🌸KookV🌸
.
.
.
"Sleeping Beauty"
Taehyung tu cantik tau!
Sebenarnya memang taehyung itu cantik. Siapa lagi kalau bukan jungkooklah yanh cakap.
Jeon jungkook sangat suka memuja taehyung. Setiap hari jungkook akan memuji kecantikan yang dimiliki oleh taehyung. Bahkan dia sanggup menjadi hamba kepada tuan puteri yang cantik ini.
Apa pun.. asalkan itu Kim Taehyung. Jungkook ialah kekasih taehyung. Dia sungguh mencintai pemuda bermarga kim itu dengan sepenuh hatinya. Ikhlas dari hati katanya.
Walau bagaimanapun, jungkook akan menjadi posesif jika hal itu bersangkut paut dengan kekasihnya yang cantik. Bukan taehyung sahaja yang mengatakan taehyung cantik bahkan orang orang diluar sana banyak mengatakan dia cantik.
Jungkook marah kalau taehyung dipuji oleh orang lain. Dia tidak suka jika taehyung malu-malu hanya kerana di puji oleh orang lain. Baik hyungnya juga. Dia tetap tidak suka.
"J-jungkook?!"
Pemuda jeon itu menoleh ke arah sang kekasih yang kini berada disebelahnya. Jungkook sedang fokus melihat si cantik disebelahnya ini.
"Kenapa sayang?"
Jungkook bertanya kepada taehyung. Kereta yang dipandu olehnya itu telah diketepikan dibahagian tepi jalan raya lain.
"Um..Jungkook! tae mengantuk!"
Jelas taehyung. Jungkook mengangguk, mungkin taehyung memang sudah sepenuhnya letih. Apa tidaknya, mereka seharian ini menghabiskan masa bersama-sama.
Sebabnya, jungkook jarang dapat cuti. Maka, taehyung memanfaatkan hari cuti jungkook hanya untuk bersama. Sebenarnya jungkook ada mengatakan bahawa mereka hanya menghabiskan masa di bilik sambil memeluk antara satu sama lain.
Tetapi taehyung tidak mahu, dia ingin mengelilingi kota seoul ini. Bukankah, disini banyak tempat yang menarik dan cantik. Apa lagi diwaktu malam. Saat-saat yang indah bersama kekasihnya.
Kini, si manis itu mula lelah dan mengantuk. Jungkook mengusap wajah taehyung yang mula ketiduran didalam kereta itu. Jungkook kembali menyambung semula pemanduanya sampai ke penthouse mereka.
.
.
.
.
Setelah kereta mewah milik jungkook berhenti tepat dihadapan penthouse mereka jungkook mengalihkan pandanganya pada taehyung yang tertidur, dengan mulut yang sedikit terngagah itu.
Jungkook terkekeh melihat itu. Bagi jungkook taehyung tetap nampak cantik walau dalam keadaan seperti itu.
Perlahan-lahan jungkook menghampiri dekat ke arah taehyung lalu melepaskan pelan tali pinggang yang dikenakan oleh taehyung itu.
Tangan kananya menyeluk pada bahagian belakang lutut taehyung manakala satu lagi tanganya mengampuh tubuh badan taehyung yang kurus itu.
Tangan mungil itu melingkari tepat pada leher jungkook secara automatik. Mata si cantik itu masih lagi terpejam indah. Jungkook mengamati setiap inchi wajah milik jungkook.
Sungguh, dia tetap cantik
bagaikan dewi yunani.
Sumpah cantik..
Jungkook berjalan masuk ke dalam penthouse mereka kemudian melangkah tepat ke dalam bilik mereka. Jungkook dan taehyung tidur didalam satu bilik bersama.
Meletakan tubuh kurus itu secara perlahan lahan tanpa ingin menganggu masa tidur si cantik itu. Tangan taehyung yang melingkari leher jungkook itu diletakkan pada perut milik taehyung.
Jungkook mengusap wajah taehyung. Jari jemarinya bermain dengan rambut taehyung lalu diselakkan ke tepi. Jungkook menghadiahkan ciuman untuk taehyung tepat pada dahi mulus milik sang kekasih.
Chup!
"Goodnight to my sleeping beauty!"
Ucap jungkook. Dan berakhir dengan keduanya tertidur pulas bersama.
🌸End🌸
"Sleeping Beauty"
11/12/2019
Done Update
ANDA SEDANG MEMBACA
[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓
FanfictionBagi jungkook taehyung adalah segalanya. Apa pun berkaitan dengan taehyung pasti terkait dengan kehidupan jeon jungkook. Kisah-kisah manis Kim taehyung bersama jungkook. Kisah Jeon jungkook bersama taehyung hanya dunia mereka. "Aku mencintaimu.."...
![[𝐂] 𝐊𝐨𝐨𝐤𝐕 | 𝐎𝐍𝐄𝐒𝐇𝐎𝐓](https://img.wattpad.com/cover/207579136-64-k26277.jpg)