Menghampiri rumah,aku melihat adikku Ica,10 tahun berlari-lari keluar mengejar ku.
"Kakak, kakak,ada abang Jojo kat rumah", kata Ica sambil menarik-narik tanganku.
Aku menghentikan langkah dan bertanya, "Siapa tu Jojo? Mak dengan ayah ada kat rumah?""Ala,sepupu kita yang dari Sandakan tu. Mak cakap sepupu kita,mak takde kat rumah,jalan dengan ayah pegi kenduri", jawab adikku Ica.
Aku mengeluarkan telefon dari beg tangan dan mendail no mak.
"Assalamualaikum mak,ada tamu ni. Anak buah mak dari Sandakan,Ica cakap namanya Jojo. Ella tak kenal", aku cuba bertanya pada mak perihal tetamunya
"Jalan-jalan kot,Ella tolong bagi minum dan makan budak tu,mak ada lewat sikit balik dengan ayah korang ni. Jalan jammed",kata mak pada ku.
"Oklah mak, assalamualaikum",aku mematikan panggilan.
Aku berjalan mengikuti Ica balik ke rumah lalu bagi salam,
"Assalamualaikum", kata ku sambil tersenyum manis menyambut tetamu ku.
Aku lihat abang-abangku bersama 2 orang lelaki yang tak pernah ku lihat. Mereka menyambut salam ku,seorang lagi lelaki matanya tidak lari dari memandangku."Hai jojo,apa khabar orang kampung sana?", tanyaku membuka cerita tanpa tahu pada siapa di antara 2 lelaki tu aku tujukan soalan.
Aku sangka kan lelaki yang asyik memandangku itulah Jojo."Baik alhamdulillah", kata lelaki yang seorang lagi.
Usai menyimpan beg di bilik,aku mengeluarkan lauk basah dari peti sejuk dan bawa ke dapur untuk dimasak bagi tetamu.
Siap masak aku hidangkan untuk adik-beradikku dan tetamu,lalu aku minta diri untuk masuk ke bilik berehat.
Selesai mandi aku masuk semula ke bilik,aku lihat lelaki berdua tadi masih lagi di ruang tamu. Abang-abangku entah ke mana.
Tidak lama kemudian,aku dengar mak dan ayah bagi salam.
Pantas aku keluar dari bilik untuk menyambut mak dan ayah."Eh Jojo bila datang nak? ", tanya mak dan ayah pada Jojo,yang masih ku tak tahu yang mana satu.
"Dengan ni makcik,abg Adam ni. Anak buah belah mak nak cari kerja kat bandar, takde tempat tinggal. Mak suruh bawa kemari tumpangkan dengan makcik kalau boleh", jawab salah seorang lelaki itu.
'Oh . . .yang itu Jojo', bisikku di dalam hati.
'Habis yang sorang lelaki tu asyik pandang aku kenapa pulak?', tanyaku sendiri di dalam hati.Aku meminta diri untuk masuk ke bilik berehat.
Keesokannya ,awal aku bangun untuk membantu mak memasak sarapan untuk tetamu.
Beginilah rutin harian kami bila ada tetamu di rumah.
"Jojo balik hari ni ke mak", tanyaku pada mak.
"Iye,Adam tinggal kat sini sementara. Nak cari kerja katanya yang ada quarters", panjang lebar pulak jawapan mak.
"Oh", jawabku ringkas.Selesai bersarapan,aku lihat Adam baru bangun dan keluar dari bilik bersama Jojo.
Pandangan nya pada ku masih saja seperti semalam,aku yang merasa tak selesa hanya senyum saja padanya.
Aku meminta diri untuk keluar ke kerja.Untuk seminggu ni ,aku rest sendiri lagi, Azif outstation pulak di Tawau untuk event besar.
Ramai artis terlibat,jadi aku pun langsung tidak menghubungi Azif untuk tidak mengganggu kerjanya.Meeting di HQ ofis tadi agak tegang situasinya,ada beberapa pekerja menyatakan untuk kenaikan gaji.
Aku cuma diam saja tanpa sebarang usul atau aduan dari cawangan ku.
Selesai meeting,aku berjalan kaki untuk balik ke butik yang hanya jauh 2 blok saja dari ofis HQ.
YOU ARE READING
Itu Bukan Mahuku
RomanceWahai kekasih, huraikan kepada ku makna cinta. Kerana cinta, aku binasa. Kerana cinta, aku berdosa. Kerana cinta, aku temui bahagia. Layak nya syurga kah aku? Atau selayaknya neraka kah aku?