Sudah 3 hari Ella mengambil cuti,untuk menenangkan dirinya.
Kejadian 3 hari lalu sangat mengejutkan baginya,Azif tiba-tiba kembali dan datang menagih cintanya.
Walaupun pahit tetapi Ella terpaksa menolak.
Setiap kali teringat kan Azif air matanya kembali mengalir.
Ella sedaya-upaya menyembunyikan kesedihannya daripada keluarganya.Malam ini dirasakan sangat sunyi,Ella memeluk patung Teddy Bear nya yang dibelikan Azif sekuat-kuatnya.
Tanggannya mencapai smartphone di atas meja sisi katil.'Assalamualaikum sayang,dah tidur ke tu?'
Ella membaca hantaran chat dari Adam.
'Waalaikumussalam,. . Ha,baru nak tido la ni. Kenapa?' jawab Ella ringkas.
'Budak tu tak ganggu sayang lagi?'
'Nama dia Azif,bukan budak. Jangan risau lah,dia nak buat apa pun aku takkan layan asal kau tepati janji jangan ganggu dia'.
'Okey sayang, anything untuk sayang. Biar dia pukul Abang pun,abang takkan balas'.
'Hmm,ok lah'.
'So esok Abang ambil sayang?'
'Aku nak hantar surat resign je pun,itu pun nak jaga?'
'Ok ,ok,sayang hati-hati ye. Ada apa-apa esok kol je Abang'.
'Aku taulah. And stop call me like that!'
'Abang praktis sebelum kahwin kan sayang . . sayang pun panggil la Abang,Encik Tunang ke? Bakal suamiku ke?'
'Shut Up!!!', Ella menghentikan chat nya di situ.
Terasa sakit hati dengan gurauan Adam.Dihadapan Adam ,Ella menjadi seorang gadis yang egonya tinggi,angkuh,degil dan garang.
Tetapi di sebaliknya,Ella sering menangis.'Ya Allah,kenapa ini yang harus aku rasakan? Sakitnya ditoreh tanpa luka dan darah . . Berkali dan kali lagi ya Allah' . .rintih Ella dalam tangisnya.
Lalu Ella tertidur sambil memegang surat resign nya untuk dihantar esok hari.
. . . . . . . . .
"Azif,dahlah tunggu tu. Jom balik.
Kau perlu banyakkan rehat,tak baik macam ni", kata Bad pada Azif yg sedang menunggu di tembok tempat biasa dia dan Ella bersantai.Azif hanya mendiamkan diri sambil matanya melilau mencari kelibat Ella.
Setelah puas mencari,Azif pun masuk ke dalam kereta.
Diambilnya ubat dari beg sandangnya lalu diminum .
Bad pun menyusul masuk duduk di tempat pemandu."Sampai bila engkau nak macam ni,Azif?" tanya Bad yang kasihan melihat keadaan abangnya yang masih lemah.
Azif tunduk dan berdiam diri.
"Aku kenal dia Bad,bukan sekejap aku jaga dia...." Azif memulakan bicara.
"Orang lihat dia degil,tapi dia lembut hati sebenarnya. Orang lihat dia ego,tapi dia manja. Orang lihat dia kuat,tapi aku je tahu betapa lemahnya dia. Dan dia jugalah kekuatan aku Bad,kalau dia takde buat apa aku teruskan rawatan?Lebih baik aku mati ,Bad!"
Bad menepuk-nepuk belakang Azif.
"Kenapa kau tak pinang dia dulu?" Bad memberanikan diri mencuba bertanya.
YOU ARE READING
Itu Bukan Mahuku
RomanceWahai kekasih, huraikan kepada ku makna cinta. Kerana cinta, aku binasa. Kerana cinta, aku berdosa. Kerana cinta, aku temui bahagia. Layak nya syurga kah aku? Atau selayaknya neraka kah aku?