ГЛАВА ДВАДЦАТАЯ 🗝

5.7K 469 34
                                    

Satu Tahun Kemudian...

"Ish, Healy bangunlah." Quinn Davieka menepuk punggung si anak gadis yang berbungkus di dalam selimut. Healy mencelikkan mata sedikit sebelum menyambung tidurnya.

"Mama.." rengek Healy apabila terasa sinaran matahari menerjah masuk ke dalam bilik tidurnya.

"Jangan nak bagi alasan, bangun sekarang. Apa anak dara bangun tengahari begini tak malu ke dekat  Hazzel dengan Noah dekat bawah tu." Bebel Quinn Davieka.

Terus segar mata Healy apabila mendengar nama Hazzel.

"Hazzel ada ke mama?" Soal Healy teruja. Quinn Davieka mencekak pinggang.

"Amboi, dengar nama Hazzel terus cerah mata ya? Ha, pergi mandi." Arah Quinn Davieka sambil mula melipat selimut si anak.

Healy terus berlari ke bilik air dengan bersemangat. Nak jumpa crush!

"Morning." Sapa satu suara gadis dari tangga dan terus si gadis itu mendekati meja makan yang terdapat ahli keluarganya.

"Amboi, tu kalau mama tak kejut tu sampai maghrib karang pun tak tahu bangun ke tidak." Perli Hunter kepada si anak. Healy memuncung bibir dan menarik kerusi di hadapan Hazzel sebelum duduk dilabuhkan di depan jejaka itu.

"Healy tidur lewat lah semalam borak dengan Fiona." Fiona pula disalahkan. Nasib baik Fiona tiada disitu.

"Iya lah tu. Dah, makan." Quinn Davieka menghulurkan pinggan buat si anak dan Healy mula mencedok macaroni cheese ke dalam pinggan sambil mata mengerling Hazzel yang sedang makan.

"Hai Hazzel." Senyuman diberi. Namun, seperti biasa tidak dibalas. Healy mencebik. Mamat ni bila je tak sombong?

"Kamu berdua yakin ke dengan keputusan ni?" Soal Hunter. Hazzel dan Noah berpandangan sebelum angguk.

"Yakin, pa. Hazzel dah nekad nak masuk ketenteraan." Hazzel bersuara dengan keputusannya yang sanggup menolak tawaran dari universiti terbaik dunia berdasarkan keputusan yang cemerlang sewaktu di Le Rosey dulu demi menjadi tentera D'Ezekiel.

"Noah pun. Umi dengan baba dah bagi izin. Nash cakap dia pun ikut sekali." Kata Noah. Hunter angguk.

"Baguslah. Tapi dalam kem tu nanti jaga diri baik baik. Latihan ketenteraan ni bukan boleh bawa main. Melibatkan nyawa. Tu, daddy Skyler tu dah berapa kali hampir maut sebelum dapat jadi ketua tentera udara." Kata Hunter.

Hazzel angguk mengerti.

"Hazzel serahkan semua pada Allah." Hazzel tersenyum nipis. Healy bermata love melihat Hazzel yang dirasa sangat kacak.

Healy menggigil teruja.

"Hah berangan apa? Makan." Quinn Davieka memicit hidung Healy yang tersengih sambil memandang Hazzel.

Healy tersenyum semakin lebar.

"Tak ada apalah." Healy menguis makanan didalam pinggang sebelum pipinya kemerahan membayangkan dia mencium Hazzel.

"Sengih sengih berangan tentang siapa? Kan papa dah cakap papa tak benarkan Healy bercinta atau rapat dengan mana mana lelaki?"

Healy angguk.

"Tahu. Tak ada berangan tentang siapa pun." Healy bersuara. Sejak dia keluar hospital dulu, memang mama dan papanya mengawal ketat dia agar tidak rapat atau menjalinkan mana mana hubungan dengan lelaki.

"Hazzel je dikecualikan."

Itu kata mereka. Pelik betul. Tapi tak apa, sebab dia pun mana suka mana mana lelaki lain. Dia suka Hazzel je.

4 |   The Valiant  [C]Where stories live. Discover now