ГЛАВА ТРИНАДЦАТАЯ 🗝

8.2K 511 59
                                        


Healy memerhati wajah yang disolek rapi dari biasan cermin. Selendangnya dibetulkan dan bibir tersenyum.

"You look so beautiful." Kata Victoria sambil memandang Healy tanpa berkelip.

Healy tersengih.

"Ala mummy ni, malu lah Healy." Healy memekup muka sebelum melihat Lily menyarungkan tiara di kepalanya.

"Perfect. Sekejap umi call belah sana dah siap ke belum." Lily mengambil telefon dan mula mendail nombor Quinn Davieka.

***

"Taknak!"

"Kau pakai sikit je!"

"Masalahnya bibir aku dah pink!" Jerit Hazzel sambil menolak gincu yang ingin dipakaikan kepadanya.

Noah terus memaksa jejaka itu memakai gincu sebelum Hazzel menyadung kaki Noah dan menekan jejaka itu ke lantai.

"Okay! Okay! Kau ni." Noah menyerah kalah. Gincu itu diletakkan ke tepi.

"Sudahla korang berdua ni kan, Hazzel sini. Mama nak betulkan rambut." Quinn Davieka memegang Hazzel sebelum jejaka itu menghadap ibu mentuanya.

"Mama! Noah tu.." Adu Hazzel.

"Ya lah anak mama. Nanti mama pukul dia. Ni rambut betulkan sikit. Tadi umi call cakap Healy dah siap." Quinn Davieka mengemaskan rambut Hazzel sebelum tuksedo jejaka itu turut dibetulkan.

"Mama nak pukul Noah?!" Noah mengelipkan matanya dengan riak tidak percaya.

"Wek!" Hazzel menjelirkan lidah. Quinn Davieka menggeleng. Dua ni elok hantuk dahi je.

"Dah jom." Hunter masuk ke dalam bilik sambil melihat Hazzel yang sudah lengkap bersut.

***

Healy mula keluar setelah menyarung kasut tumit tinggi mewah miliknya.

Bunyi kamera dan cahaya flash dari pelbagai pihak media mula menerpa sebaik sahaja Healy yang bergaun kembang itu keluar.

Seorang lelaki bersut serba hitam membuka pintu kereta jenis Konigsegg CCXR Trevita berwarna hitam pekat yang disaluti berlian.

Healy melangkah masuk ke dalam kereta diikuti Victoria dan Lily yang dari jam empat pagi tadi lagi menyiapkan dan mendandan Healy.

Kereta mewah itu mula bergerak diiringi empat buat kereta polis dan dua motor polis bersama tiga kereta anak buah D'Ezekiel bagi tujuan keselamatan jika ada yang cuba mensabotaj perkahwinan tersebut.

Healy memandang kereta kereta yang mengiringinya sebelum tangan mencapai telefon.

Husband 💍 3 new messages

"Aip." Victoria mengambil telefon Healy.

Healy memandang Victoria dengan riak keliru.

"Tak boleh berhubung dengan Hazzel sebelum sampai di residence nanti." Victoria memberi amaran. Healy memuncung.

"Okay." Healy muram.

Victoria menyimpan telefon Healy di dalam beg tangannya. Healy melihat jalan yang kosong kerana sejak semalam laluan jalan raya 'ditempah' oleh Hunter jadi tiada kenderaan dibenarkan melalui jalan raya sepanjang hari ini.

Bunyi sesuatu dari atas membuatkan Healy mendongak melihat tetapi hanya ada bumbung kereta sahaja.

"Daddy je tu." Lily memegang tangan Healy dan melihat ke tingkap dimana terdapat dua buah jet pejuang turut mengiringi perjalanan Healy ke kediaman rasmi D'Ezekiel iaitu kediaman yang dimiliki oleh Hunter, Franky dan Skyler dan menjadi tempat yang sangat dijaga rapi.

4 |   The Valiant  [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang