Ding Dong!
Ding Dong!
Ding Dong!Bunyi loceng pintu bertubi-tubi mengejutkan Ella dan Adam daripada lena.
"Biar abang turun ,ada kecemasan kot", kata Adam yg bergegas menyarungkan singletnya.
Ella yg tidak mahu tinggal,turut nemakai bathrobe dan menyusul langkah Adam. Adam terkejut sebaik membuka pintu ,seorang lelaki yg tidak dikenalinya menekan loceng di pagar berkali-kali dan memanggil nama Ella.
"Eh,itu Bad,adik Azif la bang", kata Ella pada suaminya.
"Kak Ella,tolong saya kak,kak . . . Tolong abang kak", tercungap-cungap Bad melafazkan kata-kata.
"Abang buka pagar kejap bang, nampak panik sangat tu", rayu Ella.
Adam mengambil remote automatic dan menekan butang utk membuka pagar. Bad berlari masuk ke dalam lantas melutut di hadapan Adam.
"Abang,tolong abg saya bang. Kak Ella,tolong abg saya kak. Tolong bang", rayu Bad lagi.
Adam terkejut dan memapah Bad masuk ," apa-apa jom cerita kat dalam,dah tengah malam ni".
Ella duduk di sofa kecil berhadapan dengan Adam dan Bad.
"Kenapa ni Bad? Apa dah jadi? Ambik nafas dulu, cerita perlahan-lahan", kata Ella.
Adam menghulurkan segelas air untuk diminum Bad. Bad menyambut gelas itu dan diteguk laju airnya.
Seketika Bad diam,membiarkan Adam dan Ella tertunggu,mengutip dan menyusun kata-kata di dalam fikirannya sebelum diluahkan pada Adam dan Ella. Adam mengambil tempat duduk disebelah isterinya dan bersedia untuk menenangkannya. Sepertinya di fikiran Adam sudah terlintas akan ada berita buruk.
Satu persatu Bad ceritakan,dari mulanya kematian Fatin,hinggalah trauma Azif. Dan sekarang,Azif sudah berputus asa langsung dengan hidupnya.Ella mengurut dadanya berulang-ulang kali,tidak menyangka seburuk ini nasib yang menimpa Azif.
"Sebab tu saya datang ni nak mintak tolong sangat dengan abang dan kak Ella, tolong kami kak. Semalam pun abang masuk hospital lagi sebab pengsan.Kak je harapan kami untuk pulihkan abang Azif. Saya mintak maaf bang,saya bukan bermaksud lain tapi doktor pun cakap kalau abg Azif berterusan macam ni,tinggal tunggu masuk hospital mental je bang ", Bad merayu sambil melutut sekali lagi di hadapan Adam.
"Jangan macam ni,kita ikhtiar sama-sama. InsyaAllah,kita tolong apa yang patut", Adam menenangkan Bad dan menyuruh Bad bangun.
"Azif kat mana sekarang?" tanya Ella pula.
"Kat hospital kak,balik-balik pengsan sebab abang tak mahu makan langsung. Keadaan kesihatan abang pun dah semakin merosot"."Macam ni lah,esok pagi Bad ke sini,kita sama-sama lawat Azif k", pujuk Adam pada Bad.
Bad pun meminta diri untuk pulang.
Selesai mengunci pintu dan pagar,Adam masuk kembali ke dalam rumah. Dia terlihat Ella di dapur,sedang termenung panjang ke arah tingkap dapur tanpa sedar airmatanya mengalir."Sayang", Adam memeluk perlahan pinggang Ella dari belakang.
Laju Ella menyeka airmatanya.
"Jangan salahkan diri, ini semua bukan salah sayang", pujuk Adam lagi.
"Tapi......."
"Cuba sayang ingat,abang tinggal beribu batu jauh dari sini. Tiba - tiba datang ke sini atas urusan lain dan abang jatuh cinta dengan sayang,on my first sight sayang. Abang tak kenal sayang,tak pernah nampak sayang pun. Ini semua takdir,setiap kita ada perjalanan yang lain. Terpulang bagaimana kita nak menerima dengan baik ataupun buruk. Soal Azif, kalau sayang salahkan diri sayang,maknanya abang pun salah lah jugak! Tapi abang tak terima ini semua satu kesalahan,tapi ini semua apa yang sudah tertulis di Luh Mahfuz. InsyaAllah,Allah akan balas kesedihan Azif dengan kegembiraan berlipat kali ganda kalau Azif dah belajar untuk redha", panjang nasihat Adam sambil merangkul Ella ke dalam dakapannya.
. . . . . .
Perlahan-lahan,Ella menuruti langkah Bad ke sebuah bilik.
Sayu hatinya melihat Azif baring dengan pandangannya jauh menerawang ke arah tingkap. Ella memandang ke arah Adam, Adam melepaskan genggaman tangan Ella dan mengangguk tanda memberi izin.Ella menghampiri dan menyentuh bahu Azif.
"Keluar,jangan ganggu aku", kata Azif tanpa menoleh langsung.
"A . . . . Azif . . .", panggil Ella perlahan.
Laju Azif berpusing sebaik terdengar suara Ella. Kegembiraan nya terhenti bila melihat Adam ada di muka pintu.
"Korang nak ape?" tengking Azif.
"Saya rasa saya mintak diri dulu", kata Adam lalu pergi .
'Kalau sayang dah siap nanti,chat je abang ye. Abang rasa Azif tak suka abang,jadi lebih baik abang turun dulu', Ella membaca chat dari Adam.
"Makan dulu ye, awak kurus sangat ni", Ella membuka makanan yang dimasaknya untuk Azif.
"Tak perlu! Aku tak perlu belas kasihan dari korang lah."
"Ini bukan masanya untuk berdebat,Azif. Tolonglah . . . Awak kena jaga kesihatan awak", rayu Ella padanya.
"Sudahlah,Ella! Aku dah takde apa-apa lagi. Aku dah hancur! Hancur lebur!"
"Apa salah saya? . . . Apa salah saya?", Ella mulai menangis tanpa menghabiskan kata-katanya.
Azif terdiam melihat Ella menangis.
Lantas dia mengambil bekas makanan dari tangan Ella lalu makan."Dah . .dah .. dah. .. Dari dulu sampai sekarang asyik umpan guna nangis je. Aku makanlah ni", kata Azif dengan mulut yang penuh sedang mengunyah.
Perlahan Ella tersenyum sambil menyeka airmatanya.
"Ada baca doa makan ke tu?" perlahan Ella bertanya untuk mengusik Azif.
Azif tidak banyak bicara. Selepas menghabiskan makanannya,dia sambung termenung ke tingkap. Duduk di bangku sambil merenung jauh.
"Terima kasih, kak. Sekurang-kurangnya hari ni,abang Azif dah nak makan ", kata Bad perlahan pada Ella.Ella berjalan perlahan mendekati Azif.
"Azif,saya mintak diri dulu ye", kata Ella pada Azif.
"Kami mintak diri dulu,bro. InsyaAllah,esok kami datang lagi", Adam menyentuh bahu Azif.
"Terima kasih datang", Azif menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Adam.
Adam dengan senang hati menyambutnya lalu meminta diri untuk pergi.
"Abang ni pandai lembutkan hati orang ye,Azif tu keras kepala sangat kot", kata Ella sambil berjalan menuju ke parking kereta bersama suaminya."InsyaAllah,kalau kita tak dapat lembutkan. Kita mintak tolong Allah lah lembutkan. Tak susah kan", kata Adam sambil tersenyum manis lalu mencubit pipi Ella.
YOU ARE READING
Itu Bukan Mahuku
RomanceWahai kekasih, huraikan kepada ku makna cinta. Kerana cinta, aku binasa. Kerana cinta, aku berdosa. Kerana cinta, aku temui bahagia. Layak nya syurga kah aku? Atau selayaknya neraka kah aku?