Episode 13

395 3 0
                                    

Sudah seminggu sejak Azif bertolak ke Kuala Lumpur,selama seminggu itu jugalah Ella tidak mendapat khabar berita langsung daripada Azif.
Telefon Bad juga tidak dapat dihubungi.
Ella sudah tidak ada cara untuk menghubungi Azif lagi.
Hari-hari Ella dihabiskan dengan duduk termenung di tembok tempat dia selalu menghabiskan masa bersama Azif.
Adam juga tidak menepati janjinya untuk datang keesokan harinya setelah Azif bertolak.
Ella berasa sangat sunyi.

"Ayah,nanti balik ambik Ella boleh?" ,Tanya Ella setelah mendail nombor telefon ayahnya.

"Ok", ringkas lelaki tua itu menjawab.

Seperti biasa,Ella menunggu tepi Wisma Merdeka,memerhati kalau-kalau sudah kelihatan kenderaan ayahnya.
Tiba-tiba,kedengaran suara yang dikenalinya menyapa.

"Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam", jawab Ella lalu menoleh.

Adam terpacak di hadapannya sambil menghulurkan sebuah paper bag kecil.
Ella menyambut paper bag itu.

"Abang Adam baru muncul?" kata Ella sambil melihat isi kandungan paper bag kecil itu . Terbeliak mata Ella melihat sebentuk gelang emas rekaan halus dengan buah gelang berhuruf E.

"Apa ni abang Adam? Ish tak nak lah bang", Ella menolak kerana merasakan pemberian itu keterlaluan.

"Ambik lah,anggap lah hadiah birthday dari abang. Please. . ." kata Adam sambil menyusun sepuluh jari tanda merayu.

"Nanti mak Ella marah lah bang".

"Tak. . .nanti kalau mak tanya jawab je abang Adam bagi,okay?" Adam terus memaksa.

Adam membuka kotak gelang itu.

"Boleh abang pakaikan?" tanya Adam lagi.

Ella menghulurkan tangannya,lalu Adam memakaikan gelang itu di pergelangan tangan Ella.

"Abang Adam nak pergi mana ni? Ella tunggu Ayah,malas nak naik bas atau grab hari ni", kata Ella.

"Abang ambil Ella lah ni".

Ella terkedu,tidak mungkin ayahnya akan menumpangkan Ella dengan mana-mana lelaki tanpa teman.

"Betul. . Ayah yang suruh,tak percaya cuba kol ayah".

Untuk kepastian,Ella menghubungi ayahnya.

"Ayah sibuk sikit ni k", kata ayah Ella di talian.

Ella mematikan panggilan.

"Betul kan?" tanya Adam lagi.

Ella cuma mengangguk.

"Jomlah,Ella nak singgah makan ke atau nak pergi mana? Abang bawa,your wish is my command. Ella nak cerita,abang sedia mendengar",
kata Adam sambil tunduk bersifat seolah-olah pelayan.

"Kita tunggu lepas sunset kat tembok jap baru pulang boleh?" tanya Ella.

"Ok,ladies first", Adam berundur memberikan ruang untuk Ella.

Ella ketawa kecil melihat gaya Adam.
Adam menuruti langkah Ella sehingga ke tembok.
Ella duduk di satu bangku di hujung tembok itu.

"Ella selalu ke duduk sini? Bahaya lah tempat ni,sunyi", kata Adam sambil melihat sekeliling.

"Iyelah,Ella dengan Azif selalu tunggu sunset kat sini. Lepas tu sambung jalan-jalan", kata Ella sambil memandang ke laut lepas yang sepertinya tidak berpenghujung.

Itu Bukan MahukuWhere stories live. Discover now