Majlis pengebumian Mr Brooke dan Eleanor dilakukan secara tertutup sahaja. Cukup sekadar keluarga dan saudara mara terdekat yang hadir.
Mereka yang bukan Islam memberikan penghormatan terakhir buat pasangan suami isteri itu.
Dan tentulah, Hazzel tidak ada disitu. Kebenciannya kepada Mr Brooke sudah terlalu kuat sehingga jejaka itu tidak mahu menjejakkan kakinya walau sesaat pun untuk menjenguk datuknya buat kali terakhir.
Healy melihat keranda yang mula diturunkan kedalam tanah dan menghela nafas perlahan. Lega. Sudah tiada yang akan menyakiti dirinya dan Hazzel lagi.
"Healy? Termenung apa? Jom. Kita pergi makan." Ujar Victoria sambil memeluk bahu Healy. Healy tersenyum dan angguk sebelum mereka meninggalkan tanah perkuburan Kristian itu.
***
"Nak lagi?" Soal Hazzel sambil menyua botol susu hasil breast pump Healy. Kemudian dengan penuh berhati hati dia memberi susu kepada anaknya.
Semalam sudah berkali kali dipujuk oleh Healy untuk mengikutinya ke pengebumian Mr Brooke namun dia tetap berkeras untuk duduk di rumah sahaja.
Biarlah, dia sudah tidak mampu melihat wajah Abraham Brooke yang dibenci melebihi apapun diatas dunia ini.
Hazzel mendukung Fayyadh dan mencium bayi heterochromia itu.
"Comelnya anak papa." Hazzel terkedu. Wajah Fayyadh sangat comel kerana keunikan matanya. Bibir kecil Fayyadh yang sedang bergerak tanpa suara dan pipi pau milik anaknya itu membuatkan Hazzel geram.
Rasa macam nak lenyek.
Hazzel mula bangun apabila melihat kereta mereka yang pergi ke majlis pengebumian mula pulang. Terus beanie dikepala Fayyadh dibetulkan dan bayi itu dibawa keluar dari bilik.
"Tu, mammina dah balik." Hazzel tersenyum melihat isterinya yang masih dalam tempoh pantang namun sudah aktif bergerak kesana kesini.
Puas disuruh berehat namun tidak dihiraukan oleh Healy. Ikat baru tahu.
"Fayyadh!" Riang Healy mendapatkan suami dan anaknya sebelum dia mencium pipi Fayyadh. Kemudian Healy turut mencium hidung Hazzel dan mengambil Fayyadh dari Hazzel.
Hazzel menggeleng.
"Aktif sangatlah sayang ni." Hazzel mengelap peluh didahi Healy dan memeluk bahu si isteri. Healy dengan Fayyadh memang tidak boleh berenggang. Dan Fayyadh memang tidak pernah mengeluarkan suara.
"Abang ni sama macam mama. Suruh rehat je. Healy mana boleh rehat." Ujar Healy sambil memuncung.
"Muncung la muncung, abang cium baru tahu." Ugut Hazzel yang sedang menjeling isterinya.
Terus Healy tersengih dan berjalan pergi dengan Fayyadh ke arah keluarga yang sedang menyediakan makanan. Hari ini jamuan makan sempena kelahiran Fayyadh diadakan. Saja buat tertutup je.
"Fayyadh." Quinn Davieka mencium pipi Fayyadh dan dia menggigit bibir kerana geram dengan kecomelan bayi itu.
Hunter mengambil Fayyadh dari Healy dan bayi itu dibawa pergi.
"Hai." Hunter duduk di sofa dan mencuit lembut pipi Fayyadh. Fayyadh menggerakkan kaki dan tangannya dengan teruja sebelum dia membuka mulut cuba bersuara atau membuat bunyi
Namun bunyi itu masih tidak keluar.
Hunter berkerut dahi. Bayi memang tidak boleh bercakap, tetapi mereka boleh mengeluarkan bunyi.
ANDA SEDANG MEMBACA
4 | The Valiant [C]
Боевик"A tale of fighter.. who trained a girl, to be a woman."
![4 | The Valiant [C]](https://img.wattpad.com/cover/286722306-64-k14417.jpg)