ГЛАВА ВОСЕМНАДЦАТАЯ 🗝

6.6K 523 39
                                        

Healy berpusing seketika memandang dirinya yang lengkap bersarung dress pink cair dengan tampalan berlian di hujung dan bahagian pinggang serta bertudung shawl hitam yang dililit gaya moden.

"Abang, dah.." Healy terdiam melihat Hazzel yang memakai tuksedo hitam bersama kemeja pink cair sama dengan bajunya dan terdapat riben di kolar bewarna hitam. Rambut jejaka itu disikat gaya messy.

"Hey, berhenti mengelamun." Hazzel memetik jari di hadapan wajah Healy.

"You look so handsome dead gorgeous!" Healy masih melopong. Hazzel tersenyum kecil.

"You too, sayang."

"Patutlah ramai orang cuba goda abang." Healy mengambil beg tangan bersama kasut tumit tinggi Dior miliknya.

Hazzel berkerut dahi. Setahunya tiada pun gadis yang menggoda dia. Semua gadis lari apabila tahu bahawa dirinya 'bisu'.

Baguslah. Dia pun rimas digoda. Kalau Healy goda tak apa. Hehe.

Hazzel mengambil kasut dari tangan Healy dan melutut untuk menyarungkan kasut itu ke kaki yang bersarung stokin bercorak flora itu. Melayang duitnya hampir seratus membeli stokin mahal ini.

Nasib sayang bini.

Healy tersenyum dan mengangkat kakinya sebelum Hazzel menyarung kasut itu ke kakinya.

"Noah!" Hazzel melaung.

"Sabarlah kejap! Perfume aku hilang bodoh!" Laung Noah kembali dari dalam bilik. Hazzel membuka kasar pintu bilik Noah dan melihat anak kerabat diraja itu yang turut lengkap bersut mewah.

"Tu apa? Minyak pengasih?" Soal Hazzel sambil melihat berpuluh botol minyak wangi Noah diatas meja.

"Bukan yang tu. Perfume yang.." Noah terhenti melihat botol minyak wangi yang dicari. Terus Noah menunduk dan mengambil minyak wangi kesayangannya iaitu minyak wangi DKNY Golden Delicious yang merupakan antara minyak wangi termahal didunia.

"Jom." Hazzel menjeling dan melangkah keluar.

"Piwitt cantiknya kau." Noah memuji Healy. Gadis itu tersenyum lebar.

"Kan? Mahal tau dress ni, hampir lima puluh ribu. Hazzel belanja." Healy menggigil teruja. Hazzel menggeleng dan bergerak keluar.

"Babe!"

Noah memeluk si gadis yang melompat kedalam pelukannya.

"Jangan nak melebih." Hazzel meleraikan pelukan Noah dan Viviana itu.

Viviana mencebik.

"You ni dah ada wife pun nak control relationship I lagi." Viviana menjeling si abang yang overprotective terhadapnya.

"Dah, jom. Nanti lambat." Noah memeluk bahu gadis berambut coklat itu yang disanggul gaya cinderella.

Viviana tersenyum.

"Kau, kalau kau cium adik aku siap kau aku kerjakan." Hazzel menunjuk ke arah Noah. Noah menjelirkan lidah sebelum mereka mula bergerak menggunakan dua kereta berbeza ke sebuah hotel dimana majlis prom diadakan.

***

"I rindu you. You langsung tak call I." Viviana memandang Noah yang sedang memandu disebelah. Haruman jejaka itu membuatkan dia terasa ingin bersama Noah.

Noah menoleh sekilas.

"I need time for myself. Kan I dah bagitahu you, and now we're together again. Jadi you jangan risau." Noah meletakkan tangan di paha Viviana dan paha itu diusap lembut.

4 |   The Valiant  [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang