Taehyung masih lagi menunggu kedatangan jungkook. Taehyung juga sudah mempersiapkan mentalnya untuk bertemu dengan sang pemilik hati.
Taehyung tahu bahawa hubunganya dengan jungkook tak lagi seperti dahulu. Taehyung tahu ada banyak hal yang telah merubah hati jungkook.
Tapi, taehyung tetap cuba kuatkan diri untuk hadapi semua ini. Dia tahu suatu hari pasti akan tetap berakhir seperti ini. Salah taehyung kerana dia cuba mempertahankan hubungan ini. Lebih tepatnya hubungan yang tidak jelas.
Sret!
Bunyi kerusi ditarik. Taehyung mendonggak melihat wajah jungkook. Sudah lama dia tidak melihat wajah sang pujaan hati.
"J-jungkook, awak nak minum apa apa ke? biar hyung yang belanja hari ini." Ujar taehyung dengan wajah yang tersenyum manis. Jungkook menghela nafasnya lalu mengangkat wajahnya untuk menatap wajah taehyung dengan serius.
"Hyung.. aku datang sini bukan nak minum. Tak payah susah susah nak belanja aku. Aku datang ni pun nak berterus terang dengan semua yang dah jadi ini." Kata jungkook dengan straight to point. Tak ingin berbasa basi lagi.
Sebenarnya taehyung cuba nak lengahkan masa. Supaya dia dapat manfaatkan masa masa berharga dengan jungkook sebelum semuanya berakhir.
"J-jungkook.."
"Kau mesti dah tahu kan apa yang aku akan cakap betul." Ujar jungkook dengan nada suara yang mengejek.
Taehyung menundukkan kepalanya kebawah sambil mengigit bibirnya. Takut, gelisah, sedih semua perasaan itu ada.
Segala perasaan itu bercampur aduk. Dia belum bersedia mendengar semuanya dari jungkook. Katakanlah dia pengecut. Dia masih mementingkan dirinya sendiri.
"Aku nak kita berhenti dari semua ini."
Taehyung masih diam. Membiarkan jungkook menjelaskan semua tanda tanya tanpa ada koma.
"Kau tahu kan, aku terima kau sebab aku dapat dare dari kawan kawan aku. Tapi kan, jujurlah aku tak suka kan kau. Aku sikit tak ada perasaan pada kau. Padahal aku cuma nak kau jadi kekasih aku selama 1 bulan je. Tapi kau pula yang beria dengan aku. Anggap aku seolah olah aku betul betul kekasih kau untuk satu tahun ini."
Taehyung masih lagi bisu tidak mengeluarkan apa apa bunyi atau pun suara.
"Selama satu tahun ini, sikit pun aku takde rasa pada kau. Aku rasa better kau angkat kaki pergi jauh dari hidup aku. Hentikan semua sandiwara ni, aku muak."
"Dan untuk pengetahuan kau, Aku bukan gay macam kau. Aku masih straight. Aku sukakan perempuan. So, kau mesti dah faham kan. Jadi buang jelah perasaan kau tu. Sebab tak berbaloi pun kalau kau jatuh cinta dengan aku yang tak gay macam kau."
Jungkook bangkit dari kerusi itu.
"Oh, Satu lagi!"
Jungkook melemparkan satu kad pada taehyung.
"Itu Kad undangan pernikahan aku dengan Eunha. Jangan lupa datang, kesian pula kalau tak jemputkan."
Akhirnya jungkook berjalan keluar dari cafe meninggalkan taehyung sendiri disitu. Taehyung cuba menahan air matanya jatuh. Kad undangan yang dilemparkan itu taehyung ambil.
Sakit sangat.
Padahal taehyung tahu bahawa semua bakal berakhir seperti ini. Jungkook tak gay dan tak akan pernah sukakan dirinya. Semuanya salahnya, dia salah menafsirkan bahawa jungkook bakal jatuh cinta denganya. Ternyata ekspetasinya tak sesuai dengan realiti. Taehyung terlalu hidup dalam dunia kedogengnan.
"Hiks.."
Walau bagaimana pun cara dia cuba menahan air matanya daripada gugur. Ia tetap jatuh berderai membasahi pipi.
Pengakhiran yang menyedihkan. Ending yang dia harapkan tak sama yang selama ini dia bayangkan.
End
🌸Fairytail🌸
Hi, guys.. lama saya hiatus akhirnya kembali. Tapi saya tak sure lagi nak update cerita atau tidak. Btw, thanks yang mana masih menunggu saya update. Saya cuma nak mengundurkan diri dari dunia penulisan but masih belum dipastikan.
23/12/2021
floristgirl
ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓
FanfictionBagi jungkook taehyung adalah segalanya. Apa pun berkaitan dengan taehyung pasti terkait dengan kehidupan jeon jungkook. Kisah-kisah manis Kim taehyung bersama jungkook. Kisah Jeon jungkook bersama taehyung hanya dunia mereka. "Aku mencintaimu.."...
![[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓](https://img.wattpad.com/cover/207579136-64-k26277.jpg)