AHAD - 11.15 malam

507 21 8
                                    

AHAD – 11.15 malam

Dean mahu berpatah balik ke ruang tamu bila matanya menangkap satu susuk tubuh yang amat dikenali berada di dapur namun suara milik susuk tubuh itu terlebih dahulu menyapanya. Habislah!

"Jangan nak lari, mama nak cakap sikit."

Mahu tak mahu, Dean masuk juga ke dapur. Dia berlagak selamba terus ke peti sejuk, mengambil satu kotak susu sebelum pintu peti sejuk ditutup dan dia mengambil tempat di berhadapan mamanya di meja makan.

"Ma, dah pukul 2. Kenapa tak tidur lagi?"

"Mama tak boleh tidur bila ada kucing lapar dengan ikan fresh dalam rumah ni." sindir Puan Nisha, mata masih melekap memandang anak bujang dihadapannya. "Risau kalau kucing tu ngap ikan."

Dean yang tahu dirinya disindir lantas tersenyum. "Kucing tu puasa, ma. Dia memang lapar, tapi dia puasa. Dia jenis kucing yang beriman sikit lah. Sebab puasa dia tak adalah nak ngap ngap semua kat depan mata dia. No matter how fresh it is."

"Dean, please go home."

"This is my home too, kan?"

"Balik rumah abang sendiri. Kenapa tiba-tiba nak bermalam kat sini? Sebab Kayla kan?"

"Tak. Sebab ni rumah abang jugak. Tak salah."

"Tak salah konon. Abang jangan ingat mama tak tahu apa yang ada dalam kepala otak abang tu ya? You better forget it! Not Kayla, abang. Please. Dia datang sini sebab nak.. nak tenangkan diri. Bukan nak sesakkan kepala dengan perangai abang."

"Abang tak buat perangai."

"Abang ingat mama percaya?"

Itulah masalah mamanya. Mama tak pernah percaya walau bagaimana bersungguh-sungguhnya Dean cuba untuk meyakinkan insan yang bergelar syurga untuknya itu. Mama tetap tidak percaya. Dan Dean tidak menyalahkan mama, setelah bertahun dia hidup sebagai seorang anak yang peningkan kepala orang tua, memang bukan senang untuk orang tua nya percaya yang dia sudah berubah dan dia tidak lagi mahu hidup sebagai seorang yang memeningkan kepala.

"Abang, tolong kesiankan Kayla. Kalau abang tak kesiankan mama pun, tolong kesiankan budak yang baru hilang emak dia."

Dean sedikit tersentak. Dia memandang Puan Nisha, menagih penjelasan lebih lanjut. Betul ke apa yang baru sahaja dia dengar? Budak yang baru hilang emak dia? Kayla baru kehilangan emaknya? Tapi kenapa Kayla nampak sangat...happy and free? Seolah-olah tidak ada apa-apa kesedihan yang merantai kakinya?

"Kayla datang sini sebab dia dah rancang untuk datang sini dengan mak dia. Tapi Tuhan lebih sayangkan kawan baik mama tu. Dia pergi sebelum sempat datang sini." Puan Nisha mula membuka cerita pada Dean, berharap dengan cerita ini mampu mengubah Dean supaya menjadi seorang yang lebih berjaga-jaga dengan setiap perbuatan dan percakapannya pada Kayla selepas ini.

"Ma, how? When? Kenapa Kayla tak cakap apa-apa pun pasal ni?"

Puan Nisha menjungkit bahu. "Mungkin sebab abang bising sangat, tak bagi peluang untuk dia cerita apa-apa."

"Bila, ma?"

"Dua bulan yang lepas. Kalau abang ingat, mama ada pergi Summershine dua bulan lepas. Sebab tu lah..."

Dean langsung tidak ingat tentang itu dan dia juga tidak pernah tahu yang mama mempunyai kawan baik yang tinggal di Summershine. Dia tidak pernah tahu yang mama mempunyai kawan baik yang ada anak cantik macam bidadari.

"Arwah terlibat dalam kemalangan. Kesian. Kayla tu rapat sangat dengan mak dia. Entah apalah dia rasa bila tiba-tiba je..." Puan Nisha mengusap pergi air mata di pipi. "Mak dia dah tak ada." Puan Nisha membawa gelas ke sinki. Tidak mahu Dean melihatnya menangis.

Dean hanya mampu memandang mamanya. Kenapa dia tidak pernah tahu tentang itu semua? Atau mungkin dia tidak pernah mahu ambil tahu sebelum ini? Tapi dua bulan lepas? Dua bulan lepas dia sudah menjadi orang yang tidak memeningkan kepala lagi, tapi kenapa dia tidak tahu? Dua bulan lepas?

Oh. Dia pergi kursus di Sarawak selama seminggu. Masa tu ke?

"Dean, tolong jangan sakitkan hati Kayla."

"I won't." Dean angguk.

"Mama tak nak abang rapat sangat dengan dia. PLEASE." Puan Nisha sudah melangkah ke meja makan semula.

Dean tidak berkata apa-apa. Dia kurang pasti sama ada dia mampu atau tidak untuk menunaikan permintaan mama itu.

"And abang cakap apa sampai Kayla ubah fikiran? Tak jadi nak tidur hotel?"

Dean jungkit bahu. "Tak ada cakap apa-apa."

"Betul?"

Dean angguk.

"Tak ada orang bunuh diri kat situ?"

Kantoi! Dean sengih. "Abang tak expect pun dia percaya."

Puan Nisha geleng kepala, pasrah dia dengan perangai anak dia yang sorang ni. "And yet abang expect mama nak percayakan abang?"

Sengih Dean padam. Dia hanya mampu memandang riak wajah mama yang jelas tampak kecewa.

"You're still the same Dean. The walking headache Dean."


My Safe HandsWhere stories live. Discover now