Episode 24

492 6 0
                                    

        Droom! Droom!
Bunyi deruan kereta Azif seakan menarik perhatian Adam yang sedang menunggu isterinya pulang di tapak parking.
     Adam tahu kereta Azif parking di sebelahnya tetapi Adam tidak memedulikannya.

    Droom! Droom!Droom!
Semakin lama semakin kuat.
   Azif sengaja menghalakan pandangannya pada Adam menunggu api membara di antara mereka.
Bila melihat Ella sudah menunggu di hadapan,Adam memandu keretanya ke hadapan tetapi dipintas Azif.
Azif pantas menghentikan keretanya di hadapan Ella.
   Ella terkedu melihat tindakan Azif.
Adam menghentikan keretanya di belakang kereta Azif lalu keluar menjemput isterinya,dipimpinnya tangan Ella lalu masuk ke dalam kereta.

   "Abang drive je lah,tak payah peduli", kata Ella pada Adam.

Adan memecut kereta dipandunya tetapi Azif mengejar dari belakang.

     "Abang,. .apa ni. Takutlah.  .laju sangat", Ella terjerit kecil melihat tingkah Adam cuba untuk berlumba dengan Azif.

"Kena ajar dia sikit ni sayang", kata Adam lagi dan terus memandu memintas Azif.

  "Abang,.  .kan Ella dah cakap tak payah layan. Nanti dia penat berhenti lah tu", tegas Ella lagi.

Adam seolah-olah tersentap bila isterinya memegang lengannya kuat.

'Ya Allah,apa aku buat ni?'
   Bisik hati Adam sendiri.

"Sorry sayang. . Abang terbawa perasaan tadi", Adam mulai memandu secara normal dan membiarkan saja Azif melintasi nya.
   
Perlahan-lahan kereta Azif lenyap dari pandangan.

     "Ella takutlah,abang jangan buat macam tu lagi", suara Ella sebak seperti menahan tangis.

Sampai di rumah,Ella enggan menegur suaminya.
    Dia sangat terkilan bila suaminya bertindak sedemikian seolah-olah tida mempercayainya.






   .     .     .     .      .      .      .      .     .     .      .  











     "U dari mana?" tengking Fatin sebaik saja Azif sampai.

Azif tidak menjawab dan terus baring di ruang tamu .

     "Sampai bila u nak macam ni? I ni wife u tau!! U tak boleh terus terus ignore i macam ni! Tak lama lagi i dah nak bersalin dah ,u asyik buat perangai!!"

"Diam boleh tak?!" tengking Azif.

Fatin kecut perut melihat wajah bengis Azif.

"Eh betina! Kau ingat ye, aku kahwin dengan kau sebab kau dah perangkap aku dengan anak yang entah benih siapa ni! Oleh sebab aku diam,engkau jangan nak banyak songeh pulak!! " jerit Adam.

     "Habis tu ,kalau i tak pregnant u tak nak dengan i la?"

"Sape nakkkan perempuan jalang macam kau?? Dan aku harapkan engkau dengan bayi engkau tu lenyap dari hidup aku", tengking Azif lagi lalu  masuk ke dalam bilik.

Fatin menangis semahu-mahunya,entah kenapa hati kecilnya terluka .

      "Ye,aku jalang! Aku rosak! Tapi aku pun ada hati", kata Fatin kepada Azif yang berbaring di atas katil tanpa memedulikan nya.

Fatin menarik beg tangannya  dan kunci kereta kancilnya di tepi meja katil lalu berjalan keluar.

'Nak pergi mana pulak betina ni', bisik hati Azif tanpa mengejar.

Sebentar kemudian,Azif terlelap.









   .    .    .    .   .     .     .     .      .     .     .     .   .











   Ding Dong! Ding dong! Dingdong!

Bunyi loceng pintu bertubi-tubi mengejutkan Azif daripada tidur. Dia melihat jam di tepinya,pukul 3.40 pagi  .

"Hoi,buka lah pintu tu!!" Azif menjerit mengharapkan Fatin agar membuka pintu.

Tidak berjawab,dan loceng pintu masih lagi berbunyi.
    Azif bingkas bangun sambil mengesat matanya yang masih mengantuk.
Dia melihat sekeliling,tiada kelibat wanita mengandung itu.
    Dengan langkah mengantuk dia menuju ke pintu depan.
Tiga anggota polis sudah menunggu di hadapan sebaik pintu dibuka.

"Encik Azif ?" Tanya salah seorang anggota polis itu.

     "Hmmm,ada apa ni tuan?"

"Kereta kancil SS 2874 B milik Puan Fatin,iaitu isteri awak?" tanya polis itu lagi.

     "Ya,warna pink tuan".

"Seorang wanita mengandung yang memandu kereta itu terbabit kemalangan.Sila ikut kami ke hospital  untuk pengecaman mayat".

Azif terduduk.
   Diam dan terkaku.

"Harap bersabar encik,encik boleh menghubungi saudara yang berkaitan atau berdekatan jika perlu", salah seorang anggota polis itu menepuk-nepuk belakang nya.

   Bad membawa Azif ke hospital yang dimaklumkan tadi.
    Azif dan Bad mengikuti langkah petugas kesihatan ke bilik mayat untuk pengecaman.
Sekujur tubuh dengan perut besar ditutupi selimut putih sedang terbaring diatas katil besi.
    Perlahan Azif menarik selimut di bahagian muka.
Wajah hitam manis Fatin penuh dengan luka ,kulit di bahagian pipi kirinya terkupas .
   Mungkin akibat seretan kerana impak terhumban keluar dari dalam kereta.
Tangan kanannya patah manakala kaki kanan terkeluar tulang di bahagian betis.
    Azif pengsan disitu jugak bila melihat isterinya dalam keadaan memilukan.







       . . . .    .  . . . . . . . . .. . .  . .  . . . ..  . .










     Fatin mendukung bayi,kemas dalam dakapannya dan lalu di hadapan Azif.
Azif mengejar dari belakang,cuba menjerit memanggil nama Fatin.
    Sosok Fatin menoleh,melemparkan senyuman ke arah Azif.
Tiba-tiba sebuah kereta dengan laju merempuh Fatin dan bayi di dalam pelukannya.
    Azif berteriak lalu mengejar.

Suara Azif berteriak terbawa dari mimpi hingga kejaganya.
   Ibunya memeluk cuba menenangkannya.
Azif berteriak,menangis dan menumbuk dinding melepaskan geramnya.

   "Ini semua salah Azif mak! Azif berdosa! Azif berdosa ya Allah! ", Azif terduduk bila sudah penat menumbuk dinding.

Tangannya sudah lebam dan luka,mukanya semakin lesu.
    Semenjak kematian Fatin,Azif menyalahkan dirinya kerana bersikap dingin terhadap Fatin.
Dia tidak mahu makan,minum dan asyik mengurungkan diri.
    Sesekali dia tertidur dan bermimpi Fatin dilanggar sekali lagi membuatkannya histeria.
    Bad dan ayahnya sudah mati akal untuk memujuk Azif.
Azif menjadi seperti orang yang trauma dan asyik menyalahkan dirinya.

"Dah,menjerit lagi. Apa lah yang nak dibuat untuk kita tolong abang kau ni?" ayah Azif tertunduk penuh penyesalan melihatkan keadaan Azif.

Badrul turut terdiam.

"Ayah risau kalau keadaan berterusan,abang engko ni jadi gile!" Sambungnya lagi.

      "Tak ! Abang tak boleh jadi gila! " Badrul risau bila terfikir kata-kata ayahnya.

"Habis kita nak buat macamana ni? "

      "Bad tahu sape boleh tolong abang"

Itu Bukan MahukuWhere stories live. Discover now