ГЛАВА СЕМНАДЦАТАЯ 🗝

7.4K 447 39
                                        

"Yeay!!!"

Bergema seluruh sekolah apabila akhirnya musim peperiksaan akhir sudah tamat sambil membaling segala kertas ke udara.

Hazzel menggeleng melihat si isteri yang turut serta membaling kertas dan menjerit gembira.

Akhirnya, tamat.

Tamat sekolah ya, bukan cerita ni yang tamat. Hazzel menjeling tajam ke arah pembaca.

"Abang!" Healy melompat teruja sambil memeluk leher Hazzel dan bibir mereka bertemu.

Hazzel tergelak kecil.

"Ya sayang." Hazzel merenung mata amber itu. Healy menggigil teruja dan kembali memeluk Hazzel.

"Lepasni kita boleh balik rumah kita, bina keluarga kecil kita and Healy nak bagi abang baby." Healy tersenyum. Hazzel angguk dan membetulkan tudung gadis itu.

"Taknak masuk universiti ke?" Soal Hazzel. Healy angguk. Kemudian geleng.

"Nak. Eh taknaklah. Healy nak jaga anak kita nanti." Healy tersenyum.

Hazzel merenung wajah gadis itu. She's so pure. Sanggup lepaskan masa depan demi hidup bersamanya.

"Tak bolehla macamtu, sayang kan ada impian? Takkan nak lepaskan impian sayang hanya untuk jaga anak kita." Hazzel bersuara lembut.

"Tak ada. Impian Healy untuk kahwin dengan abang je." Kata Healy. Tapi benar, cuma itu impiannya dan sekarang impian itu sudah dapat dicapai. Jadi, sekarang dia hanya ikut hala tuju yang membahagiakan dirinya.

Hazzel tergelak kecil. Tangan Healy digenggam dan mereka berjalan pergi.

"Abang.." Panggil Healy meleret.

"Ya." Jawab Hazzel.

"Healy bahagia sangat sekarang." Healy merenung mata biru milik Hazzel. Langkah mereka terhenti.

"Abang pun. Marrying you is something I never expected. Abang tak tahu apa yang abang ada sampai Healy boleh terpikat dengan abang and totally I don't think I deserve you. You're just too perfect." Hazzel mengusap pipi Healy.

Healy mencebik.

"Puji lebih nampak."

"Betullah sayang." Hazzel mencium pipi itu.

"Abang, Healy nak pergi majlis prom." Healy menggoyangkan tangan Hazzel memujuk jejaka itu. Hazzel tersenyum kecil.

"Iyalah. Nanti kita pergi." Apa salahnya korbankan kerja sehari demi isteri.

Healy melompat teruja.

"Betul?" Soal Healy. Hazzel angguk. Healy terus memeluk erat badan Hazzel dan rahang tajam Hazzel ditarik lalu bibir jejaka itu dicium.

***

Healy melangkah keluar dari bilik air dan matanya melihat Hazzel yang masih tidur. Bibir tersenyum kecil. Terus gadis itu naik ke katil dan merenung wajah jejaka itu.

Suami.

Bagai mimpi sahaja Hazzel sekarang sudah menjadi suaminya. Dan, pilihannya sangat tepat apabila Hazzel sangat bijak dan matang dalam menguruskan hal rumah tangga mereka.

How can he be so perfect?

Healy menyelak rambut Hazzel yang terjuntai didahi dan dahi itu dicium. Bunyi dentingan mesej dari telefon Hazzel membuatkan Healy tertoleh. Telefon jejaka itu diambil.

Hazzel, kau okay ke? Dah pukul empat ni tak datang kafe lagi -omer-

Healy terus membalas mesej Omer itu.

4 |   The Valiant  [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang