Adam termenung jauh sambil menyedut rokoknya,lalu dilepas perlahan-lahan asapnya.
Seperti ada yang mengganggu fikirannya,kebelakangan ini Adam gelisah saja.
Adam menarik keluar telefonnya dari dalam kocek dan mendail nombor JoJo."Hello,ha kenapa ni Dam?", Jojo di talian bertanya.
"Jo,aku blank la jo. . . Dia. . .dah ada boyfriend pulak", kata Adam seperti mengadu.
"Habih tu? Orang dah ada bf sudah la! Aku dah cakap Dam,ngko datang sana tujuan nak kerja . .kenapa plak boleh ngko terpikat dengan kazen aku tu?", Jojo kedengaran membebel di talian.
"Sorry Jo ,tapi aku tak boleh lah. Dia bukan macam perempuan lain Jo. Banyak dah perempuan aku jumpa tapi dia lain Jo. First time aku nampak dia,aku betul-betul dah tak boleh pandang orang lain dah. .. tolong aku Jo", rayu Adam pada Jojo.
Rupanya dari pandangan pertama Adam melihat Ella , hati Adam sudah bertaut pada Ella.
"Habih tu kau nak aku buat ape Dam? Dah orang dah ada bf", marah Jojo."Bagilah aku plan nak buat apa? Selagi belum kahwin aku masih ada peluang Jo,aku tak nak terlepas peluang tu. Menyesal seumur hidup aku Jo".
"Cakaplah dengan dia kau suka dia!"
"Tak boleh Jo,nanti Ella benci tengok aku. Aku rasa lah kan sekarang ni dia anggap aku ni macam abang-abang dia. Sebab dia panggil aku Abang Adam ,apa aku nak buat ni Jo", Adam semakin buntu . Risau jika Ella akan berkahwin dengan pasangannya.
"Kalau macam tu,kau pergi lah cakap dengan makcik aku. Dah anak die tak suka kau,hahaha", kata Jojo sambil mengetawakan Adam yang seolah-olah gila bayang.
"Eh betul jugak kau cakap kan,lebih baik aku luahkan kat mak die", Adam mendapat idea untuk melamar Ella pada orangtuanya.
"Kau betul -betul dah gile lah Dam. Apa pun aku doakan kau berjaya je lah. Dah,aku nak pi tolong mak p pekan ni. Chau dulu",Jojo mematikan panggilan .
Manakala Adam sudah tersenyum simpul,seperti dirinya sudah mendapatkan cara untuk memiliki Ella.
. . . . .
"Terima kasih kak,datang lagi ye", ucap Ella pada pelanggan itu sambil menghulurkan baki duit dan resit pembeliannya.
Ella mengangkat thumbs up pada Didi menandakan pelanggan nya telah membeli barangan yang direkomen Didi.Ella duduk dibangku yang ada di sisi kaunter lalu mengeluarkan telefonnya.
'Sayang,esok hubby balik ye . Tak sabar nak jumpa sayang', Ella membaca chat dari Azif.
'Ok', ringkas reply dari Ella.
Tiba-tiba, telefon bimbit Ella berdering lagi. No Adam tertera.
"Assalamualaikum Ella".
"Waalaikumussalam bang,ye Abang Adam. Ada apa kol ni?"
"Maaf ganggu,abang kat tamu ni. Ella nak kirim apa-apa? Nak makan apa-apa tak? Nanti abang hantarkan kat rumah".
"Alah susah-susah je abang Adam ni, ada mangga tak? Ella nak mangga je lah".
"Ok Ella,nanti abang singgahkan kat rumah ye. Maaf ganggu . . assalamualaikum".
YOU ARE READING
Itu Bukan Mahuku
RomanceWahai kekasih, huraikan kepada ku makna cinta. Kerana cinta, aku binasa. Kerana cinta, aku berdosa. Kerana cinta, aku temui bahagia. Layak nya syurga kah aku? Atau selayaknya neraka kah aku?