Episode 15

413 3 0
                                    

      
       Sudah seminggu Adam balik ke kampung halaman di Sandakan untuk menghantar ibu dan ayahnya.
Ella meneruskan hidupnya seperti biasa,ada sedikit kelegaan di hatinya bila tidak perlu melihat muka Adam walaupun cuma untuk sementara waktu.
     Bagi Ella apa yang dilakukan Adam ini adalah satu pengkhianatan besar  buat dirinya.
Adamlah tempat mengadu nya,Adamlah penemannya di kala sunyi tetapi rupanya Adam sudah pun merebut tempat dari belakang.

      'Penipu! Pengkhianat!'

Suara hati Ella menyumpah seranah setiap kali teringat wajah Adam.
    Dalam masa yang sama beberapa hari ini,Ella asyik menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali tetapi Ella tidak mahu menyambut nya.

       'Assalamualaikum,abang dah balik dari Sandakan. Nanti balik abang ambik Ella ya.' Bait-bait mesej dari Adam dibaca Ella.

Ella mendengus,semua pergerakannya kian tersekat.
    Apa pun yang dilakukannya ,ibunya sentiasa memberikannya amaran bahawa dia sudah menjadi tunangan orang dan wajib mengetahui batas dirinya.
Dan Ella diwajibkan pulang atau ke mana-mana bersama dengan tunangannya jika Adam berkesempatan untuk mengambilnya.
    
     Ella mengemaskan resit resit di atas mejanya, tiba-tiba Didi memanggilnya.

      "Ella,ada orang cari engkau lah. Hensem giler", Didi melompat-lompat seperti anak kecil.

Ella menuju ke hadapan,Adam berdiri sambil menghulurkan sebuah paperbag.
      Ella menjeling dan menyambut paperbag itu lalu masuk ke dalam.
Dia menjenguk melihat isi paperbag itu, coklat.

"Nah Didi,ambiklah", Ella menyerahkan bungkusan itu kepada Didi.

     "Siapa lelaki tadi tu Ella?" tanya Didi sambil mengambil beg itu.

"Cousin ,kebetulan dia lalu dia singgahkan la".

     "Ala,nak nombor contact dia boleh?" tanya Didi merengek manja.

"Kalau engkau nampak dia lagi,mintak lah. Aku takde!"

    Didi mencebik lalu masuk dan membuka bungkusan coklat itu untuk dimakan.
Ella ketawa melihat muka Didi merajuk.

     "Dah,dah. Jaga kedai kejap. Aku nak hantar report sales ni,nanti jam 8.30 angkat lah tiang sedia ya", Ella memberikan arahan menggantikan Mamy Wana.

Dalam perjalanan balik dari HQ,Ella melintasi kawasan Segama.
   Dia terlihat kelibat yang agak dikenalinya.
Azman sedang duduk di tepi tembok.
Ella mengambil keputusan untuk menyergahnya.
    Belum sempat Ella mengejutkannya,Azman menoleh ke belakang bila terdengar bunyi tapak kasut.

      "Eh, Ella. Meh duduk jap", kata Azman.

"Ala,baru nak buat engkau terkejut".

"Kenapa duduk sini ni,pengantin baru?" tanya Ella lagi padanya.

     "Taklah,rehat kejap".

Sesekali kedengaran Azman mengeluh perlahan.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?" tanya Ella.

      "Takdelah,wife aku tak percaya aku lah. Entah mulut sape pi komplen perangai aku sebelum ni pada wife aku.Sekarang dia dah tak percaya aku dan asyik nak marah-marah je".

Ella ketawa.

"Biasalah Man, perempuan . Engko ni pun. Dah terang-terang yang salah engko kan,mintak maaf jelah", kata Ella.

    "Dah,dia masih taknak dengar".

"Aku bgitahu engko satu hal pasal perempuan lah. Dia merajuk macamana pun, bila dah engko balik-balik minta maaf. Hati perempuan pun akan cair taw".

Azman ketawa mendengar kata-kata Ella.

     "Dah,aku nak balik ni. Masa kunci kedai dah", kata Ella lalu berganjak pergi.

Sampai Ella di kedai,Didi sudah siap memasang tiang sambil bercerita dengan Adam yang menunggu di luar kedai.
      Ella cuma melintasi tanpa memandang Adam  langsung.

    'Meluat'.

Jerit hati kecil Ella.
    Setelah mengunci kedai Ella bertanya pada Adam tanpa memandangnya.

     "Kat mana parking?"

Kedengaran agak kasar suaranya,tetapi Adam faham.
   Pasti Ella rasa dikhianati.

"Kat tepi tembok", jawab Adam lembut.

Pantas Ella melangkahkan kakinya untuk menuju ke kereta.
    Didalam kereta,Ella diam sahaja sambil memalingkan mukanya ke tingkap.

"Ella nak pergi makan atau ke mana-mana?"

Ella tidak menjawab. . .cuma diam sambil melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap.

"Abang tunggu Ella setiap hari kat tempat tadi ya, kalau abang overtime atau lewat sikit nanti abang chat Ella awal ok?"

Dan masih tidak berjawab,Adam meneruskan pemanduannya .

"Abang minta maaf dan ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki Ella. Abang faham kalau Ella tak suka abang,tapi kalau abang tak rebut peluang abang akan terlepas Ella pada orang lain. Dan demi Allah sungguh abang tak sanggup kehilangan Ella pada orang lain! Mungkin Ella tak cintakan Abang,tapi insyaAllah Abang akan berusaha sampai Ella senyum balik macam dulu pada abang ",
kata Adam .

Walaupun Ella tidak mahu memandang wajahnya tetapi Adam tahu Ella mendengarkannya.
Mata Ella mulai bergenang tetapi disembunyikan nya.
   Hatinya keliru, kenapa mesti orang baik seperti Adam menyukai dirinya?
Ella jijik dengan dirinya sendiri dan merasa tidak layak.
   Apatah lagi Ella sudah pun menganggap Adam seperti abang-abangnya.
Ella mengumpul kekuatan untuk bersuara.

    "Memang Ella marahkan abang! Ella  dah gelar abang!abang!abang! Kenapa abang tak boleh anggap Ella adik? "

Nyaring diselangi sedu suara Ella,memecah kesunyian pemanduan Adam.
   Perjalanan yg pendek itu terasa lama buat Ella.

"Maafkan abang Ella,bagilah abang peluang buktikan cinta abang pada Ella", rayu Adam lagi.

"Ella ambiklah seberapa lama Ella nak untuk buka hati untuk abang,abang akan tunggu", tambahnya lagi.

Ella cuma diam dan menangis.






   .  . . .    .  . . . . . . . . . . . ..  ..  . .  . . . . . . .. 











        'Maaf sayang,abang overtime sikit malam ni. Tunggu tempat biasa ya'.

Ella membaca chat dari Adam, lalu berjalan menuju ke tembok tanpa membalas chat itu.
    Dia duduk di satu sudut di tempat biasa.
Ella memasang handsfree di telefonnya dan membuka movie untuk ditonton sambil menunggu.
    Sedang Ella asyik melayan movie,tiba-tiba pinggangnya dipeluk kuat dari belakang.
Gerangan itu membuka handsfree Ella lalu berbisik.

     "I'm sorry , sayang. I really really sorry buat sayang tunggu lama."

Ella cuba menoleh untuk melihat suara yang dikenalinya itu.

   "Azif???"

Itu Bukan MahukuWhere stories live. Discover now