Hari ini, seperti biasa aku rest sendiri lagi.
Bila Azif terpaksa bekerja di luar kawasan, tiada yg menemaniku waktu rehat makan.
Aku dibesarkan dengan pepatah ayahku 'adik beradik pun dah cukup ramai,jangan bergantung pada kawan untuk teruskan hidup,berkawan cukup di luar saja atau di tempat kerja'. Sebab itu lah aku tak pernah bawa kawan untuk rest bersama.
Ayahku seorang yang sangat berdikari dari umur 15 tahun,disebabkan itu biar bagaimana melarat pun hidup kami,ayah tak akan minta bantuan kepada ahli keluarganya ataupun kawan,cukup ayah bagi kami makan dengan semampunya saja.
Kebiasaannya bila aku rest sendiri,aku akan pergi duduk di tembok tepi laut yang berada di depan Wisma Merdeka saja,sambil menunggu waktu rehat ku habis aku akan pasang lagu pada handsfree.Sedang aku menung panjang ke arah laut,aku teringat kata-kata Azif hari itu padaku semasa kami menghabiskan waktu rehat ku di tepi tembok ni.
"Sayang taw tak,hubby minat sangat kerja kapal dan bahagian laut ni tapi tak nak lah tangkap ikan",kata Azif.
"Satu hari nanti,kalau hubby dapat jadi kapten kapal. Hubby akan bawa sayang",tambahnya lagi.
"Tak nak la, honey tak pandai berenang",aku ikut melayani kata-katanya pada hari itu.
"Kalau sayang tak nak,hubby ikat sayang dan paksa sayang ikut hubby,sayang selamanya milik hubby taw",dia menggenggam tangan ku kuat lalu menciumnya.Tersentap aku dari lamunan tiba-tiba bila dikejutkan dengan bunyi panggilan telefonku.
Panggilan dari Azif."Hello sayang",sapa Azif dengan suara gembira.
"Hello by,by bila nak balik? Honey rindu sangat",aku sudah semakin manja dengan Azif.
"Ermmm,tak tahu lagi ni sayang. Honey,boleh tolong by tak?",tanyanya lagi.
"Mmm,nak tolong apa?",tanyaku kembali dengan nada yang agak merajuk.
"Tolong hubby ambil barang by boleh? Ada tinggal kat sana",jawabnya.
"Barang apa? Kat mana?", banyak pula soalan aku.
"Adalah,honey tolong by pergi kat Gaya Street,ada bank baru buka kat sana tu. Honey cakap je nak ambik barang Azif yer. UOB bank ye sayang,yang kat depan restoran Fong Ip tu. Ok sayang,nanti dah sampai bagitahu hubby ye. Sekarang ok,urgent ni. . I love you",cepat Azif mematikan panggilan lepas habis bercakap.
Aku kehairanan,tapi tanpa banyak tanya lagi aku capai dompet dan terus menuju ke arah yang dimaksudkan Azif tadi.
Tak jauh pun, cuma selang dua blok sahaja dari tempat kerja ku.
Aku berpusing ke selekoh tempat masuk dan aku terlihat ada signboard perasmian bank baru.
Hairan jugak, biasanya event macam ni bahagian kerja Azif.
Tak banyak fikir, aku pergi terus ke hadapan bank itu. Aku melihat ada meja event lengkap dengan set pembesar suara lagi."Nak tanya siapa ni? ",aku bertanya sendiri.
Tiba-tiba, tangan ku ditarik dan aku didukung mengejut oleh orang yang paling aku rindui, Azif.
"Sayang! ",katanya girang sambil mencium tanganku.
Perlahan-lahan dia menurunkan aku dan panggil aku duduk sekali di sebelah nya.
Memang aku tak salah lagi.
Department Azif yang menganjurkan perasmian bank baru ni.
Aku sangat gembira berjumpa Azif tapi malu sebab ramai melihat Azif mendukung aku tadi.
Bila saja aku di sebelah Azif, aku pasti kelihatan seperti anak kecil kerana tinggiku cuma sampai ketiak Azif saja ketara.
YOU ARE READING
Itu Bukan Mahuku
RomanceWahai kekasih, huraikan kepada ku makna cinta. Kerana cinta, aku binasa. Kerana cinta, aku berdosa. Kerana cinta, aku temui bahagia. Layak nya syurga kah aku? Atau selayaknya neraka kah aku?