Episode 10

551 3 0
                                    

3 bulan sudah berlalu . . .  . . .

"Engkau kat mana ni Dam?" Jojo mengeluh sendiri sambil mencari kelibat Adam di sebalik keramaian orang yang baru tiba.

    Matanya menangkap satu sosok lelaki sedang melambai-lambai padanya. 

"Adam". . .kata Jojo sambil mereka berlaga tumbukan.

     "Engkau dah sediakan semua?" tanya Adam.

"Dah. Jadi engkau memang tak ubah pendirian jugak? Pertama kali dalam hidup aku lihat kau serius giler dengan perempuan", kata Jojo sambil mengangkat beg Adam masuk ke dalam kereta.

      "Siapa sangka hati aku dicuri sepupu kau? Struggle giler aku menghabiskan waktu yang mak die bagi", kata Adam sambil ketawa.

Sampai di rumah, Jojo sudah mengumpulkan ibu,ayah dan adik-beradik Adam.
      Adam memberi salam lalu masuk.
Adam duduk di pertengahan ayah dan ibunya.

   "Apa ni Dam? Ada oleh-oleh ke? Engkau kumpul semua orang kat sini ni?" tanya Ahmad,abang kepada Adam yang merupakan seorang guru.

Adam tersenyum seolah-olah ada berita gembira yang ingin di sampai kan.
   
    "Mak,ayah,abang, Adam dah jumpa bakal suri hati Adam. . Dan kalau boleh,Adam nak mintak mak dan ayah tolong risikkan".

Semua tetamu di dalam rumah tu saling berpandangan,pakcik makcik,anak buah,mak ayah juga abang kepada Adam saling berpandangan kerana terkejut.

     "Adam. . Benda ni bukan main main nak. Anak orang tu,sekali dah lafaz nikah. . .biar macam mana Adam tak suka pun,Adam kena sabar dan didik . Sekali dah lafaz nikah,semua makan minum,semua keinginannya ,dan dosa selepas kahwin adalah tanggungan Adam", ibu Adam risau dengan tindakan tiba-tiba Adam.

"Engkau ni Dam,nak langkah bendul ke? Abang pun belum jumpa jodoh lagi", usik Ahmad sambil ketawa.

     "Dia dah cakap nak kan,ikut je lah. Dia bukannya budak-budak. Dah 24 tahun. Dia tahu baik buruk benda dia nak", kata Pakcik Kadir,ayah kepada Adam sambil menepuk-nepuk bahu Adam.

"Terima kasih ,ayah. Mak,abang. . .dan semua. . .Adam dah pasti sangat,dan Adam dah fikir semasak-masaknya selama hampir 3 bulan ni,Adam tetap nak dia jugak", kata Adam sambil tersenyum seperti orang yang gila bayang.

     "Kejap ,kejap. . Aku tengok Adam bukan main serius lagi,siapa sebenarnya gadis ni?",tanya Ahmad.

"Anak makcik aku kat bandar tu bang,hari tu dia tumpang rumah tu. Dari first dia lihat gadis tu dah macam cacing kepanasan dah dia ni  ",Jojo menjelaskan sambil menggelengkan kepalanya.

     "Dah berapa lama korang bercinta? Dah kenal hati budi?" tanya Ismail, pakcik kepada Adam pula.

"Ini la masalah nya uncle, budak tu tak tahu pun Adam ni sukakan dia", tambah Jojo lagi.

Adam hanya tunduk bila merasakan semua mata tertumpu ke arahnya.
   
"Engkau biar betul Dam", Ahmad seolah-olah tidak percaya dengan keputusan Adam.

Perlahan-lahan Adam menarik nafas dan mengumpul keberanian untuk berkata-kata.

    "Abang,ayah,mak. . Adam dah yakin sangat dialah orangnya pasangan Adam. Dan Adam dah bincang dengan mak ayah  dia, diorang bagi Adam tempoh berfikir 3 bulan. Kalau betul Adam nak dia jugak lepas 3 bulan ni, baru mereka suruh Adam bawa rombongan merisik".

Itu Bukan MahukuWhere stories live. Discover now