Episode 23

482 3 0
                                    

Peristiwa berdebat dengan customer tadi masih terngiang-ngiang di kepala Ella, membuatkan nya terketawa bila mengira duit kaunter.
     Selesai closing,Ella mengangkat begnya dan mengarahkan stafnya untuk mengunci kedai.
Lalu Ella berjalan kaki menuju ke pintu depan hypermall untuk menunggu suaminya.

     Sedang Ella menunggu,dia terdengar suara wanita yang membuat kecoh di kedainya tadi.
Wanita itu seperti sedang bertengkar dengan pasangannya di parking kereta.
Ella mengecilkan matanya bila melihat susuk seseorang yg agak dikenalinya.

'Azif!!!'
Hampir gugur jantung Ella bila melihat lelaki yang menunggu wanita itu di dalam kereta adalah Azif.

    "U tahu i pregnant kan,begini punya lama u kasi i tunggu?? U ni memang tak appreciate i je kan?" bebel Fatin lalu masuk ke dalam kereta.
Lelaki itu hanya berdiam dengan raut wajah yang agak marah.

'Hon!Hon!
Bunyi hon kereta Adam yang baru tiba di belakang Ella mengejutkan Ella.
    Azif dan Fatin serentak menoleh ke belakang.

    "By,itulah betina tu. Yang tengking i tadi,so rude bitch!"

Azif terkejut lalu dengan pantas keluar dari kereta bila melihat Ella.
    Dia berjalan sehingga ke depan Ella.

"Sayang. . . .", hampir saja tangan Azif mencapai pipi Ella untuk dibelai.

Sekian lama dia memendam kerinduan ini.

    Adam menepis tangan Azif lalu menarik tangan isterinya.

"Sorry bro,watch your manners. My wife",kata Adam dengan tenang.

Ella yang sedari tadi terkejut melihat Azif cuma memandangnya tanpa suara.
    Adam membawa isterinya masuk ke dalam kereta lalu memandu pergi.

     "Hei! U dah gile,Azif! I kat sini la! U kenape kejar orang lain panggil sayang! And also that bitch!" herdik Fatin dari dalam kereta.

Azif masuk lalu menghampas pintu keretanya.

"Jangan kau berani cakap apa-apa pasal dia! Jangan sampai kau rasa penampar aku!" tengking Azif padanya .

    Fatin mendiamkan diri dengan wajah yang sangat marah.
Didalam hatinya berfikir,adakah ini wanita yang membuatkan Azif tidak mahu melayannya langsung?











    Sepanjang pemanduan pulang tadi,Ella diam sahaja.
Sehinggalah sekarang,Adam masih risau menunggu isterinya yang sudah hampir sejam di bilik mandi.

Ella duduk menangis di bawah air pancuran dan membiarkan air mengalir menyembunyikan airmatanya.

'Bodoh!Bodoh! Bodoh! Kenapa kau sedih, Ella? Azif yang kau sangkakan selama ni akan menderita tanpa kau sudah pun move on! Kau tunggu apa lagi? Apa yang kau harapkan lagi? Baru 7 bulan kau kahwin dia dah tinggal tunggu anak dah pun! Dia tak pernah sayang kau lah!'
   bisik hati Ella pada dirinya sendiri.

     Emosinya dihabiskan di situ juga.
Ella berjanji pada dirinya sendiri tidak mahu memikirkan Azif lagi. Selesai mandi Ella memakai set tidur mininya lalu turun ke bawah mencari suaminya.
Adam yang asyik menonton tv sudahpun terlelap baring di sofa.
     Ella memandang wajah suaminya,cukup lama.

'Kenapalah aku tak pernah sedar siapa yang menghargai aku selama ni?' tanya Ella di dalam hati .

Dia baring di sebelah suaminya dan menyembamkan mukanya pada dada suaminya sambil memeluk kuat.

Itu Bukan MahukuWhere stories live. Discover now