🌸KookV🌸
.
.
.
"Misunderstand"
Taehyung kini sedang memasangkan wajahnya yang kurang selesa. Apa tidaknya, jungkook sang kekasih sudah berjanji kepadanya yang mereka akan keluar jalan-jalan bersama.
Tapi lihatlah, jungkook membatalkan janji mereka kerana mengatakan ada hal yang harus dia uruskan. Entah apa yang penting agaknya, Taehyung tidak peduli.
Sekarang taehyung berada ditaman ini sendirian. Mengeluh panjang disetiap saat, jungkook dah janji denganya dan ini janji yang ke 5 jungkook buat. Tapi jungkook selalu ingkar dengan janji.
Sekali sahaja, jungkook benar-benar luangkan waktunya dengan sang kekasih. Salahkah, penting sangat ke? urusan itu dibandingkan denganya.
Haih..
keluh taehyung yang kini menatap pada telefon bimbit.
Jungkookie ❤️
Tae?
Maaf, hyung terpaksa batalkan perjanjian kita. Ada urusan yang mendadak.
Maaf
untuk hari ini ye! 🙏🏻
Um, tak apa hyung.. mungkin
lain kali kita pergi ye! 🤗
Okey!
Taehyung hanya mengeluh berat. Dia menatap kearah anak anak kecil yang kini sedang belari disekitar taman itu. Taehyung hanya terkekeh melihat mereka yang kini bergelak ketawa bersama sama.
Haih, alangkah indah kalau jungkook ada dekat sini. Bukan suasana akan lebih seronok.
Taehyung memerhati sekelilingnya. Dengan tak semena-mena taehyung melihat figura jungkook yang kini bersama dengan seseorang yang taehyung tidak kenal.
"J-jungkook? hyung! apa yang dia buat dekat sana. Bukan ke? dia cakap ada urusan mendadak." Gumam taehyung tidak sedap hati. Jungkook kini rancak berbual denganya. Taehyung menyembunyikan dirinya dibalik pohon. Tidak ingin kalau jungkook menampakkan dirinya.
Taehyung tak boleh mendekati keduanya. Jungkook memegang bahu wanita itu dengan akrab. Entah kenapa terasa panas disini. Taehyung sedang terbakar oleh api kecemburuannya.
"Oh, jadi ini yang dinamakan urusan yang mendadak itu. Curang belakang aku ke macam mana nih?!" Taehyung sedang berperang dengan batinya ini. Sanggup jungkook buat dia macam ini.
Taehyung tidak tahan dengan pandanganya lalu berjalan pergi dengan raut yang sungguh kecewa dengan sang kekasih.
.
.
.
Taehyung kini berada diapartmennya. Taehyung menghabiskan masanya dengan menangis. Telefon bimbitnya juga tidak diangkat.
Berkali-kali jungkook menelefonya. Taehyung tetap tidak ingin mengangkatnya. Dia tak mahu menemui jungkook untuk masa sekarang.
Sungguh dia benar-benar berasa kecewa kerana ini.
Ting!
ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓
Hayran KurguBagi jungkook taehyung adalah segalanya. Apa pun berkaitan dengan taehyung pasti terkait dengan kehidupan jeon jungkook. Kisah-kisah manis Kim taehyung bersama jungkook. Kisah Jeon jungkook bersama taehyung hanya dunia mereka. "Aku mencintaimu.."...
![[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓](https://img.wattpad.com/cover/207579136-64-k26277.jpg)