ГЛАВА ШЕСТАЯ 🗝

8K 502 98
                                        

"Healy balik Swiss pagi tadi. Langsung tak makan breakfast." Victoria bersuara apabila Hazzel kelihatan seperti tercari cari kelibat Healy.

"Kenapa?"

"Entah. Tadi menangis nangis dia masa nak balik sana. Mummy tanya, dia tak jawab. Maybe dia putus cinta kut."

Hazzel menggeleng.

***

Healy memanjat timbunan longgokan abu sampah yang sudah terbakar dan terus mencari.

"Tsk tsk." Hingus dilap dan Healy menguis segala sampah disitu. Tidak dipedulikan badannya yang sudah kotor dengan sampah.

Air mata Healy kembali mengalir laju apabila sudah dua jam dia mencari tetapi tiada pun album yang Fiona bakar disitu.

Gadis itu terduduk di tanah dan mengelap air matanya.

Tangan mencapai telefon di dalam poket dan nombor seseorang didail.

"Mama! Album tu memang dah tak ada! Healy dah cari dari tadi tapi.." Teresak esak Healy bersuara.

"Healy dekat tempat sampah tu lagi ke? Kan Fiona kata dia dah bakar mestilah album tu hilang. Lagipun kenapa Healy tak bagitahu awal awal dekat Fiona yang album tu ada dalam tong sampah?" Si mama mula membebel. Healy semakin sebak.

Sejak kecil lagi dia menyimpan kertas kertas dari Hazzel tapi sekarang segalanya musnah.

"Mamaaa." Healy kembali menangis.

Quinn Davieka memicit dahi. Ini kalau benda lain yang boleh diganti tu yang hilang tak apalah juga. Tapi album tulisan Hazzel? Mana nak cari ganti benda tu?

"Healy, hey princess mama. Balik apartment dulu, sekarang dah nak gelap bahaya duduk dekat luar seorang diri." Quinn Davieka menasihati si anak. Terkejut jugalah dia tadi apabila Victoria memberitahu bahawa Healy sanggup pergi ke Switzerland kembali demi mencari album yang telah dibakar itu.

Sayang betul dia dekat Hazzel.

"Tapi mama album tu.."

"Ya nanti Healy pergi cari balik. Sekarang pulang apartment dulu. Mama dah call Nicho, dia cakap dia dekat Swiss lagi. Dia boleh tengokkan Healy."

Healy mengerutkan dahi.

"Macamana mama tahu pasal Nicho?" Soal Healy sambil mengelap hingusnya.

Quinn Davieka tersenyum sinis.

"Dah, pergi balik apartment awak tu perempuan. Jangan nak duduk situ sendirian sangat."

Healy angguk.

"Okay mama."

***

"Macamana you kenal mama I?" Healy memandang Nicholas yang berada di hadapannya.

"Siapa je tak kenal mama you? Family you kan bangsawan terkenal so of course lah I kenal mama you siapa. Dan yang paling penting, bukan I tau cari mama you. Mama you yang cari I sebab dia cakap dia dapat tahu yang kita bercinta." Nicholas tersenyum.

Healy mengeluh.

"Nicho." Healy meneguk liurnya. Mata Nicholas dipandang.

"Yes?"

"I minta maaf tapi I tak rasa kita boleh teruskan semua ni."

Nicholas mengerutkan dahi.

"Maksud you?"

4 |   The Valiant  [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang