Healy membuka mata apabila mendengar suara seseorang seperi berbisik di dalam bilik. Mata melihat Hazzel yang sedang duduk di lantai bersejadah seperti baru lepas solat.
Jam dilihat. 3.23 pagi.
"Jauhkanlah segala keburukan dalam rumah tangga ini Ya Allah. Peliharalah aku dan isteriku dari sebarang kemusnahan, tetapkanlah hati kami agar tidak terjerumus dalam zina Ya Rabb."
Healy terdiam mendengar doa Hazzel. Kepalanya mula berfikir. Mungkin Hazzel tidak berbohong tentang Fiona yang cuba menggoda suaminya.
Tetapi dia sudah berkawan dengan Fiona sejak dulu. Dia kenal Fiona adalah gadis yang tidak pernah menggoda mana mana lelaki.
Siapa yang bercakap benar?
Healy mengeluh.
Hazzel menoleh mendengar keluhan Healy
"Sayang?" Hazzel melipat sejadahnya.
"Abang solat apa?" Soal Healy.
"Solat sunat. Tahajjud, taubat, istikharah."
"Istikharah?" Soal Healy. Kan solat itu cuma untuk mencari jodoh?
"Ya, istikharah. Istikharah ni solat untuk kita lakukan bila kita dalam kekeliruan, bukan sahaja untuk hal berkaitan pasangan, tetapi untuk semua perkara. Tadi dekat kafe ada orang datang tawarkan abang kerja. Jadi abang solat istikharah untuk buat keputusan."
"Oh.." Healy mengangguk. Ingatkan solat istikharah hanya untuk jodoh.
"Abang ganggu sayang tidur ke? Abang minta maaf." Hazzel mencium dahi si isteri. Gadis itu pantas menggeleng.
"Tak adalah. Healy tersedar je. Lagipun Healy dapat ilmu baru dari abang. Terima kasih." Healy tersenyum. Hazzel turut tersenyum dan mencium bibir Healy.
"Nanti abang nak solat sunat malam lagi, abang kejutkan Healy ya? Healy pun nak solat juga."
Hazzel angguk laju.
"I'm proud of you." Hazzel menggosok rambut Healy.
"Healy lagi kagum dengan abang. Healy dari lahir Islam tapi Healy tak bersikap macam Islam pun. Solat pun kadang kadang Healy tinggal, AlQuran apatah lagi. Healy bersyukur sangat abang ada untuk bimbing Healy." Mata Healy mula berkaca.
Hazzel tersenyum.
"Kan kita nak masuk syurga sama sama? Dah, jangan menangis." Hazzel mengusap air mata Healy dan masuk ke dalam pelukan si isteri.
Healy mengusap rambut Hazzel yang sedang tidur diatas dadanya.
"Sayang."
"Hm?"
"Tadi abang solat dah tak tengok buku. Abang dah dapat hafal Al Fatihah dengan semua ayat dalam solat."
Air mata Healy terus mengalir sambil gadis itu memeluk Hazzel dengan kemas.
"That's a very good news. Healy bangga sangat dengan abang." Healy mencium kepala Hazzel.
Hazzel tersenyum nipis dan memeluk Healy kembali. Matanya dipejam rapat dan tidak lama kemudian jejaka itu mula terlena.
Healy mengusap rambut Hazzel.
He's a precious one. Very precious.
***
Hazzel melihat loker Noah yang tidak berusik. Sejak semalam dia tidak berjumpa Noah.
Sudah ditelefon pun tidak berangkat. Mustahil Noah ponteng sekolah kerana sepanjang dia kenal Noah, jejaka itu tidak pernah memonteng kelas melebihi 2 hari.
![](https://img.wattpad.com/cover/286722306-288-k80332.jpg)