ISNIN - 10.30 pagi

458 17 4
                                    

                 

"Pak cik, tunggu kejap tau. Saya janji saya akan datang balik untuk bayar tambang ni. Pak cik tunggu tau." begitu beria-ia Kayla meyakinkan pak cik teksi sebelum dia melangkah pantas memasuki kolej. Dia ingat lagi ketika dalam perjalanan balik dari jogging pagi tadi, Dean tunjuk kolej ini dan Dean bagitau dia yang dia bekerja sebagai pensyarah di kolej tersebut. Siapa sangka Dean merupakan seorang pensyarah?

Kayla meliarkan pandangannya ke sekeliling blok. Dalam hati tak henti henti berdoa supaya keajaiban berlaku saat ini dan dia akan menemui Dean di dalam kolej yang agak besar ini. Tolonglah, Dean. Munculkan diri. Tolonglah.

"Dik. Excuse me." Kayla menahan seorang pelajar lelaki yang nampak begitu terburu-buru. Mungkin sudah lambat untuk ke kuliah. "Tumpang tanya. Adik kenal Dean tak? Adik ada lecturer nama Dean? Saya tak ingat his full name... Mahyuddin? No.. Faizzudin? Bukan. Err.. Dia tinggi-tinggi orangnya. Rambut pendek. Hari ni dia pakai baju warna navy blue."

"Handsome tak?"

Kayla pandang pelajar dihadapannya yang dah tersengih macam kerang busuk. Biar betul budak ni? Pergi tanya aku macam itu dah kenapa?

"Saya sebenarnya dah lewat nak masuk kelas, lecturer saya tu nama dia Dean jugak. Kitaorang panggil dia Sir Dean. Tinggi-tinggi, handsome-handsome. Banyak peminat kat kolej ni. Tu yang saya tanya Cik, Dean yang Cik cari tu, handsome tak?"

"Err...Handsome kut." Rasa segan pula mengaku tentang ketampanan lelaki itu di depan pelajarnya. Tapi betul ke Dean yang sama ni? Entah ada pensyarah lain dengan nama yang sama. "Oh ya. Dia drive HRV. Warna hitam."

"Okay, betullah tu. Jom, ikut saya."

Dan Kayla terus saja mengikuti langkah pelajar bercermin mata bingkai hitam itu. Kayla hanya berdiri di belakang pelajar itu bila pelajar itu mengetuk pintu bilik kuliah sebelum membuka pintu tersebut.

"You're late, Khairil."

Kayla terus mengucapkan syukur dalam hati sebab suara yang kedengaran dari dalam bilik kuliah itu mirip suara yang sudah wujud dalam hidupnya sejak semalam. Jadi, Dean ini spesis pensyarah yang banyak peminat lah? Mesti banyak pelajar perempuan daftar masuk kelas yang dia ajar semata-mata nak tengok dia.

"Sorry, sir. But I've brought you a parcel. A very nice one." pelajar yang bernama Khairil itu melangkah masuk ke dalam bilik kuliah.

Dean memandang Khairil yang sempat mengenyitkan mata padanya sebelum pelajarnya itu mengambil tempat duduk. Pelajarnya memang macam itu, walau setegas mana pun suara Dean, diaorang masih lagi slumber dek kenyit-kenyit mata. Tapi jangan ingat Dean jenis pensyarah yang bagi muka sentiasa, ada juga yang pernah kena dengan dia sebab berani buat perangai tak hormat dia.

Dean meminta diri sekejap lantas mengatur langkah keluar dari bilik kuliah.

"Kayla? Miss me already?" Dean sedikit terkejut bila menerima kunjungan dari gadis yang begitu berdegil minta ditinggalkan di blok kedai di bandar Stardust pagi tadi, menyatakan yang dia akan cari hotel sendiri, dan dia akan jaga diri dengan sebaik yang mungkin dan... Apa yang Kayla buat kat kolej sekarang ini?

"Dean. I'm sorry. I..lost my bag. My sling bag. Semua barang penting kat dalam. Everything. And.. I datang sini naik teksi. I..Ya Allah. Luggage pun I tinggal dalam teksi. I.. I tak ada duit nak bayar tambang. Pak cik teksi tu masih tunggu I kat depan sana. I dah hilang semua barang I, Dean. Everything."

"Eh mana ada everything. You masih ada I." Dean masih lagi nak jual minyak. "Okay, you masuk dalam bilik ni through that back door."

Kayla pandang pintu belakang untuk masuk bilik kuliah yang Dean tunjuk, sebelum dia kembali memandang Dean.

"You tunggu I habis lecture, you duduk diam-diam kat belakang. Okay? Kalau ada student I usik you, you bagitau I, I gagalkan dia untuk sem ni."

"Kejamnya."

"Mestilah, tak ada sesiapa yang boleh mess with you except me."

"Tapi pak cik teksi tu.."

"Ya, I akan bayarkan and ambil luggage you sekali. You masuk dalam kelas ni dulu. Habis kelas, I temankan you pergi buat laporan and settle everything."

"Thank you so much."

My Safe HandsWhere stories live. Discover now