6 bulan kemudian . . .
"Sarah,tolong pergi loading base ambil stok ya", arah Ella pada salah satu staffnya,Sara.
Sara menarik troli dan pergi ke loading base.
"Display bahagian depan tu nanti Anna tolong tukar pattern baru semua ya", Anna menggangguk mendengar arahan Ella.
"Saya nak atur stok kat dalam,nanti ada ape-ape panggil je k", kata Ella lalu membawa beberapa keping kertas di dalam fail ke dalam stor.
Di dalam,Ella memanjat mega rack 3 tingkat itu ke tingkat paling atas,lalu Ella duduk dan mengeluarkan kertas dari failnya untuk disemak.
Mata gadis kecil itu melilau memeriksa setiap barcode pada kotak-kotak kasut di hadapannya.
Sesekali dia menguap bila sudah terlalu lama di dalam,lalu meneruskan lagi kerjanya."Ella, tunang u ", Rain masuk tanpa membagi salam pun.
Kedengaran Ella mengeluh perlahan bila diganggu.
Ella melompat dari tingkat 3 itu sepertinya sudah biasa.
Pekerjaan barunya sekarang lebih lasak,walaupun Ella cuma ditempatkan sebagai supervisor,tetapi Ella lebih suka mengambil kerja-kerja berat.
Kesibukan di sini mengajarnya untuk kurangkan berfikir tentang masa lalu.Ella berjalan keluar.
"Hmmm,Abang Adam? Ada ape?" tanya Ella padanya.
"Baju sayang comotlah", kata Adam sambil membersihkan baju Ella yang terkena habuk kotak kasut.
"Ah ah,stok baru sampai. Jadi nak clear stok bagi ruang kotak baru masuk", jawab Ella sambil menepis tangan Adam perlahan.
"Rest jom", ajak Adam.
"Sibuk ni. . ."
"Ala kejap je,sayang kalau tak dibawa makan nanti tak makan lagi".
"Ehmmm . . ..bolehlah kejap", kata Ella.
"Madz,nanti stok baru sampai tolong cek dan kira DO yer. Nanti bagitaw Sara tolong clear habuk kat dalam tu", kata Ella lagi lalu mengikuti langkah Adam.
Sambil berjalan menuju ke restoran terdekat di tingkat bawah,Adam memegang tangan Ella.
Tak sampai 5 minit, Ella melepaskan genggaman tangan Adam."Sorry,segan la ", kata Ella padanya.
Adam tersenyum saja.
Sampai di restoran,Adam memesan makanan kegemaran Ella iaitu tomyan seafood.
Kelihatan Ella sangat berselera,Adam yang duduk di sebelah Ella membelai rambut gadis itu.
Ella yang terkejut berhenti menelan."Abang kenapa tak makan?" tanya Ella.
"Abang tak lapar,dapat rehat kejap abang terus ke sini. Abang fikir nanti sayang tak makan lagi," kata Adam sambil menatap mata Ella.
Ella mengalihkan pandangannya.
"Ehmmm. . Dah siap ni,abang minum la cepat. Ella nak balik kedai", kata Ella sambil menghabiskan minumannya.
"Nanti malam tunggu tempat biasa ye," kata Adam sambil membelai rambut Ella.
Ella cuma mengangguk perlahan.
. . . . . . . .
YOU ARE READING
Itu Bukan Mahuku
RomanceWahai kekasih, huraikan kepada ku makna cinta. Kerana cinta, aku binasa. Kerana cinta, aku berdosa. Kerana cinta, aku temui bahagia. Layak nya syurga kah aku? Atau selayaknya neraka kah aku?