28: Kisah Cinta Kita Pt.[4]

469 32 8
                                    

KookV🌸

.
.
.

"Kisah Cinta Kita"

Taehyung masih termenung di luar balkoni. Masih melihat pemandangan di luar balkoni itu. Sang kakak datang menghampiri adiknya dengan lebih dekat.

"Hey?"
Itu suara yoona yang menyapa adiknya yang sibuk termenung. Taehyung terkejut lalu mengusap air matanya yang sempat mengalir tadi. Yoona berasa sangat risau dengan keadaan adiknya. Sejak kebelakangan ini taehyung banyak diam dan mengasingkan diri dari keluarga.

"Tae, menangis ke?"
tanya yoona. Taehyung tersenyum lalu mengelengkan kepalanya dengan brutal. Tidak, dia tidak menangis pun. Hanya sahaja udara diluar terlalu kencang membuatkan habuk termasuk ke matanya.

"Taklah.."
Jawab taehyung dengan suara yang parau. Suara yang baru sahaja habis menangis. Yoona tahu kalau adiknya sedang menangis. Mengingatkan sudah sebulan adiknya tidak bertemu dengan sang kekasih hati.

Grep!

Yoona menarik adiknya kedalam pelukan. Dia tahu taehyung sangat membuntuhkan saat ini. Terlebih pula hari ini adalah hari kemusnahan bagi taehyung. Hari dimana dia akan melihat kekasih hatinya bernikah dengan orang lain. Hati mana yang tak hancur..

"Menangislah tae.. noona tahu tae masih lagi sedih.. Menangislah sepuas hati dibahu noona.. Jangan pendamnya tae.." Ucap Yoona yang memeluk erat tubuh mungil adiknya. Akhirnya terdengr suara isakan kuat dari taehyung. Taehyung membalas pelukan sang kakak dan menangis sepuas-puasnya dibahu yoona.

Dia tak boleh pendam semua ini sendiri lagi.. Cukup dia terluka saat ini. Dia terlalu cukup untuk menerima ini semua.

"Hiks..Noona? Betul ke, Jungkook akan menikah hari ini." Tanya taehyung membuatkan suasana hati yoona berasa sangat sayu dan pilu melihat tangisan juga tatapan yang diberikan pada adiknya itu.

Taehyung satu-satunya adik kesayanganya. Bahkan dia ingin adiknya bahagia dengan orang yang adiknya sayangi dan cintai. Untuk kali pertama taehyung terlihat sangat lemah saat ini.

"Noona.. tahu tae masih belum menerima kenyataan lagi.. Tapi ini adalah suratan takd—"

"Tidak! Ini buka suratan takdir noona! Tae masih cintakan jungkook. Begitu juga jungkook dia cinta tae bukan perempuan tu. Kenapa semua orang kata yang ini suratan takdir kalau kenyataanya Appa dan eomma yang halang perjuangan kami! Kenapa?!"

Taehyung kembali menangis. Yoona tidak sanggup lagi melihat bertapa hancurnya adiknya.

"Taehyung!"
Pemuda cantik itu meracau sambil mencampakkan segala yang ada dihadapanya. Yoona cepat menghalang adiknya dari berbuat ini semua.

"Hentikan taehyung!"

"Apasalah tae noona! salah ke, tae nak bahagia. Kenapa eomma dan appa buat macam ni dekat tae.. hiks.."

"Taehyung.."
lirih sang kakak.

"Sudahlah noona! keluar dari sini.. noona sama je dengan eomma dan appa!"

"Taehyung.. noona faha—"

"Noona jangan cakap yang noona ada kat tempat tae! noona tak akan pernah rasa apa yang tae rasa sekarang ni.. Puas semua orang buatkan tae hancur. Puas semua orang buat tae menderita seperti ini.. Puaskan!"

[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓Where stories live. Discover now