Ella terjaga pada pukul 3 pagi,sangat sejuk rasanya sehingga Adam memeluknya erat sekali.
Ella meleraikan pelukan Adam lalu bangun,terkejut dia bila melihat cermin kancing bajunya sudah terbuka luas dengan kesan lovebite pada dadanya.
Cepat-cepat Ella membutang bajunya kembali.
Dia menarik sehelai selimut lalu baring di sofa di hadapan tv.
Entah kenapa hatinya sangat sedih sekali,tidak tertahan airmata itu mengalir sendiri.'Ya Allah,sakit apakah ini? Sungguh sakit tapi tiada luka dan parut,ya Allah', Ella menekan-nekan dadanya.
Terasa dadanya ditumbuk dengan kerinduan dan kesakitan yang amat.'Betullah orang cakap,jatuh cinta itu sesaat pun boleh,tapi melupakan seumur hidup pun belum tentu', detik hatinya lagi.
Untuk menahan kesebakan,Ella menarik nafas panjang dan dihembus perlahan-lahan sehingga dia tertidur membawa airmatanya.
. . . . . . . . . .
"Azif,dahlah tu. Kau dah mabuk sangat dah ni! Lagipun kejap lagi kelab ni dah nak tutup!" Bad separuh menjerit disebabkan pecahan muzik yang sangat bingit di kelab itu.
"Diamlah! Aku belum puas!" tengking Azif.
Dia meneguk segelas demi segelas minuman itu,tanpa memedulikan Bad.
Sesekali dia menggoyang-goyangkan kepalanya mengikut rentak lagu.
Bad masih lagi menunggu .
Kelihatan seorang wanita berseluar pendek dan berkulit gelap mendekati Bad."Hey,kenapa ni?" tanyanya yang melihat Bad seperti kerunsingan.
"Ha ,Fatin! Cubalah kau pujuk Azif ni! Dia tak nak pulang! Aku takut nanti dia cari gaduh lagi!" terang Bad satu persatu.
"Hmmm.. .let me try. Lagipun dia dah mabuk ni", kata Fatin lalu cuba mendekati Azif.
Dari jauh Fatin sudah memerhati kan Azif dan Bad,dia sangat tertarik melihat Azif dan lengannya yang penuh tatu.
Fatin terkenal dengan sifat penggoda nya,meskipun wajahnya kurang menarik tetapi dengan godaan nya jarang sekali lelaki terlepas.
Bad pun sudah pernah meniduri Fatin sekali secara tak sengaja ketika mabuk."Hey baby", kata Fatin sambil membelai muka Azif,dengan perlahan dia mendekatkan bibirnya pada telinga Azif dan menggigit manja cuping telinga Azif.
Azif yang mabuk mengangkat kepalanya dan memandang pada wajah Fatin,kelihatan samar-samar pada pandangannya.
"Sayang . . ", Azif terus merangkul Fatin dalam pelukannya. Dipeluk nya erat.
"Eh? Ehemm. . Its me sayang, ..sayang jom balik,i penat dah kat sini", kata Fatin sambil menarik tangan Azif.
Bad terkejut bila Azif bangun dan mengikuti langkah Fatin.
Cepat-cepat Bad keluar dan membuka pintu keretanya untuk Azif masuk.
Fatin mengumpan Azif sehingga masuk ke dalam kereta.
Azif seperti gila bayang,dia menyangkakan Fatin adalah Ella dan mengikut dengan langkah kakinya yang longlai kerana mabuk.
Didalam kereta,Azif memeluk Fatin erat dan tidak mahu melepaskannya."Macamana ni?" tanya Bad.
"Takpe,i ikut hantar u lah kejap. Dia tak nak lepas ni", kata Fatin sambil sesekali bersikap nakal pada Azif.
Sampai di rumah sewa,Fatin menolong Bad mengangkat Azif yang masih mabuk dan dibaringkan ke atas katil.
"Oh shit", jerit Fatin tiba-tiba.
YOU ARE READING
Itu Bukan Mahuku
RomanceWahai kekasih, huraikan kepada ku makna cinta. Kerana cinta, aku binasa. Kerana cinta, aku berdosa. Kerana cinta, aku temui bahagia. Layak nya syurga kah aku? Atau selayaknya neraka kah aku?