"Macam mana",tanya Azif dengan riak wajah gelisah.
"Dapat, Alhamdulillah ",jawabku tersenyum riang. Aku terlupa aku baru 2 hari mengenali Azif.
"Dah jom pi makan",ajak nya lagi. "Eh, aku nak balik dah ni",aku sedikit hairan dengan ajaknnya, siapa dia padaku? Mudah benar lelaki ni membiasakan diri denganku.
"Alah, aku dah teman kau sampai ke sini. Teman lah aku makan kejap. Tak jauh pun, ada kedai makan kat tingkat 6 sini",rayu Azif lagi.
Aku diam seketika, tak lama kemudian aku pun mengangguk sambil berkata, "Aku tak boleh lama ni, mak aku cari nanti. Aku dah cakap pergi interview je". Azif tersenyum lagi
",Wow, anak mak. I like ". Aku jelir sedikit lidah mengejeknya. Kami bergerak menuju lif untuk ke tingkat 6.
Didalam lif, Azif berdiri rapat betul di sebelahku. Sehinggakan bahunya disandarkan pada kepala ku. Aku mendongak memandang lelaki yg tinggi ni, aku memberikan isyarat untuk dia memberikan ruang padaku tapi lif itu penuh dgn orang dan Azif cuba mengelakkan aku daripada dipandang lelaki lain. Sampai di tingkat 6, pantas dia menarik tanganku keluar dari lif. Cepat aku menarik tangan ku kembali. Kami berpusing ke selekoh untuk mencari restoran di tingkat itu, tingkat itu agak sunyi. Aku mulai berfikiran Azif ingin mengambil kesempatan pada ku, tapi tidak lama kemudian aku terlihat ada kedai makan di hadapan. Lega hati aku.Aku mengambil tempat duduk dan Azif memesan makanan untukku. Usai memesan dia, duduk di sebelah ku. Aku berundur sedikit, Azif bersifat seolah-olah kami pasangan kekasih. Aku mengalihkan pandangan ke arah dinding kaca di sebelah ku untuk melihat pemandangan di bawah sambil menunggu makanan sampai. Tiba-tiba, Azif batuk kuat. Dia menekup mulutnya dgn tisu, tapi tetap kelihatan batuk itu mengeluarkan darah.
"Maaf,"kata Azif. Aku terkejut melihat darah yg agak banyak di tisu itu.
"Kau ok ke ni",tanyaku risau, ntah kenapa aku mulai risau. Azif enggan menjawab.
"Jawablah, kenapa ada darah?? ",tanyaku kasar.
"Paru-paru aku retak",terkejut aku mendengar jawapan Azif.
"Kenapa? ",tanya ku lagi.
"Aku kaki gaduh, kaki mabuk, tapi tu dulu lah. Sekarang tak dah, dalam satu pergaduhan dulu, aku kena pukul dengan besi tepat di bahagian paru-paru", jawab Azif tenang.
Aku tak hairan bila Azif mengatakan dia kaki pukul, kerana kedua lengannya dipenuhi tatu naga. sebab itu aku tak selesa dipandang orang bersamanya. Tak hairanlah dia kelihatan seperti disegani di bandar, rupanya kaki pukul, bisik hatiku. Tanpa aku sedar, makanan sudah pun berada di atas meja.
"Makan lah",kata Azif lalu mulai makan, Aku pun mulai makan supaya dapat cepat melepaskan diri dari lelaki ni. Usai makan, Azif ke kaunter bayaran. Dan kami pun bergerak keluar.
" Terima kasih ",kata ku. Azif cuma senyum dan mengangguk.
"Mana lif ea? ",tanyaku lagi. Rasanya aku dah terlupa selok mana lif tadi."Cepatnya nak balik,"kata Azif sambil berjalan. Aku cuma mengikut langkahnya sambil mataku mencari signboard lif kalau ada.
"Jom ikut sini",kata Azif sambil berjalan menuju tangga kecemasan.
"Buat apa? ",tanyaku tapi masih tetap mengikut langkahnya.
Azif berhenti di kawasan bebas merokok, lalu mengeluarkan sekotak rokok. Aku berdiri di sebelahnya memandang ke arah tingkap. Tingginya, bisik hatiku. Tengah menunggu Azif siap merokok, aku amati pemandangan laut di seberang pusat beli belah itu. Tak ku sedar, Azif sudah siap merokok. Tiba-tiba,dia berdiri betul-betul rapat dan menyandarkan badannya di belakang ku. Aku cuba mengelak tapi dia sudah menahan ku terlebih dahulu.
Azif berbisik di telingaku, "Kau dah ada boyfriend? ".
Aku tunduk tanpa menjawab, apakah rasa ini? Jantungku berdegup kencang, tidak pernah aku didekati serapat ini oleh lelaki.
"Takde kan",bisiknya lagi lembut. "Mulai hari ni, kau aku punya ea",tambahnya lagi sambil tersenyum.
Aku kehilangan kata-kata. Aku cuba menolaknya untuk berpusing, aku cemas. Dia berundur sedikit memberiku ruang untuk berpusing ke hadapan dan menahan ku kembali.
"Setiap hari aku akan tunggu kau, hantar kau ke tempat kerja dan jaga bila kau pulang. Nanti orang tackle",katanya lagi sambil ketawa memandang ku.
Aku tidak mamup membalas pandangan matanya, apakah yg aku rasa ini? Dia merapatkan mukanya pada pipiku, lalu mencium pipiku.
Aku terkejut tapi takut untuk memandang tepat ke matanya."Aku suka kau lah, I love you.",bisiknya ke telingaku dan mencium lembut telingaku.
Aku merasakan muka ku panas dan merah padam kerana malu, dia hanya tersenyum melihat ku.
"Dah, jom pulang honey",dia menggenggam tangan ku dan menarik aku masuk ke dalam lif di tepi.
Lif kecemasan itu sunyi, kami je yg guna. Sepanjang dlm lif,aku diam je. Tangannya masih tidak melepaskan tanganku,sambil menunggu bas kecil untuk ke terminal. Rancak dia bercerita tentang dirinya, dan aku cuma diam saja kerana terkejut.
Lelaki bagaimanakah yang aku sudah terperangkap ini?, bisikku di dalam hati.Sampai di terminal, aku menyangka dia cuma menemankan aku sampai di situ. Tetapi, dia mencari bas untuk ke tempat tinggal ku dan menjaga aku hingga pulang. Dalam perjalanan, Azif tertidur di sebelah ku sebab jarak dari bandar ke rumah ku mengambil masa lebih kurang sejam. Aku memandang wajah tampan ini dari atas ke bawah, aku amati tangannya yg masih menggenggam tanganku dan lengannya yang dipenuhi tatu. Apakah yg dimahukan lelaki ini, bisik hati ku sendiri. Sampai di kediaman ku, dia mencium tangan ku dan melihatku sehingga turun. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Apa yg telah berlaku padaku? Kenapa hatiku tidak menolak padanya? Apakah ini jatuh cinta? Sambil berjalan menuju ke rumah aku berfikir.
Sesampai di rumah, aku cuba mengumpul semangat kembali.Aku memberi salam dan menyampaikan berita gembira pada mak, "Mak, esok Ella dah boleh mula kerja".
"Syukur alhamdulillah ",mak menadah tangan tanda kesyukuran.
Selepas membasuh kaki, aku yg
kepenatan masuk ke bilik dan berbaring di atas tilamku. Fikiran ku masih melayang terbayangkan wajah Azif tadi. Apa yang lelaki ini sudah lakukan pada hatiku?
YOU ARE READING
Itu Bukan Mahuku
RomanceWahai kekasih, huraikan kepada ku makna cinta. Kerana cinta, aku binasa. Kerana cinta, aku berdosa. Kerana cinta, aku temui bahagia. Layak nya syurga kah aku? Atau selayaknya neraka kah aku?