"Calm down. You look nervous." Victoria merapikan rambut Hazzel sebelum dia memakaikan songkok buat si anak.
"Mummy Hazzel takut." Hazzel menggenggam tangan Victoria. Victoria tergelak.
"Takut apa? Tak boleh la takut takut, anak mummy dah nak jadi suami orang dah. Jaga Healy baik baik tau." Pesan Victoria. Hazzel angguk dan dia memeluk Victoria dengan erat.
"I love you."
"I love you too. Dah, jom. Orang dekat masjid dah tunggu." Pipi Hazzel dicium. Hazzel meleraikan pelukan sebelum mereka mula berjalan ke arah kereta jenis Mansory Vivere Bugatti Veyron yang bakal menjadi pengangkutan ke masjid.
Setibanya dimasjid, Hazzel masuk ke dalam masjid itu sambil matanya melihat manusia yang berada di dalam masjid.
Healy.
Mata Hazzel mencari Healy sebelum dia perasan ada gadis yang berpakaian pengantin duduk di tengah tengah kaum wanita.
"She's so pretty." Victoria terpukau melihat Healy yang bersolek nipis namun menyerlahkan seri pengantin bersama tangan yang berinai hitam.
"Pergi duduk." Ujar Skyler sambil menggosok bahu Hazzel dan membawa anaknya ke hadapan Hunter yang berbaju melayu sedang tersenyum.
"Assalamualaikum papa." Hazzel bersuara perlahan.
"Waalaikumussalam. Pucat je muka ni okay tak?" Soal Hunter. Hazzel angguk. Setelah keadaan tenang, khutbah nikah mula diberi oleh imam masjid.
Selesai sahaja khutbah nikah diberi, Hunter mula memandang Hazzel.
"Hazzel cuba ucap syahadah."
"Asyhaduanlailahaillallah, waasyhaduannamuhammadanrasullullah. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruhNya."
"Rukun Islam?"
"Mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan."
Hunter mengangguk puas hati.
"Okay last, sebut tanggungjawab suami dan isteri."
"Tanggungjawab suami adalah sebagai ketua keluarga, mencari dan memenuhi keperluan anak dan isteri, mendidik anak dan isteri dengan hukum agama. Bagi isteri pula, bergaul dengan suami secara baik, taat kepada suami, menjaga kehormatan diri dan nama suami." Jawab Hazzel dengan lancar.
Hunter tersenyum.
"Okay. Kita mulakan akad nikah ya?" Hunter menghulurkan tangan kepada Hazzel.
"Hazzel Brayden bin Abdullah, aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Quinn Healy De Ezekiel Binti Hunter De Ezekiel dengan mas kahwinnya seutas rantai emas bersama wang RM15703 tunai."
Hazzel memandang tangannya yang sedang bertaut dengan tangan Hunter sebelum nafas dalam ditarik.
"Aku terima nikahnya Quinn Healy De Ezekiel Binti Hunter De Ezekiel dengan mas kahwinnya seutas rantai emas dan wang RM15703 tunai." Lafaz Hazzel.
Setelah lafaz sah dibicara beserta doa, maka bunyi riuh di dalam masjid seketika tanda sebuah masjid sudah terbina.
"Tahniah." Hunter tersenyum kepada menantunya. Hazzel turut senyum dan menghela nafas lega.
"Mama!" Healy memeluk erat tubuh Quinn Davieka apabila dia dan Hazzel akhirnya sudah sah berkahwin.
"Mas kahwin tu.." Healy terjeda seketika. Mata melihat Hazzel yang sedang melutut di hadapannya untuk upacara pembatalan air sembahyang.
ANDA SEDANG MEMBACA
4 | The Valiant [C]
Боевик"A tale of fighter.. who trained a girl, to be a woman."
![4 | The Valiant [C]](https://img.wattpad.com/cover/286722306-64-k14417.jpg)