Healy mengemaskan ikatan tali kasut sebelum berjalan ke arah kelompok tentera yang sedang bersiap sedia untuk aktiviti selepas subuh.
Kehadiran lelaki tua ke dalam Bawaat Alhayaa masih menjadi misteri hingga kini. Namun, lelaki itu dirasakan agak pelik.
"Auch!"
"Pakcik!" Hazzel mengangkat lelaki tua yang terjatuh apabila cuba bangun.
"Sakit.."
"It's okay Hazzel rawatkan. Pakcik janganlah bergerak banyak sangat. Luka tu ambil masa juga nak sembuh." Hazzel bersuara.
Itu masalahnya. Healy menghela nafas. Bukanlah dia nak bersangka buruk, tetapi perangai lelaki tua itu dilihat seperti sengaja ingin menarik perhatian Hazzel. Kadang kadang, Hazzel tidak mempunyai masa untuk melatih para tentera disini disebabkan lelaki tua itu.
"Healy? Jom." Qayyum menyapa Healy yang mengelamun. Healy tersentak dan angguk kemudian senyum.
Alhamdulillah, Qayyum juga sudah kelihatan okey. Malah sangat okey. Lelaki itu cuma bersedih untuk seketika dan apabila Hazzel pesan agar bangkit dengan semangat baru, itulah yang dilakukan oleh Qayyum.
Tetapi Healy tahu, disebalik lagak biasa yang Qayyum cuba tunjukkan, dalaman lelaki itu masih hancur.
Respect for him.
"Go kiss him."
Healy memandang Qayyum yang berada ditepinya. Mata dibulatkan.
"What?"
"Eleh, macamlah aku tak perasan kau tenung si Hazzel tu macam nak tembus. Kau jealous dengan pakcik tu kan?" Soal Qayyum.
"M... Mana ada! Pakcik tu dah tua kut. Dahla lelaki. Euw geli!" Healy menggeletis geli memikirkan apa yang ada di fikirannya sekarang.
Qayyum tergelak.
"Bukan kau je. Aku pun perasan pakcik tu macam nak buat Hazzel lalai dengan tugas dia. Kau tengoklah, Hazzel sibuk layan pakcik tu sedangkan pakcik tu bukannya kena tembak teruk sangat. Luka pun dah kering."
Benar. Healy mengeluh.
"Go, kiss him. Lepasni dah nak training nanti dah tak boleh cium." Qayyum menghasut. Healy terus bangun tanpa ragu dan berjalan ke arah Hazzel.
***
"Luka ni dah kering. Nanti dah boleh bergerak macam biasa dan..." Bicara Hazzel terhenti apabila rahangnya ditarik secara tiba tiba dan terasa ada tindihan di bibir.
Healy melepaskan ciuman dan tersenyum manis lalu melabuhkan duduk di sebelah Hazzel.
"Apa kau buat ni?" Bisik Hazzel sambil memandang Healy.
"Saja. Cium you." Healy menjawab tanpa rasa bersalah.
"Tak sopanlah." Hazzel menegur. Nak cium tu cium dekat tempat sunyi sudahla, kesian mata pakcik tercemar.
Tapi dia suka. Hehe.
"Kamu berdua ni suami isteri ya?" Soal lelaki tua itu. Hazzel terdiam dan mengalihkan pandangan pada Healy. Gadis itu turut memandang dirinya.
"Tak." Jawab Hazzel sebelum bangun dari duduknya. Kaki melangkah pergi dari dua manusia itu untuk mengelak dari disoal soalan yang sama.
Healy merenung Hazzel yang semakin menjauh.
"I think ada benda yang tak kena dengan kami. Setahu I, Hazzel bukan jenis lelaki yang sesuka hati biarkan sesiapa sentuh dia. Tapi when it comes to me, semua boleh. I peluk dia, dia tak pernah tolak. Even I cium dia pun dia tak marah I. Perempuan lain nak sentuh pun dia tak bagi. Mustahil I dengan dia tak ada apa apa." Healy mula bercerita.
ANDA SEDANG MEMBACA
4 | The Valiant [C]
Боевик"A tale of fighter.. who trained a girl, to be a woman."
![4 | The Valiant [C]](https://img.wattpad.com/cover/286722306-64-k14417.jpg)