ГЛАВА ДВАДЦАТЬ ВТОРАЯ 🗝

5.5K 427 16
                                    

"Healy, Fiona, bangun! Dah nak pukul 5 dah ni!" Tasnim mengejutkan rakan khemahnya apabila jam sudah menunjukkan pukul 4.57 pagi.

"Ermm, pergilah dulu.." Fiona menggumam dengan mata terpejam.

"Bangun lah! Dah nak pukul lima!" Tasnim cuba menarik tangan dua gadis itu namun tiada yang bergerak. Healy juga masih nyenyak dalam lenanya.

Tasnim melihat jam.

4:59:47

"Sorry." Tasnim bersuara sebelum kalut melangkah keluar dari khemah dan berdiri dihadapan khemah.

5:00:00

5:00:01

Hazzel bangun dan melihat beberapa manusia sahaja yang berada di luar khemah. Tangannya mula mengambil paket ais dan berjalan ke arah khemah.

"Yang dah bangun pergi duduk sana." Hazzel mengarah. Para pelatih melangkah menjauhi khemah dan berdiri di dalam kelompok.

Hazzel memandang Noah sebelum kepala diangguk sedikit.

Terus ais dimasukkan ke dalam satu penyembur sebelum penyembur itu mengeluarkan hujan ais ke arah khemah pelatih yang tidak berbumbung.

"Arghh! Sejuk!!"

***

Healy memandang tangannya yang menggigil kesejukan sambil memeluk diri sendiri.

"I told you. Jadual tidur hanya sampai pukul 5 pagi. Kenapa tak bangun?" Soal Noah mendatar. Mata memandang para pelatih yang disiram ais pada jam 5 pagi.

"Good for you, dapat mandi percuma. Sekarang ambil air dalam botol untuk harini dan pergi bersiap untuk subuh." Hazzel membuka kotak air mineral untuk hari itu.

"Sejuk!" Fiona dan Healy saling berpelukan untuk menambah haba.

"Itulah, aku dah kejut tadi korang taknak bangun." Tasnim bersuara sebaik sahaja dia tiba bersama dua gadis itu.

"Aku ingatkan dia siram pakai air biasa. Tak sangka diorang betul betul siram pakai ais!" Healy merungut.

"Betul!"

***

Healy tersenyum memandang kasut miliknya yang berada di tepi khemah. Terus gadis itu menanggalkan kasut Hazzel yang dipakai sekarang dan berjalan ke arah jejaka itu yang baru siap menunaikan solat dhuha.

"You."

Hazzel menoleh memandang Healy. Gadis itu menghulur kasut kepada Hazzel.

Hazzel menyambut.

"Thank you sebab carikan kasut I." Ucap Healy. Hazzel hanya angguk dan memakai kasutnya kembali.

Healy melihat kaki Hazzel.

"Oh my god kaki you luka!" Healy membulatkan mata apabila kaki Hazzel terdapat luka yang agak banyak. Pastinya kerana tidak memakai kasut.

"It's okay, aku tak apa apa. Pergi bersiap untuk makan sebelum kita mulakan aktiviti selepas ini." Hazzel bersuara. Healy mengangguk kecil dan berjalan pergi menjauhi Hazzel.

Mereka disediakan dengan makanan makanan yang diawet agar tahan lama dan mengandungi khasiat yang cukup. Namun..

"Werk. Tak sedapnya! Rasa macam makan daun!" Fiona melihat makanan ditangannya.

"Makan je lah. Kau nak kebuluran ke? Kau ingat diorang akan bagi kau makanan lain?" Soal Healy sebelum mengunyah makanan yang tidak sedap itu.

Fiona mendengus namun disuap juga makanan itu ke mulut.

4 |   The Valiant  [C]Where stories live. Discover now