RABU - 2.15 pagi

374 15 0
                                    

Dean menumbuk lembut pipi Nafriz yang terbaring lemah di tempat duduk penumpang disebelahnya. Nafriz mengaduh kecil.

"Sampai bila kau nak macam ni?"

"Sampai bosan."

"Kau ingat aku ni tak bosan jadi penyelamat kau tiap kali kau kena belasah macam ni?"

Nafriz sengih sebelum dia menyeringai menahan sakit. Bibirnya pecah akibat tumbukan padu suami perempuan yang dia pegang tanpa sengaja di kelab malam tadi. Tidak cukup dengan tumbukan, suami perempuan itu bawak geng pula, datang belasah dia.

"Come on, dude. Save your own poor ass next time, will you?"

"Okay."

Jawapan biasa dari Nafriz yang Dean tidak akan percaya sampai bila-bila. Dean pasti selepas ini perkara yang sama akan berlaku lagi dan dia akan datang menjadi penyelamat Nafriz lagi. Dan ulang sehingga adiknya bosan hidup macam itu.

"Nak singgah klinik?"

"Don't bother. I'm okay."

"Betul?" sesekali Dean memandang sekilas pada Nafriz.

"Hmm..."

Dan selepas itu Dean memandu dalam keadaan yang sunyi kerana Nafriz sudah mengambil keputusan untuk melelapkan mata disebelahnya. Dean mengeluh bila melihat lampu ruang tamu bernyala. Pasti mama terbangun dan sedar yang kedua-dua anaknya tidak ada di rumah.

"Nafriz." Dean menahan Nafriz yang baru sahaja mahu membuka pintu kereta. "Tumbuk aku. Kat muka. Twice."

"What?"

"Come on." Kalau sebelum ini, dia akan menyembunyikan Nafriz yang lebam-lebam akibat dibelasah di kondo miliknya, tapi sekarang mereka berada di rumah keluarganya jadi Dean perlu mencari cara lain untuk menyembunyikan apa yang berlaku dari pengetahuan mama.

My Safe HandsWhere stories live. Discover now