"Kenapa dengan Healy?"
"Demam. Taknak duduk jauh dengan Hazzel." Hazzel menjawab dan mencium dahi Healy diatas ribanya.
"Oh."
"Ada apa mummy datang sini?" Soal Hazzel sambil melihat Victoria dan Skyler yang duduk di sofa.
"Mummy datang untuk minta maaf dengan Hazzel." Jujur Victoria berkata. Hazzel terdiam seketika sebelum senyum nipis.
"Mummy tak ada salah apa apa pun dengan Hazzel." Ujar Hazzel lembut.
"Hazzel, balik ya? Mummy rindu Hazzel. Mummy minta maaf sangat, mummy tahu mummy tak patut salahkan Hazzel atas apa yang jadi. Hazzel tetap anak mummy dan selamanya akan jadi anak mummy." Victoria merenung mata biru cornflower milik Hazzel.
"Tak apalah mummy. Hazzel duduk sini pun dah selesa." Tolak Hazzel.
"Hazzel masih tak nak maafkan mummy?"
"Eh, tak. Ya Allah bukan macamtu. Hazzel cuma nak duduk sini." Hazzel kalut bersuara.
"Kenapa? Rumah dekat sana jauh lagi selesa dari sini. Hazzel balik Perancis ya?" Pujuk Victoria.
"Mummy.." Hazzel mula serba salah.
"Tak apa, Hazzel duduk sini. Nanti bila Hazzel dah bersedia untuk balik, Hazzel balik, okay? Kami tunggu Hazzel." Skyler senyum kearah Hazzel. Tahu bahawa Hazzel memerlukan masa.
"You!" Victoria memandang Skyler dengan riak tidak puas hati.
"L'amour, bagi dia masa. Kau tak ingat yang kau pernah sakitkan dia dengan perkataan kau? Bagi dia masa untuk dia sembuhkan hati dia dulu. Jangan paksa dia untuk lupakan kejadian tu." Nasihat Skyler. Victoria muram seketika.
Hazzel hanya diam.
"Okay. Tapi Hazzel." Victoria memegang tangan Hazzel.
"Mummy.." Hazzel terkedu melihat air mata ditubir mata Victoria.
"Mummy betul betul minta maaf. Mummy akan tunggu Hazzel pulang. Sebab Hazzel anak mummy. Ingat tu. Hazzel anak mummy sampai bila bila, tak kira walau semarah mana sekalipun mummy pada Hazzel, rasa sayang mummy akan melebihi rasa marah tu sebab Hazzel anak mummy. Anak kandung mummy." Victoria mengusap pipi Hazzel.
Hazzel tersenyum dan angguk.
Mempunyai ibu bapa yang menganggap dirinya sebagai anak kandung sudah lebih dari cukup buat Hazzel. Dan hidupnya sekarang bertambah lengkap dengan kehadiran isteri dan bakal anak anaknya.
***
Hazzel berjalan perlahan meletakkan plastik diatas meja. Sedaya upaya dia membuat kerja tanpa menghasilkan bunyi kerana risau Healy akan terjaga dari tidur. Healy kalau dah bangun tidur pastilah ingin menempel dengan dia sehingga dia tidak mempunyai masa untuk membuat kerja rumah.
Nasib baik sayang bini.
Hazzel meletakkan lauk yang dibeli kedalam mangkuk dan pinggan juga diletak diatas meja. Tangan mula menyediakan minuman buat si isteri tercinta.
"Abang..."
Bunyi seseorang dari belakang membuatkan Hazzel hampir berguling frust.
Dah bangun dah!
"Iya sayang."
"Kenapa tinggal Healy seorang dalam bilik?" Healy memeluk Hazzel dan kepalanya disandarkan dibadan Hazzel.
ANDA SEDANG MEMBACA
4 | The Valiant [C]
Боевик"A tale of fighter.. who trained a girl, to be a woman."
![4 | The Valiant [C]](https://img.wattpad.com/cover/286722306-64-k14417.jpg)