🌸KookV🌸
.
.
.
"Good News"
Kim Taehyung dan Jeon Jungkook ialah sepasang suami isteri. Dan mereka baru sahaja berkahwin. Hm, nak kata baru tak jugaklah.
Dalam 6 bulan baru sahaja mereka bernikah dan menjalinkan kehidupan bersama. Jeon Jungkook berusia 26 tahun manakala Kim Taehyung berusia tidak jauh dari jungkook 24 tahun.
Kim Taehyung menjadi suri rumah sepenuh masa kepada Jeon Jungkook. Menguruskan segala kelengkapan harian jungkook seperti pakaian, minuman dan sebagainya.
Menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Jungkook sering outstation kadang kadang dia terpaksa meninggalkan isteri sendirian dirumah tanpanya.
Jungkook risau dengan keadaan taehyung. Walaupun penthouse milik jungkook besar tetap sahaja jungkook merisaukan isterinya duduk rumah sendirian tanpa ada yang menemaninya.
Padahal jungkook dah suruh pada taehyung untuk menginap di rumah mertuanya tegap sahaja si isteri itu berkeras untuk duduk dirumah.
Dia tak mahu susahkan ibu dan juga ayah mereka. Maka taehyung tinggal dirumah sendirian. Jungkook outstation diluar agak lama sedikit. Dalam seminggu jungkook berada disana.
Jungkook selalu menghubungi sang isteri, setiap detik dan saat. Dia takut jika isterinya diapa-apakan. Kadang-kadang dia meminta somi datang menemani taehyung dirumah.
Jeon Somi, ialah adik kepada jungkook. Terlebih lagi adiknya masih menyandang sebagai student. Kadang-kadang somi datang untuk menjenguk sang kakak ipar.
Taehyung hanya terkekeh, ternyata suaminya benar-benar merisaukanya. Padahal taehyung yakin dia boleh jaga dirinya sendiri.
Sampai satu hari, taehyung rasa badanya tak beberapa nak sihat sangat. Perutnya rasa sangat sakit. Entahlah mungkin kerana dia lambat makan atau keracunan makanan.
Perutnya rasa tak selesa semacam. Dia ingin pergi klinik tapi nampaknya dia tak mahu. Malah dia hanya mendiamkan dirinya dirumah. Memakana makanan yang sihat seperti buah-buahan sahaja.
Tetap sahaja sakit. Dan seharian ini dia asyik muntah sahaja. Taehyung yakin yang dia memang keracunan makanan. Sungguh dia terasa sangat mual.
Drrtt..
Telefon bimbit milik taehyung bergetar menandakan ada panggilan yang masuk. Taehyung berjalan menghampiri meja itu lalu mencapai benda persegi itu.
"Helo?"
Taehyung bersuara.
"Tae, buat apa tu? kenapa suara lain je?"
Itu suara jungkook diseberang sana. Taehyung tersenyum, macam tulah kebiasaan kalau pagi-pagi ini jungkook akan selalu telefon dan menanyakan keadaanya.
"Um, tengah tengok TV."
Balas taehyung pelan. Perutnya terasa bergelonjak aneh. Nampaknya tekak dia benar-benar terasa loya dan ingin memuntahkan segera isi perutnya.
"Tae?"
Telefon taehyung tergeletak diatas meja. Dan Jungkook diseberang sana mendengar suara taehyung yang kini sedang memuntahkan sesuatu.
ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓
FanfictionBagi jungkook taehyung adalah segalanya. Apa pun berkaitan dengan taehyung pasti terkait dengan kehidupan jeon jungkook. Kisah-kisah manis Kim taehyung bersama jungkook. Kisah Jeon jungkook bersama taehyung hanya dunia mereka. "Aku mencintaimu.."...
![[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓](https://img.wattpad.com/cover/207579136-64-k26277.jpg)