Episode 12

450 2 0
                                    

    Masih pening,rasanya semalam tidur Ella cuma 2 jam sahaja.
Matanya tidak boleh dilelapkan,bila sahaja dia terfikirkan tentang Azif cinta hatinya terus saja air matanya berlinangan.
    Ella mengambil 2 biji Panadol Actifast lalu ditelan dan diteguk air mineral di hadapannya.

    "Ella ok ke ni? " tanya Mamy Wana pada Ella.

    "Ok my,sakit kepala sikit je," jawab Ella sambil mengemas resit di kaunter.

Ella memandang jam di tangannya,sudah hampir pukul 6.30 malam.
   Pada hari minggu macam ni ,mereka akan tutup awal iaitu pada pukul 6.30.
Ella menyiapkan fail atas kaunter untuk besok hari,untuk memudahkan  urusan Mamy Wana yang menggantikannya esok.

     "Ella ada urusan penting sangat ke besok?" tanya Mamy Wana lagi.
Ella cuma menggangguk.

Setelah menghantar kunci kedai ke HQ,Ella menuju ke parking tempat biasa.
    Azif sudah sedia menunggu,kelihatan matanya dilelapkan seperti menahan sakit.
Ella mengetuk tingkap lalu masuk ke dalam kereta.

    "Hubby ok ke ni?" Ella mengurut dada Azif perlahan.

Azif menggenggam tangan Ella lalu menciumnya.

    "By ok la sayang,dah biasa", katanya lalu meneruskan perjalanan.

    Terasa sebak dan serba salah Ella bila mendengar jawapan dari Azif sebegitu.
Azif membawa Ella ke cafe yang terletak di tepi Pantai Tanjung Aru,berdekatan dengan kampung asal Azif.

     "Harini by bawak sayang makan dekat area kampung by ye", kata Azif lalu mencubit pipi Ella manja.

Ella cuma menurut kearah mana Azif mengganding dan membawa tangannya.
    
    "Eh ,Azif. Lama tak nampak nak", kata seorang pakcik tua sambil membersihkan meja tempat Azif dan Ella duduk.

   Azif cuma mengangkat tangan bila ramai yang menegurnya.
Datang seorang pelayan wanita separuh umur ingin mengambil pesanan.

     "Wah,cantik tunang engkau Azif. Bila kahwin nya? Jangan lupa jemput akak ye", kata wanita itu sambil melihat Ella tersenyum.

"Cantik kan kak? Aku sayang giler kat dia ni kak", kata Azif sambil tersenyum.

    Ella cuma senyum melihat semua yang ada di sini dengan ramah menegur Azif dan dirinya.
Sedih pun ada bila mendengar kan kata-kata Azif tadi.

    "Nanti lepas makan sayang nak stay kat pantai sini?" tanya Azif.

Ella mengangguk saja.

Selesai makan ,Azif membawa berjalan jalan di sekitar pantai.
   Terjumpa homestay berdekatan,Azif membawa Ella ke sana, rupanya Azif sudah menyewa sebuah homestay di situ untuk dirinya dan juga Ella.

     "Cantiknya", kata Ella sambil meninjau ke seluruh ruangan di dalam homestay itu.

"Nanti jam 10 baru by hantar sayang ye,kita stay sini kejap. Lagipun besok sayang cuti kan."

Ella cuma mengangguk seperti anak kecil yang diberikan gula-gula.
    Ella merebahkan dirinya di atas katil yang empuk sambil bermain permainan game di telefon bimbitnya.
Sudah agak lama Azif di dalam bilik mandi,bisik hatinya.
     Kedengaran bunyi pintu bilik mandi dikuak,Azif keluar dengan hanya memakai tuala di pinggangnya.
Ella yang masih bermain game tidak sedar, Azif sedang memerhatikannya.
Azif menatap gadis genit itu,memakai mini dress sleeveless berwarna coklat gelap dengan silang leher rendah di dadanya cukup menampakkan lurah buah dadanya.
     Dipadankan dengan legging tebal berwarna hitam berkilau ,sangat berahi ia melihat Ella berbaring.

Itu Bukan MahukuWhere stories live. Discover now