KHAMIS - 2.50 PETANG

269 14 2
                                    

KHAMIS – 2.50 PETANG

"Li."

"Eh kau buat apa sampai masuk dapur ni?"

"Li, bagi aku masak, boleh?" Dean sengih pandang kawan merangkumi pemilik restoran ini; Adli.

"Amboi! Nak impress yang tadi tu ke?" usik Adli.

"Yalah, siapa lagi? Budak tu tengah lapar gila, Li. Aku takut dia menangis pulak nanti kalau dapat makanan tak kena dengan selera dia pulak lepas ni."

"Eh kau nak cakap makanan kedai aku tak sedap ke? Kau jangannnnn, Dean."

"Eh tak adalah tak sedap." Dean tertawa kecil. "Your gooey brownies is still the best, dude. Nanti hantar kat aku untuk dessert, okay? Now tolong bagi aku masak chicken butter. Just chicken butter. Nasi goreng kau boleh masak."

"Dia nak nasi goreng chicken butter eh?"

Dean angguk. "And aku nak menu yang sama."

"Okay, kau masaklah. Buat macam dapur sendiri. Nadia, assist Abang Dean ni masak, ya?" Adli panggil pembantunya; Nadia.

"Eh kaulah assist!" bantah Dean. "Tak apa, Nadia. Saya perlukan bos awak sendiri untuk assist saya."

"Macam-macamlah kau ni, Dean!"

Selepas menyiapkan butter chicken, Dean membiarkan pekerja Adli menyiapkan nasi goreng. Dia kemudiannya melangkah keluar dari dapur. Risau pula nak tinggalkan Kayla duduk seorang diri.

"Sorry, Kayla."

"Lamanya?"

Dean sengih pandang Kayla yang masih tidak menghadiahkannya sebarang senyuman. "Saya kena make sure yang mereka buat order awak dulu."

"You tak buat hal kat kedai orang, kan?"

"Eh tak adalah."

"Dean, boleh tak jangan senyum?"

Dan Dean terus memadamkan senyumannya. "Okey." Dia mengangguk, menurut perintah bos kecik yang tengah lapar. "Sikit saja lagi, sabar sikit okey?" pujuknya lagi.

"Jangan pujuk I!"

"Okey." Dean terus terdiam. Dalam hati berdoa supaya pekerja Adli cepat-cepat datang hantar makanan mereka berdua sebelum Kayla bertukar menjadi naga yang paling cantik dalam dunia.

"Nasi goreng chicken butter untuk Encik Dean dan Cik Kayla kita..." Nampaknya Adli sendiri yang menghantar pesanan Dean dan Kayla. Sempat Adli mencuri pandang ke arah gadis yang menemani Dean. "Senyum sikit Cik Kayla. Penat Abang Dean awak masakkan chicken butter yang paling sedap untuk awak, sebab dia takut kalau saya yang masak, nanti tak kena dengan selera awak pulak. Dia takut awak menangis katanya."

"Eh Adli. Memandai ya kau?" terus Dean menyampuk. Dia buat-buat tidak perasan akan pandangan Kayla yang bukan main tajam merenungnya.

"Kalau dah ready for dessert, panggil waiter ya. Enjoy your late lunch!" pesan Adli sebelum meninggalkan meja Dean dan Kayla.

"You masak?"

Dean sengih. "Makanlah." Padahal dia cemas juga memikirkan bagaimana jika masakannya tidak kena dengan selera Kayla?

Kayla menyuap sesudu isi ayam ke dalam mulut. Rasa yang......sangat familiar. Sangat dekat. Sangat..... betul ke Dean yang masak? Kayla melepaskan sudu.

"Kenapa? Tak sedap? Kalau tak sedap, I suruh Adli masakkan yang baru. Okey?" Dean sudah mula menggelabah. "Kayla...?"

"I'm sorry." Kayla mengusap air mata yang mengalir tanpa dapat ditahan lagi.

"Kenapa you menangis? You nak order yang lain? Sementara tunggu order siap, I boleh suruh Adli bagi brownies, sekadar untuk alas perut. Nak menangis, kenapa?"

"Sorry, Dean... It's just...one of those days."

"What days? I rosakkan hari you ke, Kayla?"

"No...I...I rindukan arwah ibu I. Dan chicken butter kegemaran I adalah yang ibu I masak. That was why I order chicken butter tadi. And I didn't expect..."

"Sorry, kalau I masak tak sedap."

"No, this is perfect, Dean. Rasanya hampir sama dengan yang ibu I masakkan. Dan I dari tadi lagi elakkan diri I dari menangis. I marahkan you. You senyum pun I marah. You berdiri pun I marah. I marahkan semua benda. Sebab I tahan diri dari menangis. Ohmygod!" sekali lagi Kayla mengelap wajah yang sudah basah dengan air mata. Tanpa dapat ditahan, dia sudah menangis siap tersedu lagi di depan Dean. "Sorry for dragging you into this unwanted drama."

"No big deals. As long as watak I dalam drama you ni adalah watak hero, I'm fine with it." Ujar Dean separa bergurau. Betullah apa yang emaknya kata tempoh hari, Kayla masih fragile. Dean bersandar ke kerusi, berpeluk tubuh. Dia tahu Kayla sudah berusaha sedaya upaya untuk melarang diri dari menangis, jadi dia tidak akan menyuruh Kayla untuk berhenti menangis. Biarlah Kayla mahu menangis sepuas hati.

"Last year on this date...we had lunch together. Me and ibu. Nasi goreng ayam butter." Kayla mula bercerita, tentang apa yang dia jumpa dalam memori media sosialnya. Gambar dia bersama arwah ibu, dan juga menu makan tengah hari mereka. Rasa macam baru semalam ibu dia ada bersama dengannya. Sedihnya hanya tuhan saya yang tahu mengenangkan yang dia dan ibu tidak akan pernah berpeluang untuk makan bersama-sama lagi. "I rindu dia, Dean."

"I faham." Dean mendekatkan diri ke meja yang memisahkannya dengan Kayla. "And it's alright, Mikayla. It's alright. Menangislah. I takkan pergi mana-mana. I akan stay here, sampai you dah tak nak menangis lagi, then kita akan makan sama-sama. Okey?"

"Okey." Jawab Kayla dalam tangisan.

My Safe HandsWhere stories live. Discover now