ГЛАВА ТРИДЦАТЬ ЧЕТВЕРТАЯ 🗝

7.1K 426 50
                                        

8 bulan kemudian...

Healy mengusap perut yang semakin buncit. Sekarang ni rasa nak duduk je. Taknak bangun dah. Oleh kerana dia telah duduk sendirian dengan baik selama 8 bulan maka Hazzel mempercayai dirinya untuk tidak mengupah maid.

Healy melabuhkan duduk diatas kerusi dan dia tersenyum apabila terasa ada tendangan di perutnya.

"Anak mammina ni tendang mammina ya. Nak kena ni." Healy mengusap perut.

Selama 8 bulan juga Hazzel melayan kerenah dirinya yang mengada ngada. Pernah satu malam dia mengejutkan Hazzel dari tidur pada jam empat pagi kerana ingin makan sup gearbox. Nasib baik Hazzel ni penyabar.

Gadis itu bangun kembali dan melihat bilik yang siap dihias oleh Quinn Davieka dan Victoria. Katil bayi dan pelbagai mainan turut dibeli.

Corak dinding kebiruan juga hasil tangan papa dan daddy yang bergaduh inginkan bilik bewarna biru dan ungu. Last last, gabung je dua warna tu. Sebelah ungu sebelah biru.

Ya, anaknya lelaki. Dan untuk itu, mereka masih tiada nama untuk anak mereka. Kedua ibu bapa dia dan Hazzel hanya mengambil tugas dalam menghias bilik dan membeli barangan baby, tetapi soal nama 100% diserahkan kepada dia dan Hazzel untuk ditentukan.

Healy menyentuh mainan plushie berbentuk kereta yang dibeli oleh Hunter dari Itali.

Sepanjang dia mengandung, Hunter memang tidak memberi reaksi seperti orang lain. Ingatkan papa tak suka dia mengandung. Tapi diam diam, papa lah yang banyak membeli barang dan menyediakan segalanya untuk baby.

Papa ni sweet dalam diam betul.

Bunyi pintu dibuka membuatkan Healy tersenyum. Pastinya Hazzel kerana Hazzel selalu pulang makan tengahari di rumah.

Tapi sekarang baru pukul 10 pagi.

***

Hazzel melihat jam dan mula bangun.

"Amboi, tengoklah tu. Waktu lunch on time betul keluar. Takut bini lari." Usik Noah sambil turut bangun dan melonggarkan tali lehernya.

Hazzel tergelak kecil.

"Hotak kau. Aku risaukan dia, takkanlah dia nak lari dari aku yang kacak ni?" Soal Hazzel riak sebelum mengambil kunci kereta miliknya dan keluar.

Ya, dia sudah mampu memiliki kereta sendiri setelah hampir setahun bekerja. Rumah di Malaysia juga dalam proses untuk membesarkan lagi rumah.

Buat masa sekarang, hanya Honda Civic sahaja yang dia mampu miliki. Tidak seperti kereta mewah Healy yang diberi oleh papa.

Hazzel memandu ke rumah dan melangkah keluar dari kereta.

"Ya Allah budak ni. Dah pesan kan suruh kunci pintu? Ini dibiarkan ternganga macamni kalau masuk orang macamana?" Hazzel membebel melihat pintu rumah yang terbuka. Jejaka itu masuk ke dalam rumah dan mencari kelibat si isteri.

Tiada.

"Sayang?" Hazzel membuka pintu bilik yang juga kosong. Jantungnya mula berdegup laju.

"Sayang?" Panggil Hazzel lagi sambil matanya mencari di segenap ruang.

"Sayang jangan main main dengan abang. Sayang dekat mana?" Soal Hazzel sambil meliarkan mata ke sekeliling.

Pintu bilik anaknya dibuka dan Hazzel terdiam melihat keadaan bilik yang bersepah dengan mainan bertaburan.

Seolah olah ada pergelutan berlaku didalam bilik ini.

"Allah." Hazzel terus keluar dan mengambil telefonnya.

4 |   The Valiant  [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang