26; Kisah Cinta Kita Pt.[2]

438 28 4
                                        

KookV🌸

.
.
.
.

Kisah Cinta kita

Flashback 🌸

Jeon Jungkook pemuda yang sempurna dengan penuh bergaya dan hebat. Lelaki itu disanjung oleh orang ramai. Ramai yang mengkagumi kehebatan dan kebolehanya.

Jungkook lahir dari keluarga yang senang. Kehidupanya dipenuhi oleh keluarganya. Jungkook mempunyai keluarga yang dipandang tinggi.

Dia anak kedua daripada 3 orang adik beradiknya. Anak yang pertama adalah abangnya iaitu Jeon Junghyun. Manakala adiknya yang bongsu ialah Jeon Somi.

Abangnya telahpun bernikah dengan wanita pilihanya. Iaitu Bae irene. Kini marganya telah bertukar kepada Jeon Irene setelah bernikah dan hadir dalam keluarga Jeon.

Mereka dikurnikan dua orang cahaya mata. Anak yang pertama dan kedua adalah lelaki. Mereka berumur yang sedikit berbeza. Keduanya lahir dari tahun yang berbeza. Jeon Jaemin anak pertama berusia 8 tahun. Manakala Jeon haebom. Berusia 6 tahun. Mereka hanya berbeza dua tahun sahaja.

Manakala adik perempuanya. Jeon somi msih belajar di luar negara. Mengambil jurusan arkitek. Dan somi adalah adik kesayanganya.

Jeon Jungkook pemuda yang berusia 27 tahun. Usianya telahpun sepenuh dewasa dan matang. Lelaki itu bekerja sebagai seorang CEO Compony Jeon Crop. Syarikat keluarga mereka.

Syarikat itu tidak dipegang oleh abangnya kerana tiada yang boleh mengawal syarikat itu melainkan jungkook. Kerana itu ayahnya meletakkan jungkook sebagai seorang Ceo muda disana.

Ayah Jungkook. Jeon Sehun. Lelaki itu sangat angkuh. Berwajah dingin. Sikap yang tegas. Tidak suka dibantah.

Jungkook mewarisi sifat sang ayah. Sifat dingin dan berwajah angkuh. Tiada yang dapat mencairkan hati seorang Jeon Jungkook. Lelaki itu sangat tegas dan cekap dalam melakukan kerja.

Tetapi tidak kepada Jeon Junghyun. Anak sulungnya itu tidak mewarisi ayahnya. Dia lebih kepada pendiam dan tidak banyak memberontak. Dia hanya mengikuti alur sang ayah dan ibu.

Jeon luhan. Isteri kepada Jeon Sehun. Wanita itu menjadi suri kepada sehun dan ibu kepada Jeon Junghyun, Jeon Jungkook dan Jeon Somi.

Ibunya seorang yang berhati dingin. Walau kadang-kadang jarang dia ingin melihat ibunya yang sering marah. Tapi ibunya bila marah akan terlihat sangat hitler. Luhan seorang yang penyayang. Hanya luhan yang mampu memujuk hati suaminya yang dingin itu.

Jeon Jungkook sudahpun berusia 27 tahun sudah tiba masanya dia harus mencari pendamping hidupnya. Dan Jeon Jungkook menemukan pilihan hatinya. Pemuda manis yang telah menambat hatinya. Pemuda yang telah menbuatkan dirinya jatuh sedalamnya.

Kim Taehyung. Pemuda yang manis dan lemah lembut. Bertingkah sopan kepada yang lebih tua. Berwajah ceria. Iya, Jungkook jatuh cinta denganya. Kim Taehyung menjadi Cinta pertamanya.

Awal pertemuan mereka ialah dimana Jeon Jungkook singgah di satu kedai bunga yang sangat terkenal. Kedai bunga itu menjual bunga yang sangat segar dan terbaik.

Ketika itu hari jadi ibunya. Dan jungkook tahu kalau ibunya sangat suka dengn bunga. Maka dengan itu jungkook membeli bouquet untuk ibunya.

[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang