kahwin, dah bahagia. Dia dah moved on. Boleh tak kita move on jugak?"

"It's not about her. It's about you."

"No, it was never about me. It was always about her. About her mom. Your friends. And everyone around us. And never about me." Dean bersuara sedikit tegas, namun percakapannya masih lembut. Seperti sebelum ini, dia tidak pernah meninggikan suara dengan mamanya.

"Kalau Dean tak buat perangai, semuanya takkan jadi macam ni. Kamu tak berada di tempat mama. Mama yang kena hadap semuanya. Mama yang tanggung malu. Mama yang cleaned up your mess. Kamu tahu buat apa? Berseronok tak ingat dunia."

"Bila?"

Puan Nisha diam. Entah kenapa dia tidak punya jawapan untuk soalan Dean itu. Bila? Bila yang dia tengok Dean berseronok tak ingat dunia? Sejujurnya dia tidak tahu. Dia cuma mendengar cerita yang disampaikan padanya. Dia tidak pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri. Kerana selepas kejadian itu, dia mengelak untuk bersua muka dengan Dean. Dean juga jarang balik ke rumah ini.

"Bila mama tengok abang berseronok tak ingat dunia?"

"Mama tak melihat, tak bererti abang tak buat. Kan?"

Dean jungkit bahu. "Mungkin abang memang tak buat, tapi mama tak pernah nak lihat. Mama lebih memilih untuk mendengar dari melihat sendiri." Dean senyum nipis. "Kenapa mama pilih perempuan tu dulu? Kenapa mama tak pilih Kayla? Kalau mama pilih Kayla, hidup kita mungkin tak jadi macam ni. There will be no cancelled wedding. No embarrassing moment. No nothing. And we live happily ever after."

"Dean memang tak pernah serius, kan?"

"Pernah, tapi orang tak pernah ingat Dean serius."

"Good morning."

Puan Nisha mengangkat muka, dan Dean berpaling. Kayla sudah melangkah mendekati mereka di meja makan.

"Morning, princess." Dean sudah siap tarik kerusi disebelahnya untuk Kayla.

Puan Nisha hanya mampu melihat Kayla melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan dengan Dean. Dia tidak mampu menghalang kerana itu pilihan Kayla. Dia tidak punya hak untuk menyentuh apa-apa dalam hidup Kayla.

"Sorry, Aunty... Abang Kayla called and Kayla kena tadah telinga dengar dia berleter panjang tadi, sebab tu lah lambat turun breakfast." Jelas Kayla.

"Tak apa. Mikhael berleter panjang kenapa?" Puan Nisha melihat Dean yang sibuk meletakkan nasi lemak ke dalam pinggan Kayla.

"Mikhael tu memang kaki leter, Aunty. Awal pagi dah berdesing telinga Kayla dengar suara dia. Dia suruh Kayla balik. He's too protective sampai kadang kala Kayla rasa tak boleh nak bernafas."

"Dia sayangkan Kayla."

"Kayla tahu. Tapi Kayla tak boleh nak lawan rasa marah ni... Dia dah reschedule my flight. Kayla dah tak tahu nak cakap apa lagi..."

"Sorry, reschedule what?" kali ini Dean yang bersuara.

"My flight. Kayla sepatutnya balik Saturday night. He changed it to afternoon. Thank God the first flight dah fully booked, or else memang dia akan pilih yang tu, first flight in the morning, "

"Can I talk to this guy?"

"Dean, stay out of it." Puan Nisha memberi amaran. "Mikhael tu abang dia. Kamu tu siapa nak bantah?"

"I'm her tourist guide. We have an agreement. Abang dia tak boleh nak cancel ikut suka hati dia je. Kayla, give me his number."

"Tak payahlah, Dean. I malas dah nak bertekak dengan dia."

Dean diam. Sabtu. Itu bermakna dia cuma ada satu hari lagi untuk bersama dengan Kayla. Dan selepas itu hidupnya akan kembali seperti biasa. Dia akan kembali menjadi seorang Dean yang tidak ada seorang pun yang percaya. Dia akan kembali menjadi seorang Dean yang harinya bermula dengan turun kerja dan berakhir dengan balik kerja. Dia akan kembali menjadi seorang Dean yang tidak mempunyai 'night life'. Dia akan kembali menjadi seorang Dean yang bangun pagi untuk menghambakan hidupnya dengan kerja. Dia akan kembali menjadi seorang Dean yang tidak ada Kayla dalam hidupnya.

"It's okay. Kayla boleh datang sini lagi lepas ni. Anytime." Puan Nisha menenangkan Kayla yang nampak sedikit bengang dengan keputusan Mikhael.

"Or you boleh pretend yang you missed the flight. I boleh belanja tiket balik you. Last flight on Sunday." Dean mengutarakan cadangannya.

"Dean, stop it." Puan Nisha mencelah. "Jangan nak ajar Kayla benda bukan-bukan ya?"

Dean tertawa kecil. "What? Itu pun benda bukan-bukan ke? Dean cuma ajar dia macam mana nak survive in this cruel world. The art of pretending."

"Jangan dengar cakap Dean tu, Kayla. Apa plan Kayla untuk hari ni?"

"No plans. Just jalan-jalan je."

"Bosannya." Komen Dean selamba. "But no worries, you ada I as your tourist guide, it won't be bored at all."

"Do you really have to be with her all the time, Dean? Kayla, Kayla selesa ke Dean dok mengekor Kayla hari-hari? Kalau tak selesa, just say so. Aunty boleh larang dia."

Dean tertawa kecil. "Ya, Kayla. I memang budak umur 5 tahun. Mommy said no, that's mean no."

"It's okay, aunty. Kayla dah kebal dah dengan ayat manis dia tu."

"Kebal? Ooo kebal, ya? Okay." Dean mengangguk kepala. "Let's see. Kalau terjatuh cinta, jangan salahkan sesiapa, ya?"

"You just stay at home, Dean. She's a big girl, dia boleh jalan-jalan seorang diri." Puan Nisha sudah mengeluarkan amaran lagi.

"Ma, we have an agreement." Tegas Dean lagi. "Right, Kayla? Semalam you dah sign, the deal is sealed. Mana boleh ubah lagi."

"Jangan nak merepek!"

"Kayla, you sign semalam kan?"

"Yalah yalah I sign. Ya, aunty. He's my guide. Aunty tak payah risau, kalau dia buat benda yang bukan-bukan, Kayla sendiri yang belasah dia!"

"Haaa, see?" Dean memandang mama, kata-katanya seolah-olah berbangga dengan diri Kayla. "Ma, kalau dulu mama pilih anak kawan mama yang ni, mama dah ada cucu tau sekarang."

"Enough, Aydin!"

My Safe HandsWhere stories live. Discover now